BAB 21

126 7 0
                                    

"Boss dah sampai ke?" Soal qistina dengan nada suara mendatar, Qistina ialah pembantu peribadi Raes di Xara Holding.

"Dah, I dekat parking," Raes berkata dengan wajah tenang, Herra pula hanya memasang telinga mendengar setiap apa yang Qistina dan Raes cakap.

"Okay, boss dah boleh naik," Raes mengangguk kecil sebelum panggilan telefon dimatikan.

Wajah Herra berkerut, dia memandang Raes dengan wajah pelik, apa yang Raes tunggu dari tadi sebenarnya ni?

"Jom," ajak Raes sebelum dia mematikan enjin kereta, Herra yang binggung dengan ajakan Raes serta merta membuka pintu kereta dan keluar daripada kereta tersebut.

Dia memandang Raes yang sedang menghampirinya di pintu kereta, lelaki itu menghulurkan tangannya, Herra pelik. Dahinya turut berkerut, tangan Raes tidak dibalas.

"Ish," rengus Raes sebelum dia menarik tangan Herra mengikutnya.

"Awak! Kenapa awak tarik saya?" Soal Herra dengan binggung, dia hanya mengikut langkah lelaki itu menuju mendekati pejabat besar itu.

"Raes! Orang tengoklah!" Herra cuba melepaskan tangannya, walaupun tak kuat mana Raes pegang tapi dia tak boleh nak lepaskan tangan dia.

"Awak! Janganlah! Nanti orang ingat awak dera saya! Lepas!" Herra berkata sambil memandang sekeliling, saja guna ayat tu supaya Raes lepaskan tangannya tapi hampa, Raes tetap dengan tindakannya.

"Raes! Stop!" Herra memberhentikan langkahnya, walaupun Raes menarik dia tetap mengeraskan badannya untuk tidak bergerak.

Raes pasrah dia menoleh memandang Herra.

"Lepas," arah Herra dengan wajah serius lansung tak ada senyum, Raes tersenyum sinis.

"Lebih baik kau diam sebelum aku yang tutup mulut kau, dekat sini, kau kena ingat, kita dah halal," Raes berkata dengan senyuman penuh makna, Herra seperti mendapat maksud tersirat tersebut dengan pantas menekup mulutnya.

Seketika wajahnya mula kelihatan tenang apabila dia memandang Raes.

"Macamlah awak tu berani sangat?" Herra berkata sinis mencabar Raes, lelaki itu mengetap bibirnya, dia mendekatkan wajahnya dekat Herra, terkedu Herra dengan tindakan drastik Raes, mata Herra membulat sebelum degupan jantungnya mula laju.

"Kau cabar aku?" Soal Raes di hadapan wajah Herra dengan nada berbisik, bibir Raes terjungkir senyuman sinis.

Apabila melihat Herra diam, Raes semakin mendekatkan wajah mereka sehingga terasa haba panas daripada nafas masing-masing, Raes menatap ke dalam anak mata Herra, cantik sangat mata bulat gadis itu. Wajah Herra merah kerana malu.

"Stop! Okay fine, saya diam, tolong jangan buat malu dekat sini," Herra menolak jauh dada bidang Raes, tersenyum lebar Raes melihat wajah cemas Herra tadi, padan muka!

Raes tersenyum lebar sebelum dia menarik lembut tangan Herra menyambung melangkah ke lobby pejabat. Herra pasrah, rengusan kecil keluar daripada bibirnya.

Mereka melangkah masuk ke dalam lobby, beberapa orang yang nampak Herra dah kerutkan dahi masing-masing.

Ada seorang gadis dan beberapa lagi kawannya menghampiri Raes dan Herra.

"Encik Raes kan?" Soal Gadis itu dengan wajah curiga, Raes berhentikan langkahnya, dia menoleh memandang gadis itu dengan tatapan tajam, Herra pula hanya diam.

"Ya saya?" Balas Raes dengan wajah mendatar sambil melihat beberapa orang rakan gadis itu tadi merakam, Raes dapat mengagak, orang yang sibuk-sibuk nak tahu apa kes tangkap khalwat tu!

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now