Setelah dua jam menanti kelas kuliah habis, akhirnya jam pun menunjukkan angka 11 pagi. Serentak itu, Nadra, Sofea dan pelajar-pelajar lain mula mengemas barang mereka."Alhamdulillah tamat kelas kita pada hari ini. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh saja jumpa saya ya? Assalamualaikum semua" kata 'ustaz pensyarah' tu sebelum melangkah kearah mejanya untuk mengemas barangnya jugak.
Kedengaran ketawa gedik pelajar-pelajar perempuan di hadapan Nadra dan Sofea itu, membuatkan mereka memandang mereka dengan wajah yang kelat. Gedik!
"Miang betul minah-minah ni...sekali kena ceramah dengan ustaz tu haa baru tau" bebel Sofea sambil menjeling malas. Nadra mengeluh saja seraya itu mereka pun mula beredar ke pintu kuliah.
"Umm..." Satu suara berbunyi yang semestinya datang dari ustaz pensyarah tu. Nadra dan Sofea berpusing kearahnya dengan wajah tanda tanya.
"Ye ustaz? Ada apa-apa?" Sofea yang bersuara dulu memandangkan Nadra kelihatan sangat kekok untuk bertanya.
"Ohh ni siapa nama kawan awak tu?" soal ustaz tu.
Sofea melihat kearah Nadra lalu menjegilkan matanya agar Nadra pergi beritahu sendiri kearah pensyarah mereka. Nadra perlahan-lahan menapak kearah ustaz tu sambil menunduk.
"Nama saya Nadra u-ustaz"
"Apa ada dekat lantai tu?" soalan daripada ustaz itu membuatkan Nadra terperanjat hingga dia sendiri memandang muka tampan milik ustaz itu.
"Hah?" Nadra bingung. Ustaz tu terketawa kecil sekejap sebelum kembali bersuara. "Takda apa, ni nama awak apa lagi tadi?"
"Nadra Ufairah...." jawab Nadra lagi. Ustaz itu menganggukkan kepalanya.
"Baiklah Nadra, memandangkan tadi kamu akhir datang kelas so saya nak perkenalkan diri dulu. Nama saya Eman Hadif dan panggil ustaz Eman saja ya?" Nadra mengangguk laju.
"Saya akan cuba sedaya upaya mengajar kamu semua untuk last semester kamu sementara pensyarah kamu on maternity leave ni"
"Okay jadi, ni saya nak tanya kenapa awak lambat tadi?" soal Eman terus.
"Erkk...sebab abang saya ustaz"
"Akhir bangun ke?" soal Eman lagi.
"Haah ustaz, abang saya tak bangunkan awal tadi..." segan Nadra mengatakan fakta itu. Malulah camni arghh!
"Ohh faham. Baiklah, nanti jangan akhir bangun lagi ya? Sebaiknya setelah solat subuh nanti, janganlah tidur kembali jika mampu. Tahu kan banyak faedahnya? Okay itu saja, terima kasih dan kamu berdua boleh keluar sekarang"
Nadra tersentak kejap mendengarkan 'ceramah' tetiba dari ustaz tu. Fuhh memang kena dekat batang hidung aku ni.
Nadra menundukkan kepalanya seraya itu berterima kasih sebelum keluar dari kelas kuliah tersebut. Sofea turut mengekori langkahnya dari belakang.
Mereka hanya diam tak berkutik hingga mereka pun sampai di kafe university tu. Nampaknya kafe tu sudah banyak dipenuhi oleh pelajar-pelajar di situ. Nadra mengeluh pasrah.
"Wei, kita nak makan mana?" tanya Sofea sambil matanya rambang melihat jika ada tempat meja untuk mereka menjamu selera.
"Makan mana apanya...dah penuh dah meja di sini. Dahlah tekak aku terliur nak makan kari ayam huuu...." Omel Nadra dengan sedih. Sofea menjeling Nadra semacam.
"Alaah kau ni tak habis-habis dengan kari ayam dia....eh tu bukan abang kau ke?" kata Sofea sambil menunjuk jari kearah Nuh yang sedang bergelak sakan bersama kawannya. Nadra mengecilkan matanya.
