BAB 12

204 12 1
                                    

"Awak?" Mata Herra membulat tatkala melihat wajah lelaki yang tidak asing di depannya, Herra mengerdipkan matanya berkali-kali, masih tak percaya.

Lelaki itu menayangkan wajah bersahaja, tak nampak macam terkejut pun jumpa dengan Herra dekat sini.

"Kejap... awak jangan cakap awak ikut saya lagi?" Herra curiga, dah lah hari tu Raes dah ikut dia, cam plate kereta konon, padahal memang dah sah ikut dia! Herra memandang Raes curiga, matanya kecil saja memandang lelaki itu, Raes tayang wajah menyampah.

"Jangan nak perasanlah," Raes menjeling sekilas wajah Herra, Raes terus melangkah ke depan Herra untuk mengambil pesanan burger marrybrown nya, semasa ingin berjalan Raes memandang tajam wajh Herra sehingga gadis itu berada gerun.

Herra berpusing menghadap Raes.

"Kalau awak ta ikut, macam mana awak boleh ada dekat sini?" Soal Herra dengan kening terjungkit masih ragu-ragu dan dia rasa Raes ikut dia. Dasar perasan punya Herra! Raes tayang wajah malas.

"Kau ingat ni kedai kau ke aku tak boleh nak datang?" Perli Raes dengan menayangkan wajah selamba, bibir dijungkitkan sedikit.

Herra menggaru kepalanya, dia masih tak boleh terima kenyataan, masih lagi dengan ragu-gau dan perasan dia tu.

"Aku pun laparlah," Raes berkata dengan mata menjeling Herra, kepala turut digeleng beberapa kali, ingat dia sorang je ke lapar? Aku pun laparlah!

Langkah terus di bawa menghampiri meja makan pelanggan di dalam marrybrown itu. Suasana di dalamnya agak sunyi hanya ada beberapa orang sahaja di dalam. Maklumlah dah pukul 10 lebih.

Herra mengejar langkah Raes, kakinya dihentak kecil sambil mengikut Raes.

Raes melabuhkan punggungnya ke atas kerusi meja makan itu, dia memandang Herra dengan wajah kosong, sampai di sebelah mejanya Herra berhentikan melangkah.

"Awak ni asyik tersempak je tau dengan saya? Awak ni sebenarnya ikut saya kan?" Herra masih curiga, tangannnya naik menunjuk tajam wajah Raes," Pandangan tajam terus Raes lemparkan, Herra ketap bibir, dia mula rasa marah apabila Raes tidak membalas.

"Cakap je lah Raes?" Herra mula benggang apabila Raes hanya diam, Herra menepuk sedikit meja batu itu tadi tetapi bunyinyantidak membuat orang lain memandang kerana kawasan meja mereka yang hujung.

"Jawablah!" Paksa Herra lagi dengan nada suara naik sedikit, matanya memandang Raes dengan kerutan di dahi. Raes letak burgernya di atas meja, wajah Herra dijeling sekilas.

"Apa masalah kau?" Raes soal dinggin, wajah Herra dicerun tajam, dari tadi ada je nak cari pasal, orang dah lah lapar ni dia boleh pulak tekan-tekan kita, Herra menunduk, dia pun tak tahu kenapa tivba-tiba dia sakit hati sangat bila nampak Raes ibarat yang didepannya ni Datin Sara!

"Kalau kau rasa aku ni ikut kau sangat, fine! aku keluar," Raes berkata dengan wajah bersahaja, dia terus ingin bangun dari duduknya, takut nanti hilang sabar pula dia dengan perangai Herra ni lebih baik dia keluar.

Serta merta lengan Raes ditahan oleh Herra, terus Raes mengerutkan dahinya, lengannya dan wajah Herra dipandang dengan pandangan tajam seperti memberi amaran.

"S-Saya minta maaf," pinta Herra perlahan, wajahnya menunduk ke bawah. Tanpa menunggu pelawa Raes, Herra melabuhkan punggungnya di kerusi depan Raes tapi, wajahnya sedikit sayu. Raes terkedu dia memandang wajah Herra sebelum wajahnya kekal kosong.

"Saya penatlah dengan semua yang jadi ni," Herra memejam erat matanya, wajah Raes serta merta bertukar.

"Awal duduklah, saya tak ada niat pun nak sakitkan hati awak," Herra berkata perlahan, kening Raes terangkat sebelum dia kembali duduk pada kerusi yang dia duduk tadi, wajahnya jelas pelik dengan perangai Herra, kejap macam ni, kejap macam tu...

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now