BAB 23

300 16 4
                                    

"So how's life?" Soal Fariez sengaja ingin mengubah situasi janggal itu. Herra angkat wajah memandang Fariez.

"Hah? Erm... great maybe," Herra berkata dengan wajah bersahaja, sebenarnya tak adalah great sangat, dengan masalah Datin Sara tu, Raes dan Tuan Harraz yang macam sedih je dia sebenarnya nak semuanya selesai dan bahagia macam sebelum ni tanpa masam muka

"Serously? Kau memang tak nak bagitahu aku?" Soal Fariez dengan wajah yang terbit rasa kecewa.

"Hah? Bagitahu? Bagitahu apa ni? Aku tak fahamlah," Herra berkata dengan dahi yang berkerut.

"About your marriage?" Fariez berkata dengan wajah bersahaja, terus Herra terkedu, alamak dia lupa pulak nak bagitahu Fariez tentang tu.

Fariez membuka telefon bimbitnya sebelum satu gambar di atas pelamin bersama Raes terpapar dari skrin telefon itu, mata Herra membulat.

Dia terus bertindak mencapai kuat telefon Fariez dan di lihat gambar itu dengan jelas.

Fariez hanya membiarkan Herra melihat gambar itu sendiri, hatinya sangat sakit setiap kali dia melihat gambar itu!

Memang Harra dan Raes pun dekat situ, tapi bukan ke Datin Sara kata, dia tak akan sebarkan gambar perkahwinan tu? Dan kenapa dalam gambar ni dia tak bersedia macam di tangkap oleh orang lain.

Herra pandang Fariez, wajahnya mendatar.

"Mana kau dapat gambar ni?" Soal Herra dengan nada suara yang kedengaran serius, Fariez tersenyum nipis, dia memanjangkan tangannya mencapai semula telefonnya.

"Jadi betullah kau dah kahwin?" Soal Fariez dengan riak wajah bersahaja sedangkan dia sangat terkejut apabila satu-satunya gadis yang berjaya buat dia jatuh cinta akhirnya dah pun berkahwin.

Herra usap leher, aduh! Bosanlah Fariez ni! Tak pasal-pasal aku nak kena explain pula!

"Ye memang aku dah kahwin pun, kenapa?" Soal Herra dengan wajah mendatar, Fariez tersenyum sinis.

"Tapi aku tak pernah nampak pun lelaki tu? Sepanjang aku kawan dengan kau, tak pernah pun aku nampak kau dengan lelaki tu, tiba-tiba je kahwin?" Soal Fariez curiga dengan wajah sinisnya, Herra ketap bibir, dia tengah cuba menyusun ayat dalam kepalanya untuk terangkan. Tapi pantas lagi suara Fariez menyambung.

"From my information, that guy is the same person yang kena tangkap basah tu kan? Raes Haider? CEO syarikat, Xara Holding? Syarikat dia atas banggunan ni?" Fariez menyoal dalam senyuman sinis, Herra hanya diam, tayang wajah mendatar, dia pun tak tahu nak balas apa? Sedangkan dalam hati dia dah tak keruan dah, macam tu je Fariez boleh tahu? Patutlah Raes betul-betul nak kena bersihkan semula nama keluarga dia.

"Jadi betullah perempuan tu kau? Kenapa haritu aku tanya kau nafikan?" Soal Fariez sambil tangan mencapai air hot chocholate yang dipesannya, dan dihirup air itu perlahan. Hirup air macam tak ada apa yang berlaku.

"Kalau aku pun kenapa? Apa masalahnya?" Soal Herra dengan wajah yang berkerut, dia rasa macam Fariez ni tengah perli dia.

"Jadi perkahwinan ni untuk jaga nama keluarga? Bukan atas dasar cintalah kan?" Soal Fariez lagi dengan sinis, soalan Herra tidak dibalas, Herra mula rasa geram, dia ketap bibir untuk memupuk kesabaran dalam diri.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now