Hari demi hari berlalu dengan cepat sekali. Peristiwa di parking lot itu masih tersemat di fikiran Nadra. Betapa malunya dia kerana menyibuk kereta ustaznya sendiri. Itulah yang menjadikannya awkward ketika sering kali bercakap dengan ustaz Eman.Kini, Nadra bersama Sofea sedang menuju kearah office milik ustaz Eman. Mereka dipanggil untuk mengambil beberapa assignment dari ustaz Eman dan dibuat semasa cuti semester seminggu ini.
Sampai saja di depan pintu office, mereka mengetuk dengan perlahan. Ustaz Eman memanggil mereka masuk. Nadra dan Sofea menunduk seraya memberi salam.
“Assalamualaikum ustaz…” Ustaz Eman tersenyum kearah mereka sebelum memberi assignment kepada mereka.
“Waalaikumsalam, ni assignment kamu berdua ya…” Eman memberi assignment tersebut kepada mereka.
“Baiklah ustaz, terima kasih” Mereka berdua mengangguk lalu beredar dari situ setelah memberi salam. Keluar saja dari pintu itu, akhirnya mereka dapat juga balik setelah lelah belajar sepanjang hari.
“Eh nyah, bila kau balik jenguk nenek girl kau ni? Esok ke?” soal Sofea. Mereka kini sedang menuju ke parking lot dan hari ini Nadra balik ikut Sofea je lah sebab abangnya taka da kelas petang.
“Haah, esok aku jenguk nenek girl aku…dia tak sabar nak jumpa dengan cucu kesayangan dia ni haa” ujar Nadra sambil tersengih kambing. Sofea menggulingkan matanya.
“Yalah tu, berapa hari kau di sana?” soal Sofea lagi. Nadra mengangkat bahunya, “Mungkin tiga ke lima hari kot…”
Sofea mengangguk saja lalu dia mula menekan punat kunci keretanya. Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan Sofea memulakan perjalanan.
•••
Pada malam itu, Nadra sedang mengemas barang-barangnya yang nanti diperlukan semasa di rumah nenek girlnya.
Nadra menggaru kepalanya. Semua sudah kan? Tak ada yang tinggal kan? Hmm kenapa macam ada yang tinggal eh?
Nadra lekas membongkar almarinya lagi untuk check jika ada barang yang sepatutnya dia bawa ke tidak. Ish takde juga! Apa eh? Serabut otak Nadra memikirkan sekejap. Belum betah itu, Nuh sergah biliknya tiba-tiba.
“Nad ohh Nad!” ujar Nuh kuat sebelum duduk di atas katil Nadra. Nadra mengerutkan dahinya dan mengeluh tanda protes. Cubalah ketuk dulu ni tak ishh!
“Apa bang? Cuba nanti ketuk dulu….ni bagi Nad sakit jantung tau! Ni kalau tadi Nad lepas mandi, abang terus masuk kan dah malu Nad” Nadra jeling abangnya tajam.
“Hmm yalah, sorry. Ni, kau dah siap kemas ke? Tolong kemaskan juga barang aku eh. Aku penat angg , thank you!”
“Omaii! Apalah abang ni! Memang tak lah Nad nak kemaskan barang abang! Its called privacy okay! Its your privacy!” Nadra mendengus kuat. Abang dia ni pun, nak buat joke ni kena lah berpada-pada ishh!
“HAHAHA takde lah saja gurau, kau ni pun ambil kisah sangat..”
“Habis tu kenapa masuk bilik Nad?” soal Nadra kembali.
“Alaah saja buang boring…aku dah siap kemas dah. Kalau kau hmm esok pagi baru siap kemas kan?” ejek Nuh sambil mengangkat kirainya. Nadra menjelingnya tajam. Suka hati je cakap camtu!
“Mana ada eh! Ni sikit lagi dah nak siap kemas cuma tinggal satu barang je lagi nak masukkan tapi lupa apa..” ujar Nadra lalu sambung membongkar almarinya. Ish apa eh yang aku nak bawa ni?
“Ohh—bukan skincare ke?” soal Nuh apabila matanya tiba-tiba terlintas melihat meja makeup milik Nadra. Di sana ada banyak jenis skincare untuk muka.
“Ohhh haah lah bang! Pandai! Bagus bagus ehehe!” ujar Nadra tersengih lalu dia pergi ke meja makeupnya dan menyusun segala skincare di dalam beg khasnya.
“Biasalah…tengok lah siapa ni. Ni Nuh Uwais lahh!” dengan bangganya Nuh berbicara. Eleh bongkak nampak! Nadra menggulingkan matanya ke atas, pasrah dengan perangai abangnya yang bongkak itu.
“Eh dah lah! Aku nak tidur dulu, esok awal bangun. Haa kau baik pasang alarm sendiri eh, aku takde nak bangunkan kau! Bye!” pesan Nuh sebelum keluar dari bilik Nadra.
“Huh, nanti dia juga yang dibangunkan oleh mommy!” rengus Nadra. Akhirnya barang-barangnya semua dah siap dikemas dalam luggage besar pink.
Nadra menguap kepenatan lalu terus dia membaringkan badannya. Perlahan-lahan matanya tertutup membawanya pergi ke alam lain.
•••
Pada keesokkan paginya, Nadra sudah bangun awal pagi. Malah selepas solat subuh, dia tidak tidur lagi. Kini dia sedang membuat sarapan pagi yang biasa-biasa saja iaitu pancake dan teh panas.
“Amboii awal nya bangun anak dara mommy ni” ujar puan Zurina sambil tersenyum kearah Nadra. Nadra tersengih malu sebelum mula menghidangkan makanan dan minuman itu.
“Mestilah mommy! Nad excited sangat nak jumpa nenek girl hehe!” ujar Nadra teruja. Puan Zurina menggeleng perlahan. Haihlah anak dara, energetic sungguh!
Belum betah itu, tuan Arman bersama Nuh pun masuk ke ruang makan dan duduk di meja makan tersebut. “Wahh siapa masak ni? Nad eh?” soal tuan Arman. Nadra mengangguk dan tersenyum malu.
“Good Nadra! Nanti masak banyak-banyak lagi ehh supaya untuk persediaan pemakanan suami kamu nanti” usik tuan Arman.
“Alaah lambat lagi lah daddy Nad nak kahwin huuu…suruh abanglah dulu kahwin haa” ujar Nadra sambil menunding jarinya kearah Nuh. Nuh menjegilkan matanya. Please stop lah pasal kahwin ni ishh!
“Tolong jangan sangkut nama aku eh soal kahwin ni….belum masanya lagi” jeling Nuh geram kearah Nadra. Hello! Aku nak puaskan single dulu sebelum commit dalam alam perkahwinan ni!
“Hmm yalah, mari makan cepat….nak gerak awal supaya cepat sampai” ujar tuan Arman. Dengan itu, mereka sekeluarga menjamah makanan dan minuman mereka.
Selesai bersarapan, mereka pun mula mengangkat luggage-luggage mereka dan masukkan ke dalam bonet kereta. Tuan Arman mula mengunci rumah besar mereka dan masuk ke dalam kereta.
“Semua barang completed masuk ke?” soal tuan Arman.“Dah, daddy! Jom jom!” jerit Nadra dan Nuh serentak.
Tuan Arman dan puan Zurina hanya menggelengkan kepala mereka melihat perangai anak-anak mereka itu. Dengan itu Tuan Arman pun memulakan perjalanan ke Selangor, Malaysia.
Yay! Jumpa nenek girl!
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...