BAB 7

208 19 2
                                    

Herra membuka telefon bimbitnya sebelum isu berita harian di tatap olehnya, nak tahu perkembangan terkini.

Satu video tentang isu tangkap basah menarik perhatiannya, dengan pantas terus video dimainkan. Manalah tahu sama kes macam dia kan?

Membulat mata Herra memerhati wajah lelaki di dalam Video itu. Jelas terpapar wajah tampan Raes, dia mengerutkan dahinya, dalam video itu mengambarkan situasi sewaktu pagi tadi di bawah blok office Xara Holding, di mana Raes di soal dengan pelbagai soalan tentang kes malam tu.

Tangan naik menutup mulutnya yang tenganga akibat terkejut dengan berita itu. Dalam hati Herra berasa resah, jawapan Raes di dalam artikel itu membuat Herra terdiam.

'Buat masa sekarang saya tak akan cakap apa-apa lagi,'

Herra diam memikirkan perkara yang baru sahaja terjadi, tidak sangka boleh jadi sebesar ni. Matanya di pejam erat kerana rasa bersalahlahnya kini semakin membesar.

'Apa aku nak buat ni?' Gumam Herra perlahan dengan ketapan di bibirnya, tapi satu persoalan terbit di dalam fikiran Herra. Kenapa sewaktu dia meminta tolong untuk selamatkan dia daripada lelaki-lelaki gila tu, tak ada sesiapa pun yang sedar atau keluar. Tapi waktu dia masuk rumah Raes tu boleh pula ada orang sempat ambil gambar. Pelik!

Masa pada video itu dilihat oleh Herra, 1 jam yang lalu, tubuhnua kaku seketika, dia risau jika Raes ada buka cerita pasal dia, habislah buruk nama dia nanti.

Mata Herra memerhati skrin telefon yang menunjukkan mesej daripada seseorang. Nombor yang dia tak kenal.

Dahi Herra berkerut.

"Siapa pulak ni?" Gumam Herra sebelum telefon itu notification itu di tekan, mesej yang dihantar tadi turut dibaca.

'Jangan lupa, esok kita jumpa dekat mahkamah, aku nak settle kan cepat sikit,'

Mesej itu dibaca dengan sedikit kuat, sah memang Raes, tapi persoalannya mana pula Raes dapat nombor dia?

'Mana awak dapat nombor saya?'

Herra mentaip pada papan kekuncinya, dia termenung sekejap menunggu balasan.

"Suka hati akulah nak dapat daripada mana pun,'

Semakin berkerut dahi Herra dibuatnya, dia menjeling kasar skrin telefon itu membayangkan wajah Raes di situ.

Tiba-tiba sahaja bunyi deringan telefon masuk, wajah Herra kembali berkerut, apahal pulak mamat ni call aku?? Herra mengetap bibirnya kuat.

Dalam masa yang sama hati Herra merengus geram sedikit, jarinya terus menekan ikon hijau untuk mengangkat panggilan telefon tersebut, telefon diletakkan ke telinga.

"Dah kenapa awak call saya?" Soal Herra dengan nada suara tegang yang turut terselit peliknya, dahinya masih lagi berkerut seperti tadi.

"Saja, malas nak type," Raes berkata tenang sambil memainkan pen ditangannya, ada benda yang dia nak cakap dengan Herra sebenarnya tapi tak tahu sesuai ke tak dengan keadaan sekarang.

"Hurm... mana awak dapat nombor saya?" Soal Herra sambil memuncungkan bibirnya, dari tadi dia persoalkan benda ni.

"Adalah, yang kau nak tahu sangat apahal?" Raes berkata dengan suara yang tegas, Herra merengus geram, tanya je itupun nak marah!

"Saya tanya je," Herra menjeling kecil, suaranya turut kedengaran seperti malas mahu layan, tubuhnya kembali di tegakkan duduk di atas katil itu.

Raes tersenyum sinis sebelum dia mengeleng kecil.

"Awak," panggil Herra perlahan, bibirnya mencebik kecil, matanya mula kelihatan sedikit merah kerana takut.

"Hmm," Raes sekadar membuat bunyi gumamam, Herra memainkan jejarinya antara satu sama lain.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now