"Nadra! Bangun lah wei!"
Nadra menggeliat sekejap apabila tidur nya di ganggu oleh abang sulungnya Nuh Uwais. Kacau daun betul lah abang ni!
"Ya Allah Nad! Bangun cepat boleh tak? Dah lambat dah ni!" dengus Nuh sambil cuba bersabar dengan adik perempuan nya itu. Tak betah lama, dia mula menarik selimut tebal pink Nadra tu.
"Ishh, ya lah bangun lah nii! Pukul berapa hah yang dikatakan lambat ni?" soal Nadra sambil menguap lembut.
"8.30am" jawab Nuh dengan malas. Pening lah ada adik begini. Eleh dia pun sama jugak dibangunkan oleh mommy mereka puan Zurina malah disuruh untuk bangun kan Nadra dulu sebelum mandi. Namun Nuh mandi dulu dan bersiap barulah dia bangun kan Nadra.
"HAH?! Abang, apa ni? Huuuu dah akhir laahh, kelas start pukul 9 tau!" bungkam Nadra terus melangkah kakinya masuk ke dalam tandas sambil bawa tuala pink nya.
"Haaa tu lah pasal tidur akhir malam lagi! Nanti buat lagi yaa" ketawa Nuh mengejek.
"Haa dah dah lah tu Nuh! Kamu pun mommy kejutkan, ada hati nak ejek adik. Dah turun makan.... nanti lambat pula lagi" ujar puan Zurina sambil bercekak pinggang.
Nuh mengaru kepala nya sambil tersengih malu sebelum mula turun untuk menjamu sarapan.
•••
"Apalah punya abang! Ni mesti ikut kepala dia nak kenakan aku pagi-pagi..... tak pasal-pasal aku akhir lah masuk kelas nanti" gumam Nadra sambil menilik penampilan simple nya di cermin biliknya.
Selepas berpuas hati, baru lah dia menggalas beg nya dan mula turun tangga pergi ke ruang makan.
"Assalamualaikum mommy daddy!" sapa Nadra teruja lalu duduk bersebelahan abangnya. Dia hanya menjeling sekilas abangnya.
Amboi! Main jeling-jeling nampak!
"Waalaikumussalam, hah makan cepat-cepat... nanti makin lambat pula" ujar puan Zurina.
"Yalah mommy, harini je lambat sebab abang lah ni..." adu Nadra sambil memuncungkan bibirnya. Tuan Arman menggelengkan kepalanya.
"Ishh kamu ni Nuh, perangai tu cuba ubah.... nanti jadi suami orang macam mana lah..."
Nadra yang sedang makan itu terhenti seketika sambil matanya terkebil-kebil memandang wajah daddy dan abangnya.
"Alaah... lambat lagi lah daddy-"
"Hah abang dah nak kahwin ke? Yay! Dengan siapa bang? Dengan-" terhenti percakapan Nadra apabila menerima jelingan tajam Nuh.
"Apa kau merepek ni? Memandai je kau. Memang tak lah aku nak kahwin... belum ada calon lagi " ujar Nuh. Muka jangan cakap lah masam mencuka mukanya apabila disentuh hal kahwin ni.
"Hmm sofea kan ada-"
"Dah! Lagi sekali kau sebut pasal kahwin, aku tinggalkan kau eh" ugut Nuh. Dia terus berdiri pergi ke sinki meletakkan pinggan nya di situ.
"Alolo....ehehe okay, kita dah siap makan!" Nadra juga pergi ke sinki dan mencuci tangannya seraya itu pergi kembali ke arah mommy daddy untuk bersalam.
"Hah.... tadi ugut sangat nak tinggalkan! Laaaah dia pula kena tinggal! HAHAHA" ejek Nadra sambil menjulur lidahnya kearah Nuh. Nuh terpinga-pinga.
"Hei! Bapak laju nya kau makan! Sabarlah ishh!" Nuh terus pergi ke arah mommy daddy untuk bersalam. Lalu dia menggalas beg nya dan melangkah ke arah keretanya Myvi hitam miliknya. Kemudian mereka berdua masuk dalam kereta.
Sebenarnya Nadra dapat je drive sendiri tapi dia malas harini plus keretanya di bengkel pula.
"Jom bang! Lambat dah ni!"
"Ishh ya ya sabarlah!"
Selepas membaca doa, Nuh pun memulakan perjalanan mereka ke Universiti.
