2 hari kemudian...
Ting! Ting!
Nadra yang sedang menyiapkan assignment nya itu terhenti seketika apabila mendengar bunyi notification masuk.
Hmm ni mesti si minah Sof ni! Segera Nadra capai phone nya dan membuka ruang message di situ.
"Hoi Nad! Tengah buat apa tu? Kau tak rindu aku ke? Aku bosan lah sekarang"Nadra menggeleng saja membaca text kawannya itu.
'Dia yang tak text orang dulu hurmp! Nampak lupakan kawan haa' nada Nadra persis merajuk. Eleh dia pun sama jugak.
"Waalaikumussalam, tengah buat assignment. Haah tak rindu kau pun haa nak apa ni?" balas Nadra selamba dekat text. Lalu dia tutup phone nya kembali menatap assignment nya.
Ting! Ting!
Nadra merungut kembali menatap phone nya. Cepat betul minah ni reply!
"Alaah sampai hati tak rindu kawan kau yang comel ni....jom call nak?" balas Sofea. Nadra mengerutkan keningnya pelik dengan perangai kawannya ini.
Manja lebih-lebih dah kenapa nyah? Baru saja Nadra ingin reply tapi tiba-tiba nama Sofea dah terpapar di screen nya.
'Sofea garang ❤️ is calling' Nadra segera menggesel jarinya dekat butang icon hijau.
"Hellaurr sobat di sana! Apa khabareu?" soal Sofea ala-ala Korea. Haihlah Sofea! Minta kena lah kau dengan si Nadra kejap lagi.
Nadra apa lagi sudah menggelengkan kepalanya. "Alhamdulillah okay je, suasana kampung ni aman je haa. Kau pula amacam? Seronok tak dekat Terengganu?"
"Wuish gila tak seronok nyah! Banyak abe-abe dekat sini nokk! Aku nak tapau satu tapi malu lah takde yang temankan aku yang comel molek ni hehe"
Nadra jeling menyampah. Mata keranjang betul lah si Sofea ni! Lalu Nadra pun sambung kembali menghadap laptopnya.
"Kau dah nak siap ke assignment tu?" soal Sofea apabila melihat kawannya itu khusyuk sangat. Nadra mengiyakan, "Haah, sikit lagi ni cuma ada beberapa soalan yang aku tak berapa faham"
Sofea mengangguk lemah, "Okaylah tu kau dah nak siap, aku ni? Belum banyak sentuh tahu assignment tu...masa first day je rajin kejap lepastu haa otak pun ikut bercuti jugak"
Nadra menggeleng kepalanya saja. "Tulah kau, seronok-seronok jugak, benda important jangan tinggal dekat belakang..."
Sofea tersengih malu, "Ish yelah yelah, later lah aku buat. Ni kejap lagi nak naik jet ski tahu bersama Abe Terengganu nih"
"Ikut kau jelah Sof...janji at the end of the day kua buat jugak assignment tu eh"
"Iyer, ha ni kau kata ada soalan kau tak faham? Cuba lah tanya ustaz Eman tu kot kot dia dapat explain kan dekat kau secara online kan?" cadang Sofea sambil tersengih.
Ah abe ustaz tu mana pernah lupa dari ingatan hehe!
Nadra sudah tidak tentu rasa apabila Sofea sebut nama lelaki itu. Haihlah Sofea, kalau kau nak tahu yang ustaz Eman tu sebenarnya jiran aku tahu tak?
"Ah? Haa umm yelah nanti kita aku cuba tanya...eh dahlah nanti kita sambung eh. Kau pergilah naik jet ski kau tu , aku nak kena pergi ni" elak Nadra.
"Haa? Hmm okay beb, bye! Mwah!" Dengan itu, Sofea pun memutuskan call mereka.
Nadra mengeluh sekejap sebelum dia menarik nafasnya dan menghembus.
Tak habis-habis ustaz Eman je kau dengar!
Dah lah kes malam 2 hari lepas masih segar dalam otak Nadra. Sampaikan Nadra pun tak lagi jejakkan kaki dekat masjid. Malu yang teramat!
"Haih panas lah pula dalam bilik ni! Baik aku keluar makan angin dekat gerai makan sana sambil buat ni"
Nadra bangkit dari katilnya lalu memasukkan laptop ke dalam beg nya.
Kemudian dia pun mula keluar dari rumah nek girlnya itu dan menuju ke arah gerai yang disebutkan tadi.
•••
Sampai saja di gerai itu, dia terus duduk di salah satu meja di situ. Nadra mengeluarkan laptopnya dari begnya seraya memanggil pekerja di situ.
"Akak! Nak order"
Suriyani yang sedang bercakap dengan makcik gerai itu segera menoleh kearah Nadra. Lalu dia mengambil kertas catitannya dan berlalu kearah Nadra.
"Eh hi Nadra! Haa nak makan apa ni?" soal Suriyani ramah sekali. Nadra tersenyum.
"Tak nak makan lah kak. Nak minum je boleh kan?"
"Eh boleh lah! Asal pula tak boleh? Nak minum apa?"
Nadra berfikir seketika. "Umm nak minum air Milo panas" Suriyani mengangguk perlahan.
"Okay, akak pergi buat dulu tau" Seraya itu, Suriyani pun berlalu pergi dari situ untuk membancuh Milo panas Nadra.
Nadra mengangguk sekilas sebelum menatap kembali laptopnya. Jari laju saja menari di papan kunci itu.
'Hmm macam mana ek nak tanya dia? Malu lah aku!' gumam hati Nadra.
Yelah di rumah nek girlnya itu pun selalu je dia kena suruh lupakan tentang malam tu tapi mereka tak faham betapa malunya seorang Nadra ini.
Sekali malu, macam nak malu setahun jadinya.
Nadra menggaru kepalanya yang tertutup dengan tudung masuk itu. Kusut lah camni!
"Nah air Milo panas dah siap! Nak tisu-" terhenti huluran dan percakapan Suriyani apabila mendengar suara seseorang.
"Assalamualaikum!"
Nadra juga turut terkejut dengan huluran Suriyani secara tiba-tiba itu. Malah dia juga hairan kenapa terhenti half way huluran akak tu.
Lalu dia pun memusingkan kepalanya untuk melihat gerangan siapa yang menyahut salam tadi.
"Waalaikumussalam haa Eman! Meh meh!" sahut mak cik Kiah.
Membuntang mata Nadra apabila mendengarkan sebaris nama itu. Malah melihat sosok tubuh Eman secara depan-depan.
Terus saja Nadra melihat kembali kearah laptopnya. Mampus! Baru je aku sebut pasal dia aduhh!
"Haha okay mak Kiah..." Seraya itu, Eman duduk betul-betul di belakang Nadra namun dia tidak tahu bahawa itu adalah Nadra.
"Eman nak order apa? Seperti biasa eh?" soal Suriyani lembut. Eman mengangguk.
'Seperti biasa? Maknanya dia memang dah biasa ke sini? Laah memanglah Nad oi! Dia kan orang sini!'
"Ya, Teh Tarik panas macam biasa dan oh ni tambah makanan tau.....mee mamak ya"
Suriyani mengangguk mencatit order Eman itu lalu dia berlalu pergi. Sebelum itu, dia pergi semula ke tempat Nadra.
"Nadra, okay tak minuman tu? Kalau tak okay, cakap tahu?"
Nadra yang kelihatan mukanya kecut perut itu menoleh kearah Suriyani. Dia mengangguk perlahan saja tanpa bersuara apa-apa.
Suriyani mengerutkan dahinya hairan dengan kelakuan pelik Nadra itu. Akhirnya dia pun berlalu dari situ ingin melaksanakan order Eman tadi.
'Nadra? Dia ke belakang aku ni?' gumam Eman sendiri.
Eman segera menoleh kearah Nadra untuk memastikan betul atau tidak yang didengarnya itu. Betul lah Nadra.
Sejak 2 hari lepas, dia langsung tidak ternampak kelibat Nadra lagi. Dia tahu yang Nadra malu dan takut akan kisah malam itu.
Lagipun semua masalah sudah diatasi oleh abahnya. Abahnya menerangkan apa yang berlaku sebenarnya ke semua pihak kampung semasa di masjid semalam.
Eman berdehem. "N-nadra? Betul ke awak ni?" soalan itu terpacul dengan sendiri dari mulutnya.
Manakala Nadra pula terkejut dengan sergahan tiba-tiba dari Eman itu. Perlahan-lahan dia menoleh kearah Eman.
Mata bertentang mata setelah 2 hari tak bertemu membuatkan degupan hati masing-masing laju.
"U-ustaz?"
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...