BAB 16

264 16 0
                                    

Datin Sara mengawal reaksi wajahnya supaya tidak kelihatan sangat terharu, sedangkan air mata dia dah hampir nak gugur bila anak lelakinya dah sah jadi suami orang. Terharulah katakan walaupun bukan menantu pilihan puls tak pernah terdetik pun akan jadi menantu!

Wajah Dato Rayqal di depan Raes di pandang dengan bibir yang diketap.

Mereka semua mengangkat tangan untuk berdoa, Herra tersenyum ringkas sebelum tangan turut naik menadah, doa mula dibaca, Aulia disebelahnya turut menadah tangan membaca doa, bersyukur Herra selamat jadi isteri orang, rasa macam tinggal dia je yang masih tak kahwin dalam dunia ni...

Herra menitiskan air matanya, rasa sebak mula terbit, tak sangka secepat ni dia akan kahwin, ingatkan dia akan jadi anak dara tua sampai bila-bila, yelah dia mana pernah couple sebelum ni... selalunya semua lelaki dia reject je.

Herra tersenyum ringkas, tanpa dia sedar Raes sudah melangkah menghampirinya, dia tak sedar bila doa dah habis baca, tangan dia pun masih menadah doa. Cepat betul! Ataupun dia yang termenung lama sangat?

"Jejaka hensem kau tu dah sampai! Aku pergi dululah, tak nak kacau," Aulia tersenyum mengusik sebelum dia bangun berdiri, telefon sempat dikeluarkan dan menangkap beberapa keping gambar Herra dan Raes di atas pelamin, dia nak guna gambar tu untuk bagi Herra kejutan.

Herra terkedu apabila Aulia sudah pergi, wajahnya jelas pasrah, alaa.. minah! teman aku! Aku takut duduk atas ni, malu bila ramai orang tengok!

"Baca doa apa tu?" Soal Raes dengan wajah bersahaja, Herra mengerutkan keningnya, aduhh apahal mamat ni dekat sini pulak? Herra tersenyum tawar.

"Suka hati sayalah nak baca doa apa pun," Herra berkata dengan wajah mendatar. Raes datang semakin dekat, semakin berkerut juga dahi Herra.

"Ohh? Belagak!" Raes menayangkan wajah cemberut.

"Ehh! Kenapa awak datang dekat saya, orang tengok tahulah!" Herra pandang Raes dengan pandangan curiga, terus Raes menjeling kasar. Herra ni nampak sangat tak focus elok-elok ni! Mummy yang suruh kot tadi?

"Kita nak tangkap gambarlah, jangan nak perasan sangat boleh tak?" Raes menayangkan wajah mendatar, buat hilang mood betullah Herra ni!

Wajah Herra bertukar merah padam apabila melihat semua tetamu sedang memandang ke arahnya dan terdapat seorang juru camera di tengah-tengah. Kata buat simple je? Ini dah macam lain je.

"Kenapa semua orang berkumpul ni? Raes?" Herra memandang Raes dengan mata yang membulat, jelas sangat malu.

"Just relax, jangan nervous sangat Herra,"

Raes terus duduk di sebelah Herra, mata mereka saling bertembung, pertembungan mata mereka membuat Herra semakin gementar. Anak mata cantik raes tak habis memanah mata Herra, dah lah mata cantik! Ingat dia akan cair ke? Tak! Dia tak akan jatuh cinta dengan Raes! Huwas walaupun sebenarnya dia rasa macam dah terjatuh cinta dengan Raes.

Raes tersenyum sinis sebelum lelaki itu mengeluarkan kotak cincin dari dalam poketnya, kotak cincin itu dibuka dan sebentuk cincin cantik berwarna silver dia keluarkan.

Mata Herra menelopong, rambang matanya melihat cincin yang cantik itu dengan ada seketul diamond kecik kat tengah. Simple dan dia suka design cincin tu nampak elegant! Pasti mahal tu!

Raes tersenyum ringkas sebelum tangan putih Herra di capai lembut, kena tunjuk mesra sikit depan tetamu kalau tak nanti ada yang mengata. Herra terkedu namun dia hanya membiarkan sahaja Raes memegang tangannya. Dia tak pelik sangat kenapa sedara mara Raes tak pandang dia pelik sebab masing-masing dah tahu cerita sebenar! Nasib baik dapat seorang bapa mertua macam Dato Rayqal tu! Terlalu baik!!

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now