BAB 10

214 18 0
                                    

Herra memejam erat matanya, tubuhnya disandarkan pada kerusi leather di dalam kereta Raes, matanya memandang ke luar tingkap.

Setelah beberapa ketika Herra akhirnya terlelap apabila terlalu memikirkan hal tadi, mental dia sendiri penat dari malam kejadian tu sehingga hari ni apa yang Herra rasa cumalah penyesalan.

"Herra?" Raes memanggil dengan nada suara mendatar, mata Herra basah kerana air mata di tatap lama.

"Herra," panggil Raes lagi dengan curiga, Herra tidur atau menangis? Kenapa pula dia mengangis?

"Herra," sekali lagi Raes memanggil terus Herra mengerdipkan matanya beberapa kali tubuh ditegakkan sebelum matanya di gosok perlahan.

Dia memandang Raes sebelum dahinya berkerut. Kacau je orang nak tidur.

"Kenapa kau menangis?" Dahi Raes berkerut, Herea memegang kelopak matanya sebelum cepat-cepat tanagnnya menyeka air mata yang hampir kering itu. Tak perasan pula bila dia menangis.

"Mana ada saya menangis," Dia menggosok sedikit matanya.

"Ehh ni kenapa awak kejut saya?" Soal Herra dengan kening bertaut.

"Ohh, rumah kau dekat mana? Kita dah nak dekat dengan kawasan mahkamah tadi," raes berkata dengan nada suara mendatar, terus Herra membulatkan mulutnya sebelum alamat di dalam telefonnya di berikan kepada Raes.

Huluran telefon itu disambut oleh Raes.

"Kau tak hafal alamat rumah kau ke?" Soal Raes dengan pelik, Herra tersengih kecil. Dah besar panjag pun masih tak ingat alamat. Ini kalau kena culik ni memang tak tahu jalan baliklah jawabnya.

"Tak, panjang sangat," balasnya polos dengan sengihan tak padam dari bibir, Raes tergelak kecil.

Seketika mereka berdua diam menikmati perjalanan jalan raya itu.

"Awak," Herra memusing tubuh menghadap Raes. Raes sekadar memandang sekejap sebelum matanya kembali ke jalan raya.

"Memang tak ada cara lain ke untuk selesaikan masalah ni?" Herra berkata perlahan, dari tadi dia cuba fikirkan apa-apa cara lain tapi tak dapat.

"Kau pernah tengok drama tak?" Soal Raes dengan curiga, terus bertaut kening Herra. Hah? Drama? Sangat lari dengan topik! Apa benda pula mamat ni?

"Dah kenapa tiba-tiba tanya saya pasal drama pulak?" Herra tak puas hati, kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan.

"Jawab je lah," Herra merengus kecil

"Mestilah saya pernah tengok," Wajah Herra jelas tak puas hati, dia memandang sisi wajah Raes dengan kerutan di dahinya. Dah lah paksa dia jawab! Lepas tu tiba-tiba pula cakap pasal drama, dah kenapa?

"kalau dalam drama tu character lelaki dia kena tangkap basah dengan character perempuan, apa yang akan jadi?" Soal Raes dengan wajah bersahaja, semakin binggung Herra dibuatnya.

"Hah?" Herra tergamam, seketika, Herra muka mengetuk dagunya cuba untuk berfikir.

"Diaorang kahwin je lah untuk jaga maruah keluarga diaorang, kenapa?" Balas Herra dengan curiga, apa punya soalanlah mamat ni?

Lama Raes diam sebelum dia tersenyum ringkas.

"Jadi, samalah macam kita," Raes berkata tenang matanya turut memandang wajah Herra yang terkedu, Herra tiba-tiba terasa macam di panah, baru tersedar.

Dia mengetap bibirnya, ada betul juga... Raes pantas tersenyum ringkas sekali lagi.

"Tapi... saya..." Herra diam dia memejam erat matanya, dia takut nak terima lelaki yang dia tak kenal dalam hidupnya sebab itulah Herra rasa dia tak bersedia lagi dalam hubungan cinta nanti semuanya tak dipercayanya.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now