BAB 6

347 21 0
                                    

"Raes Haider! Awak buat apa ni?" Soal Datin Sara dingin, punggung dia dah tak senang duduk bila masuk berita pasal tangkap khalwat ni, sakit hati! Dalam masa satu malam saja maruah kelurga mereka tercalar.

Raes melangkah malas medekati sofa ruang tamu, sepanjang perjalanan nak sampai tadi rasa macam nak tidur je dalam kereta, bahaya tau bawak kereta dengan ngantuk tapi dah 'mem-besar' panggil kena turut perintah.

"Ehh! Raes! Mummy tak cakap dengan dinding tau!" Bengang Datin Sara melihat anak terunanya boleh sedap duduk di atas sofa dengan mata yang terpejam, rasa macam tengah mengamuk dengan dinding, tak ada reaksi!

"Sayang, sabarlah," Dato Rayqal terus mendekati isterinya apabila melihat wajah Puan Sara marah sangat, takut naik tekanan darah karang, bahu wanita Tua itu diusap dengan lembut, Datin Sara menepis kasar tangan Dato Rayqal, matanya memandang tajam wajah suaminya.

"Awak nak suruh saya sabar? Awak ni kenapa? Awak tak nampak ke apa yang anak awak dah buat?" Soal Puan Sara bertubi-tubi melepaskan geram, matanya memandang semula tajam ke arah Raes dengan jelingan maut! Raes menelan liurnya.

"Awak rasa maruah keluarga kita masih elok ke dengan perangai anak kita yang macam ni?" Soal Datin Sara wajahnya masih jelas marah dan kecewa.

"Raes buat apa ni? Tak kesian dekat mummy ke?" Soal Datin Sara, nada suaranya berubah sedikit lembut, bukan kerana tak kisah tetapi kecewa dengan perangai anaknya.

"Raes memang suka ye tengok mummy dengan daddy malu?" Sambung Datin Sara lagi nada suaranya sama seperti tadi.

"Semua tu salah faham,"

Raes berkata dengan wajah tenang, lansung tak nampak kesal, sedih ataupun risau dengan maruah keluarga mereka yang dah tercalar.

"Auch!" Adu seorang gadis yang baru sahaja menuruni anak tangga dan kakinya terlanggar bucu tangga.

Sepantas kilat semua tertumpu ke arah gadis putih dan jelita yang baru sahaja menuruni tangga tetapi terjatuh apabila melangkah anak tangga terakhir.

"Erm... Rhea okay," gadis jelita tadi terus bangun dari jatuh dan tersengih kecil, baju pajama merah jambunya di betulkan, bencilah tangga tu! Buat malu je! Memang situasi memalukan selalu terjadi padanya di situasi yang jangal.

Rhea Syahera, adik perempuan Raes dan anak bongsu bagi keluarga mereka. Gadis ni merupakan seorang gadis yang ceria dan sukakan perhatian abang dan ibu bapanya. Tapi yang jatuh tangga tu real bukan buat-buat!

Rhea melangkah perlahan ke ruang tamu, saja nak dengar jugak cerita. Raes tersenyum sinis melihat Rhea yang melangkah mendekati ruang tamu, dengan pantas terus dia kembali memandang Datin Sara.

"Raes jangan nak tipu mummy! Apa niat Raes bawak masuk perempuan tu dalam rumah Raes? Mummy dan Daddy beli rumah tu bukan untuk benda macam ni tau Raes," Nada suara Datin sara naik tinggi, nafasnya turut kedengaran laju.

"Mummy, I'm serius nothing happened, I just saved the girl, mummy patut bangga dengan Raes," Raes berkata dengan riak wajah bersahaja, semakin naik kemarahan Datin Sara mendengar kata-kata Raes. Allah! Apalah yang selamba sangat abang aku ni? Mummy tu dah macam orang gila marah-marah dari tadi, dia boleh pulak nak suruh orangbangga dengan dia? Rhea mengeleng kecil kepalanya.

"Nothing happened sampai kena tangkap basah? Raes dah gila ke?" Soal DatinSara dengan tatapan tajam, wajah anak terunanya di jeling kasar.

"Pasal tangkap basah tu Raes tak tahu, tapi memang tak ada apa yang jadi. I'm not that stupid to bring a girl into my house," Raes menayangkan wajah bekunya, lansung tiada senyuman pada bibir merah jambunya.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now