BAB 15

428 24 0
                                        

Tuan Harraz menatap gambar keluarga mereka yang lengkap, gambar yang ditanggap suatu masa dahulu, masa tu Herra masih sangat kecil. Bayi. Wajah Puan Kairina dan sorang budak kecil perempuan yang berusia 3 tahun di tatap dengan penuh rindu. Kakak Herra.

"Harini Herra dah nak kahwin, abang rindu Rina dengan kakak" Tuan Harraz berkata dengan wajah yang terselit rindu, gambar itu diusap lembut. Hari ni 14/8/2024 tarikh anaknya bakal disatukan dengan seorang lelaki berada.

"Anak kita dah besar Rina, dah nak kahwin dah, mesti kakak pun sama kan?" Tuan Harraz tertawa kecil, senyuman manis terbit pada bibirnya.

"Manalah korang berdua sekarang?" Soal Tuan Harraz dengan nada suara bertukar sayu, bingkai gambar itu diletakkan semula ke atas laci meja solek.

Songkok hitam yang berada di atas laci meja itu dicapai sebelum Tuan Harraz melangkah keluar daripada biliknya, dialah wali kepada pernikahan Raes dan Herra, satu-satunya lelaki yang masih ada dari keturunannya.

Pintu bilik Herra di dekati.

"Herra? Kamu dah siap ke?" Soal Tuan Harraz dengan nada suara yang sedikit kuat, walaupun majlis ini tergesa-gesa, Puan Sara tetap tempahkan baju kahwin untuk Herra, gambar perlu diambil.

Herra yang sedang membetulkan tudungnya terus memandang pintu biliknya.

"Kejap," laung Herra dengan kuat sebelum matanya kembali memandang cermin, makeup dia simple je, Herra memang pandai makeup dari dulu! Tak perlu pun MUA untuk makeupkan dia,

Hari ni dia pakai tudung berwarna putih yang agak ke creme. Cantik sedondon dengan warna bajunya.

Herra memakai gaun cantik yang agak kembang dan ada juga sedikit lace bunga pada baju itu, cantik sangat! Pandai Puan Sara pilih.

"Papa tunggu dekat bawah," Tuan Harraz terus melangkah menuruni anak tangga, Herra hanya mengangguk ringkas walaupun Tuan Harraz tak nampak.

Setelah beberapa ketika akhirnya siap, Herra tersenyum ringkas sebelum dia melihat pantulan cermin yang memaparkan wajahnya. Cantik dan manis!

"Betul ke apa aku buat ni?" Soal Herra dengan bibir dijuihkan ke depan, muncung. Semalam dia dah buat solat istikharah, dan macam-macam dia berdoa semoga keputusan dia ni tak akan jadi penyesalan.

Herra mencapai sebuah dokumen yang terisi maklumat peribadinya sebelum dia terus melangkah turun ke bawah. Manalah tahu Raes nak daftar terus hari ni ke kan?

Tuan Harraz memandang ke arah susuk tubuh yang baru sahaja turun daripada atas, wajahnya terkedu, tubur matanya mula terasa hangat.

"Papa, okay ke Herra pakai tudung macam ni?" Soal Herra dengan nada ragu-ragu, tangannya sibuk membetulkan tudung shawl yang terletak elok di kepalanya. Rasa macam pelik pula bila pakai tudung, yalah selama ni kan dia memang free hair, kalau pakai tudung pun setakat selempang ke belakang je.

Herra melangkah mendekati Tuan Harraz, dengan pantas Tuan Harraz terus bertindak memeluk erat tubuh anak perempuannya itu, air matanya gugur.

"Kenapa cepat sangat Herra besar?" Soal Tuan Harraz dengan air mata yang menitis, sebak. Herra terkedu sebelum tubir matanya turut terasa hangat kerana soalan Tuan Harraz.

Tuan Harraz mengalirkan air matanya perasaan yang dia rasa sekarang ni seperti cepatnya masa berlalu. Baru semalam rasanya dia hantar dan ambik dari sekolah rendah, hari ni dah nak kahwin.

Tuan Harraz melepaskan pelukannya, matanya menatap wajah anaknya sebelum senyuman manis terbit, bagi Herra senyuman Tuan Harraz membuat dia semakin sebak dan nak mengalirkan air mata. Jarang sekali Tuan Harraz senyum manis macam tu selama ni tegang sahaja wajah tu.

CINTA DIA KEMBALITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang