"Mommy! Daddy!" laung Nadra.
Dia hairan mereka tidak ada di ruang tamu jadi dia bergerak pergi ke dapur. Di situ rupanya mereka hmm."Assalamualaikum mommy! Nek! Daddy mana?" soal Nadra. Dia menarik kerusi di sebelah mommy nya lalu duduk.
"Waalaikumussalam Nad, tu daddy dan abang kamu dekat belakang haa" balas puan Zurina balik.
Nadra mengangguk faham. Sambil itu, dia menuang teh ke dalam cawan kaca dan menghirup perlahan.
"Nad? Dah balik?" soal tuan Arman masuk ke dalam rumah tu bersama abangnya Nuh di belakang.
"Haah lah daddy, daddy yang call orang suruh balik cepat" jawab Nadra. Tuan Arman menduduki kerusi di depan Nadra.
"Hah baguslah tu , daddy bukan apa....terkejut tau tengok kamu tak ada dalam rumah. Fikir ada orang culik kamu....diminta jauh"
"Alaah daddy, Nad okay je lah. Nad pergi gerai mak Kiah tu haa buat assignment. Sambil-sambil tu ambil angin sikit kan" terang Nadra.
"Tulah, Nad tak bagi tahu kami awal-awal...." balas tuan Arman lagi sambil menghirup teh. Nadra tersengih kambing.
"Kau sama siapa tadi dekat gerai?" soal Nuh yang duduk di tengah meja makan tu. Dia mengunyah biskut.
"Err Nad seorang je-"
"Kau dengan ustaz tu kan?" soal Nuh lagi. Kini bukan saja mata Nuh yang merenung Nadra tapi kesemua keluarga nya.
"Takde lah...I mean dia jugak ada dekat situ-" sekali lagi percakapannya dipotong oleh Nuh.
Pap! Nuh menghempas meja.
"Kan betul lah daddy? Nuh dah cakap tadi kan- Adoi! Asal kau hempas aku?" Nuh mengusap lengan nya lepas kena hempas oleh Nadra.
"Boleh tak diam kejap? Baru Nad nak explain kan? Hish" jeling Nadra tajam. Nuh buat-buat pekak badak je selamba menghirup teh.
"Nad awal-awal seorang je pergi gerai tu sebab bosan dekat rumah ni lagipun fikiran Nad serabut sangat dengan assignment tu yang pergi hirup udara kejap" jelas Nadra.
"Ye ye je kau buat assignment...cakap je lah nak dating"
Nadra menjeling nya geram. Nak kena lagi ke abang ni? Siapa punya abang lah ni cuba ambik.
"Dah lah tak nak cakap lagi!" rungut Nadra sambil menyilangkan tangannya di dada. Bibir sudah memuncung.
"Nuh. Cuba behave kejap. Adik nak cakap tu" tegur puan Zurina kepada anak sulungnya tu. Nuh terketawa kecil.
"Okay okay, sila sambung cakap...."
Nadra tidak habis menjeling nya sebelum dia mula bercakap kembali."Pastu Nad order je lah minuman dan buat assignment. Tahu-tahu dia datang nak makan juga di sana. Pastu dia ternampak Nadra pastu kita orang borak pasal assignment ni lah"
"Ada juga mak Kiah tanya-tanya dan berkenalan juga dengan kak Suriyani. Mereka baik tau mommy, dapat lah jadi geng" sambung Nadra lagi.
"Ohh camtu, haah mereka memang baik...cuma kami tak berapa rapat lah" ujar puan Zurina. Nadra mengangguk faham.
"Lepastu siapa yang hantar Nad balik tadi?" soal tuan Arman kembali menduga Nadra. Nadra tergamam seketika.
"Err u-ustaz Eman....tapi bukan Nad yang suruh pun! Dia yang nak teman kan" jelas Nadra dengan nada gelisah.
Dia tahu daddy nya jenis tak suka dia berdekatan dengan lelaki sebagai menjaga batas pergaulan tapi tu lah.