•••
Setelah beberapa lamanya, mereka pun sampai dekat university. Baru saja Nuh memarkir keretanya, Nadra terlebih dahulu membuka pintu kereta itu dan melangkah laju ke kuliah dewan.
"Hoi! Sabarlah, bergegar pintu kereta aku ni!" jerit Nuh geram. Eh budak ni kang!
"Sorry not sorry! Nad dah lambat ni! Jumpa nanti eh! Bye!" jerit Nadra kembali lalu menyambung langkahnya pergi ke kuliah dewan.
"Huh! Dahlah" Nuh mendengus lalu dia pun melangkah pergi ke kafe university tempat dia meluangkan masa sebelum kelasnya bermula. Kelasnya bermula pukul 11 pagi tu yang dia santai je haha.
•••
"Aduhh! Boleh gila lah aku camni! Akhir sangat lah!" gumam Nadra sendiri sebelum menilik jam di skrin Iphone miliknya. Tertera di skrin kaca phonenya menunjukkan pukul 9 30 pagi. Mampus aku!
"Ah! Apa-apa je lah! Janji aku present!" seraya itu dia terus mengetuk pintu kuliahnya itu.
Tok! Tok! Tok!
Nadra dengan perlahan-lahan membuka pintu kuliahnya itu. Lalu apabila dia sedar banyak mata memandangnya dengan wajah bingung, dia termalu sendiri.
Nadra menapak kearah pensyarahnya sambil menundukkan pandangannya. Setelah dia mendongak kejap, baru lah dia sedar bahawa di depannya kini adalah bukan pensyarahnya yang biasa.
Nadra berkerut dahi semacam apabila melihat sosok tubuh lelaki yang agak tinggi darinya itu. Hmm mungkin pensyarah baru kot? Tapi kenapa muka dia macam familiar je ek?
Pensyarah lelaki itu sedang memakai baju kemas berwarna dark blue dikenakan dengan black suitnya dan seluar hitamnya. Boleh tahan juga pensyarah ni hm.
"Ehem!"
"Erk...m-maaf lambat sir" Nadra tertunduk malu apabila dia sedar yang dia telah merenung anak teruna orang.
"Takpa, silakan duduk dulu" Nadra menganggukkan kepalanya lalu dia terus pergi kearah kawannya yang sedang melambai kearahnya.
"Haa...baru sampai nyah? Akhir bangun ke? Ni kali kedua kau akhir, tu pun first time masa first semester dulu" seperti peluru mulut Sofea Andreanna iaitu kawan sehidup semati nya bercakap.
"Ishh kau ni boleh diam kejap tak? Haah aku akhir bangun, ni semua pasal boyfriend tanpa status kau tu haa..."
"Eh sejak bila aku ada boyfriend? Maksud kau abang Nuh ke?" soal Sofea bingung. Ada-ada je lah kawan dia ni.
"Yalah siapa lagi..." jawab Nadra malas. Dia mengeluarkan segala alat tulis dan buku untuk mencatat pelajaran hari ini.
"By the way nyah, kenapa kau panggil dia sir?"
"Laah kan dia pensyarah kan? Anyway dia pengganti pensyarah kita ke?" soal Nadra ingin kepastian.
"Haah, pengganti pensyarah kita dan panggilan kau tu harus ubah ek...dia tu bukan sir tapi ustaz nyah" terang Sofea.
"HAH?!"
Jeritan Nadra berjaya menarik perhatian kesemua pelajar-pelajar di dalam kuliah dewan itu termasuk 'ustaz' tu.
"Ya? Kenapa di sana tu?" soalan maut diberikan oleh pensyarah a.k.a ustaz tu. Nadra sehabis baik menelan air liurnya dan berdehem perlahan.
"T-takde apa-apa sir-ustaz-erkk..." semakin pink pipi mulus Nadra. Manakala Sofea di sebelah sudah menahan ketawa. Nadra menjeling geram kearahnya.
"Baiklah, kita teruskan pelajaran hari ni ya?" 'Ustaz' itu menanyakan lagi sambil memandang Nadra. Nadra tersenyum malu sebelum menganggukkan kepalanya.
Dengan itu, pelajaran hari itu pun bersambung sehingga habis masa kuliah bagi pelajaran Matematik mereka itu. Tanpa sedar, ada seseorang yang sedang menyembunyikan senyuman.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...