"Haah laa jom jom..." Nadra dan Sofea mula melangkah pergi kearah Nuh dan kawannya. Sampai saja depan meja makan tu, Nuh terkejut dengan kehadiran mereka berdua.
"Eh hang buat apa dekat sini? Dah habis kelas ke?" soal Nuh hairan. Dia segera check Iphone miliknya dan sekarang menunjukkan pukul 11.20 pagi.
"Haah, Nad baru habis kuliah tadi....ni boleh Nad sama Sof duduk di sini?"
"Asal pulak? Takda tempat lain ke nak duduk?" soal Nuh. Nadra sudah bengang dengan soalan abangnya itu.
"Semua meja dah taken, abang je single sebab tu kita orang datang minta tempat duduk ni..." kata Nadra dengan geram. Asal bengang sangat abang aku ni!
Nuh menjeling tajam kearah Nadra. Pasal single jangan sentuh eh! "Yelah yelah, duduklah..." Nadra dan Sofea tersenyum sebelum duduk di hadapan Nuh dan kawannya.
"Ni abang tak kelas ke? Bukan abang cakap pukul 11 pagi ke? Ni dah masuk setengah jam 11 dah.." soal Nadra hairan. Nuh menggelengkan kepalanya, "Pensyarah kita orang kata start pukul 12 nanti sebab dia ada urusan lain"
Nadra meng'oh' kan saja sebelum dia mengajak Sofea mengambil makanan. Mereka pun berdiri dan menuju kearah cashier kafe tu. Mereka berdua memesan makanan dan minuman yang sama kerana malas lagi nak fikir lebih-lebih.
"Bang, nasi ayam kari dua dan 2 ais milo ya" Seraya itu Nadra menghulurkan duit kearah cashier tersebut namun ada tangan yang terlebih dahulu memberi duit. Ustaz Eman!
"Erkk, tak payah lah ustaz...saya ada duit sendiri untuk bayar makanan kami" ujar Nadra dengan rasa bersalah. Eman hanya tersenyum sebelum menggeleng, "Takpa, biar saya bayar sekali dengan minuman saya...ikhlas saya bayar" lalu dia turut memesan minumannya.
Nadra melirik Sofea dengan ragu-ragu. Aduhh malu lah orang bayar! Ustaz pulak tu!
"Terima kasih ustaz...." lalu mereka berdua pergi ke hujung cashier sebelah kiri sambil menunggu pesanan sampai. Nadra sejak tadi melirik ustfaz di sebelah mereka itu secara diam-diam.
"Pesanan buat cik Nadra!" tersentak Nadra apabila namanya dilaungkan begitu saja. Rasanya dia tak sempat buat namanya tadi. Terus saja Nadra dan Sofea pergi mengambil makanan mereka.
Ustaz Eman pun turut mengambil minumannya iaitu coffee dan mula melangkah dari situ selepas memberi senyuman kearah mereka berdua. Mereka berdua hanya menganggukkan kepala.
"Dahlah handsome pastu baik pulak tu...aish ni yang aku suka nii" ujar Sofea sambil tersengih kambing. Nadra menjeling Sofea. Aku yang kena bayar, dia pulak yang blushing!
"Dah jom, aku lapar dah ni" seraya itu mereka pun pergi kearah meja makan mereka. Mereka meletakkan dulang makanan atas meja dan melabuh duduk. Nadra memandang muka Nuh yang sudah merenungnya semacam.
"Siapa lelaki tadi tu?"
Pertanyaan Nuh itu membuatkan dahi Nadra berkerut. "Siapa bang?" Nuh menepuk dahinya, "Lelaki yang membayar makanan korang ni haa" Nadra seperti baru faham hanya menganggukan kepalanya.
"Ohh tu, lelaki tu pensyarah kitaorang....ustaz Eman nama dia. Pengganti sementara kita orang punya pensyarah yang sedang dalam maternity leave haa" terang Nadra.
Nuh dan kawannya Ikram mengangguk faham. Kemudian Nadra dan Sofea pun mula menjamah makanan minuman mereka sambil bercerita dengan Nuh dan kawan abangnya itu.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...