BAB 22

132 9 0
                                    

"Awak! Saya nak keluar boleh tak? bosanlah!" Herra berkata dengan wajah yang cemberut, kepalanya menongkat dagu pada sofa, dari tadi dia duduk atas sofa ni dah naik bosan dah!

Buat apa entah, dari tadi tengok je Raes tu buat kerja dengan muka serius dia tu, lebih baik dia jalan-jalan? Lagi best!

Apabila melihat Raes diam wajah Herra bertukar pasrah.

"Raes! Dengar tak?" Herra menyoal dengan dahi berkerut, tengoklah tu memang tak ada benda lain, dari tadi satu apa dia cakap kena palau je. Dan kali ni Raes tetap tak dengar!

"Raes, saya cakap dengan awak ni!" Nada suara Herra naik, dia mula geram, terus dia duduk dengan tegak dan matanya memandang Raes dengan tajam.

"Apa?" Raes menganggat wajahnya memandang Herra dengan kerutan di dahi, terserlah seriusnya wajah Raes ketika bekerja.

Wajah Herra bertukar pasrah, aduh apa yang blur sangat laki aku ni?

"Kau nak apa?" Soal Raes lagi dengan wajah seriusnya, Herra ketap bibir.

"Tak ada apalah, awak sambunglah kerja awak tu," Herra berkata dengan wajah mendatar, dia dah tak ada mood nak jalan-jalan dekat luar!

Raes memandang Herra lama, geram pula dengan perangai Herra ni, Raes terus menjeling sekilas wajah cantik itu apabila Herra memandang ke tempat lain.

"Sabarlah, aku punya kerja banyak lagi," Raes berkata dengan wajah selamba sebelum dia menyambung menyiapkan kerja di computer meja itu.

"Kejap lagi aku teman kau," kata Raes tanpa memandang Herra. Herra menjeling Raes.

"Ish, siapa ajak awak? Saya cakap saya yang nak pergi jalan sorang-sorang! bukan dengan awak. Saya tak perlukan peneman pun," Herra berkata dengan wajah malas, pasrah dah sebenarnya ni, tapi mana tahu dapat green light ke kan?

Raes angkat wajah, pandang Herra dengan mata yang dikecilkan, apabila perasan dengan pandang Raes, Herra menjeling saja wajah lelaki itu.

Ting!

Bunyi notifikasi telefon Raes berbunyi, mata Raes terus membaca mesej yang nombor tidak asing itu hantar, keningnya terjongket sebelum dia menutup telefon. Matanya memandang Herra.

Raes mengerling jam di pergelangan tangannya, kalau nak tunggu lunch hour lambat lagi, ada dalam satu jam setengah lagi.

"Hmm... Pergilah, tapi jangan pergi jauh sangat, dekat area kedai bawah tu je," rahang Herra jatuh, biar betul?

"kalau kau pergi jauh-jauh, siap kau!" Sambung Raes berkata dengan amarah di hujung, mata tajamnya betul-betul memandang Herra penuh amaran.

Herra terkedu, serius lah mamat ni bagi? Wah! Tak adalah susah mana pun nak keluar.... Hehehe.

Kawasan pejabat ni tak bahaya sangat, ada pengawal yang akan sentiasa meronda dan tengok kawasan, jadi dia tak lah risau sangat...

"Okay!" Herra terus mencapai beg tangannya dan dia terus ingin melangkah keluar daripada bilik kerja Raes dengan riang.

Staff yang lain mula memandangnya dengan pelik, tapi dia hanya mengabaikan sahaja pandangan pelik itu, aku isteri boss koranglah! Ingat aku takut ke dengan korang? Hehehe gurau je...

"Ehh? Cik Herra nak pergi mana?" Soal Qistina apabila Herra berselisih dengannya, Herra berhentikan langkah sebelum dia menghadap Qistina.

"Saya nak pergi jalan-jalan, kenapa?" Soal Herra dengan pelik, macam tak kena je bila Qistina soal dia?

"Boss mana? Cik Herra pergi sorang ke?" Soal Qistina lagi dengan nada suara curiga, Herra tersenyum ringkas.

"Biarlah dia tengah kerja, saya tak nak kacau," Herra berkata selamba, pantas Qistina mengangguk faham.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now