BAB 8

198 15 0
                                    

Mereka berdua berjalan keluar beriringan daripada dewan mahkamah, Tuan Harraz pula sedang rancak berbual dengan beberapa orang petugas mahkamah di sini.

Herra memandang Raes yang hanya kelihatan tenang walaupun banyak duit melayang dan bukan setakat duit je dengan maruah keluarga sekali tercalar tapi raes tetap tidak kelihatan risau ataupun takut lansung.

"Awak memang tak marah saya ke?" Soal Herra dengan pelik, dia menatap wajah Raes yang kelihatan tenang tapi terselit bekunya.

Raes menoleh memandang Herra sebelum senyuman sinis terbit dari bibirnya.

"Kenapa? Kau nak tengok aku marah ke?" Soal Raes dengan nada mengugut, terus terdiam Herra, liurnya ditelan sebelum dia mengeleng kecil, seram pula bila Raes cakap macam tu.

Raes menjeling wajah Herra sebelum dia kembali berjalan ke depan, Herra mengikut langkah panjang Raes yang sudah pun berada di depan.

"Kalau saya balik terus boleh tak?" Herra menyoal dengan sengihan kecil terbit di bibir, kakinya melangkah mendekati Raes. Serta merta Raes mengerutkan dahinya sebelum ditatap wajah Herra, langkahnya turut diberhentikan.

"Kenapa pula? Aku dah cakap dengan mak aku dah, lagipun dia yang nak jumpa kau," Raes berkata dengan wajah mendatar, Herra mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Untuk apa? Saya takutlah! Macam mana kalau mak awak marah saya, apa saya nak cakap?" Herra menayangkan wajah resah, dia penatlah dengan semua yang terjadi!

"Aku tak tahu, tapi kau jangan risau, mak aku dah tak marah sangat, aku yakin dia cuma nak cakap sikit je dengan kau, jangan risaulah," Raes berkata dengan wajah mendatar, wajah Herra bertukar pasrah, Fine!

"Tapi aku nak balik kejap tau, ambik kereta," cadangan dia memang nak balik sekejap ambik kereta Myvi dia, kalau nak suruh papa hantarkan nanti kesian pula dekat papa kena ulang alik, dah lah dia dah buat masalah ni dan susahkan orang lain siap dibayar lagi dendanya.

"Pergi dengan aku je lagipun aku memang nak balik pun," cadang Raes dengan wajah bersahaja. Betul apa? Dah memang jalan sama apa salahnya? terus gadis itu mengeleng laju.

"Tak payah, susahkan awak je," Herra mengeleng rakus tanda tidak setuju, tangannya turut naik menyilang ke perut, Raes tayang wajah kosong.

"Tak susah pun," Raes berkata dengan nada suara mendatar, Herra tetap diam tak tahu nak ikut ke tak.

Raes memandang wajah Herra sebelum terjungkit senyuman nipis, selendang di kepala Herra yang masih belum dicabut buat wajah gadis itu nampak bersih, putih dan lebih sopan.

Herra mengerutkan dahinya apabila menangkap Raes yang sedang memandangnya.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" Soal Herra dengan kening yang semakin bertaut, segera Raes mengelih pandangannya.

"Cantiklah kau pakai tudung," puji Raes dengan senyuman nipis di bibir matanya memandang ke arah Herra dengan wajah tak berkelip, jelas sekali Herra lebih cantik bertudung, lebih manis dan nampak sopan, lagipun memang diajar oleh islam untuk menutup aurat dengan sempurna, sama-sama kita istikhomah!!

"Hah?" Herra tergamam, keningnya terjongket sebelum dia menghala matanya ke wajah Raes, mata lelaki itu dipandang, cantik. Sepasang mata Raes sangat cantik! Tak sepet sangat dan tak bulat sangat senag cerita mata Raes memang cantik!

"Tak ada apa," Raes berkata tenang sedangkan dia baru tersedar dia terlepas cakap, Herra mengalih pandagan. Berhenti memandang mata Raes.

"Herra jom balik," tiba-tiba suara Tuan Harraz memanggil Herra menyapa gegendang telinga mereka berdua, langkahnya dibawa menghampiri mereka, sempat juga dia memandang tajam wajah tampan Raes.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now