BAB 3

229 22 0
                                    

Raes memegang surat denda sebelum kakinya melangkah keluar daripada balai polis.

Wajah Herra yang sedang menunduk di kerusi depan balai itu ditatap tajam dengan ekor matanya, penat kerja tadi pun belum habis lagi ditambah dengan penat kes ni pula.

"Apa niat kau masuk rumah aku sebenarnya?" Soal Raes dengan nada suara yang ditekan.

Herra mengangkat wajahnya, sebelum dia mengeleng dengan penuh cemas, ah sudah! Jangan lelaki ni salah faham sudahlah!

"Tak ada apa-apa niat pun, saya nak minta tolong je," Kata Herra dengan mata yang berair dan bertakung pada kelopak matanya, Raes memejam erat matanya sebelum dia mendekati Herra.

"Kau boleh bayar kan denda tu?" Soal Raes dengan suara yang masih kedengaran keras, Herra mengangguk perlahan.

Mereka dikenakan denda RM2000 atas kesalahan berdua-duaan, kalau ikutkan ada je duit simpanan Herra dalam RM8000 macam tu, cukuplah kalau nak bayar.

"Okay, aku jumpa kau dekat mahkamah nanti," Kata Raes sebelum dia ingin beredar berjalan pergi dari situ, apabila difikirkan semula, langkah Raes terhenti.

Dipaling wajah menghadap Herra, sebelum wajah gadis itu kelihatan sayu sahaja.

"Kau balik naik apa?" Soal Raes dengan wajah serius tanpa senyuman tetapi kedengaran prihatin.

Herra memandang Raes sebelum dia kembali menunduk, telefon tak ada tertinggal dekat tasik kereta pun dekat tasik, apa je pilihan dia ada? Tadi pun datang sini naik kereta jais tu.

Bahu dijongket Sekali, dia sendiri buntu, hari ni boleh jadi hari malangnya.

"Nak aku hantar kau?" Cadang Raes dengan wajah mendatar, Herra diam tidak menjawab. Raes mengetap bibir menahan geram.

Tangan Herra terus ditarik supaya mengikut langkahnya ke kereta, pada mulanya Herra cuba untuk melepaskan pegangan Raes namun apabila hampir sampai ke kereta, dia hanya menuruti.

"Tapi nanti kalau kena tangkap lagi?" Soal Herra polos dengan wajah risau, dah lah depan balai polis ni.

"Dah kena tangkap dah pun, masuk." Arah Raes pasrah dengan senyuman hambar, tanpa membuang masa Herra terus meroboskan tubuhnya masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan pulang Herra hanya diam memikirkan apa yang dia nak jawab dengan papa, wajahnya juga sedikit pucat.

"S...Saya minta maaf," perlahan perkataan maaf meniti di bibir Herra, Raes hanya menayangkan wajah kosong, dia tidak menoleh sedikit pun memandang Herra, matanya tetap memandang ke depan.

"Kalau saya tahu akan jadi macam ni, saya tak akan pergi tasik, saya tak akan masuk rumah awak dan saya tak akan ada dekat sini," kesal Kiara dengan wajah yang menyesal, bibirnya diketap kuat, apalah yang dia dah buat ni.

"Aku ada satu permintaan," tiba-tiba Raes bersuara setelah lama berdiam, tumpuan mata Herra kembali pada Raes, terus diangkat wajahnya memandang sisi wajah Raes.

"Aku nak kau rahsiakan pasal apa yang jadi malam ni, jangan sampai kantoi, aku tak nak orang tahu," kata Raes dengan wajah tegas, jika orang ramai tahu pasti besar kesannya kepadanya.

"Okay," balas Herra dengan wajah bersalah.

Setelah beberapa minit akhirnya mereka pun sampai ke tasik yang menempatkan kereta Myvi Herra, Raes memberhentikan kederaannya di hadapan kereta Herra.

"Terima kasih," ucap Herra perlahan dengan wajah yang tersenyum hambar, kepalanya semakin risau ingin kata apa kepada papa jika dia tahu tentang malam ni?

Herra memerhati sekeliling sebelum bibirnya diketap, wajahnya yang pucat tadi hanya kosong memerhati sekeliling kawasan.

Apabila melihat Herra masih tidak turun Raes mengerutkan dahinya, renggusan kecil terkeluar daripada bibir Raes geram dengan Herra yang dari tadi seperti lemah saja.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now