"Tahu....kitaorang nampak korang berdua tadi depan rumah" sampuk Nuh pula. Nadra mengerutkan dahinya.
"Macam mana tahu? Daddy dan abang spy Nad eh?" tuduh Nadra selamba.
"Mana ada daddy spy kamu, kita orang kan dari arah belakang...memang nampak lah apa yang terjadi di depan rumah" jelas tuan Arman membela dirinya.
Nadra tersengih malu. Ohh fikir daddy nak spy dia rupanya tidak.
"Okay faham....Ohh Nad pergi masuk bilik dulu eh nak sambung buat assignment kejap pastu mandi" ujar Nadra seraya berdiri dari duduknya.
"Okay pergilah, nanti malam kita pergi masjid sama-sama. Jangan nak elak lagi , dah jumpa Eman kan tadi? Dah tak ada nak di malukan lagi, faham?" tegas tuan Arman.
Nadra mengangguk perlahan seraya memberi isyarat ibu jari naik. Dia pun berlalu dari situ menuju ke biliknya dan buat apa yang di sebutkan tadi.
•••
"Nad dah siap ke? Kitaorang nak jalan dah ni cepatlah" ujar Nuh sambil mengetuk perlahan pintu bilik milik Nadra.
"Okay kejap!" balas Nadra balik. Setelah dia meneliti telekung yang di pakainya kemas, baru lah dia membawa beg telekungnya dan phone sebelum membuka pintu nya.
Kelihatan Nuh bersandar di dinding kayu tu sambil main phone. Setelah dia mendengar bunyi Nadra membuka pintu tu, mereka berdua pun pergi ke arah mommy daddy mereka.
"Haa dah siap pun. Dah jom, akhir dah ni" ujar tuan Arman lalu berlalu bersama puan Zurina di sebelahnya. Mereka berdua mengekori saja dari arah belakang.
Sampai saja dekat masjid, mereka berpisah seperti biasa.
Nadra membuka seliparnya lalu bersama-sama mommy nya memasuki tempat perempuan.
Mereka sudah berwudhu di rumah jadi tahu tunggu dan duduk sebelum bermulanya sembahyang.
Sedang Nadra duduk di tepi mommynya, tiba-tiba ada orang menggamit nya dari sebelah kirinya.
Ohh rupanya mak Kiah dan kak Suriyani.
"Assalamualaikum Nad, boleh kami duduk sebelah kamu? Tak ada orang kan?" soal Suriyani senyum.
Nadra menggeleng, "Haah takde orang pun kak, semua di belakang sana...duduk lah"
Suriyani mengangguk saja lalu mereka berdua duduk. Mak Kiah pula duduk di sebelah mommy.
"Ni korang berdua je ke?" soal Suriyani ingin tahu. Nadra menggeleng kepalanya.
"Tak lah , sama daddy dan abang saya..." balas Nadra pula. Suriyani mengangguk faham.
Baru saja Nadra ingin membuka mulut lagi, tiba-tiba kedengaran laungan azan dari sebelah lelaki.
'Merdunya suara dia..' gumam hati Nadra.
"Nak tahu tak siapa tu?" soal mak Kiah tiba-tiba ke arah Nadra. Nadra mengangguk kepalanya apa.
"Tu lah suara bakal suami kamu, Eman hehehe" sempat lagi mak Kiah mengusik mereka berdua.
Melihat wajah malu Nadra itu membuatkan ketiga-tiga perempuan itu terketawa lucu.
Aduh tak dapat nak usik sikit si Nadra ni! Cepat sangat blushing!
'Astaghfirullah, mana boleh camni Nadra! Sedar diri kau tu student dia! Memang taste dia yang setaraf imannya dan umur dia hmm'
Nadra hanya mampu redha dengan usikan mak Kiah itu serta apa bisikan hatinya itu.
Belum betah itu, mereka semua bangkit untuk mengerjakan solat wajib bagi setiap orang Islam.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...