Pada malam itu, setelah saja selesai solat Isya’ dan makan malam, Nadra kembali ke biliknya. Dia menghempaskan badannya di katil yang bersaiz queen itu. Amat penat!“Penatnya aku…tadi dah tidur dah tapi masih terasa lelah di badan ni aduhh” gumam Nadra sendiri. Nadra mula main phone nya dengan membuka whatsapp untuk melihat sesiapa yang message dia.
Sudah tentulah Sofea! Hmm asyik send video TikTok je minah ni! Nadra pun menekan link yang di hantar oleh Sofea tu. Terketawa dia melihat video meme kucing pandai terbang tapi sebenarnya tak HAHAHA
“Tak betul lah kawan aku seorang ni” ujar Nadra selepas menghabiskan sisa ketawanya. Tiba-tiba apabila dia scroll, mula keluar video tentang ustaz muda ni. Terus Nadra terfikir akan ustaz Eman.
“Hmm ustaz di umur muda bukan senang….pastu pandai belajar pula tu. Agama pun mantap! Eh astaghfirullah!” Nadra menggelengkan kepalanya. Risau aku pula ter fall nanti!
“Tapi betul ke dia single? Ke dah jadi suami orang? Hmm…” gumam Nadra sendiri. Nadra segera hapuskan fikirannya tentang ustaz Eman itu lalu dia mula baringkan badannya.
Nadra mula menguap dan ingin tidur. Esok sajalah dia balas message Sofea tu walaupun dia tahu dia akan dibebel oleh Sofea. Nadra pun melelapkan matanya dan tidur yang indah.
•••
“Assalamualaikum mommy! Daddy! Morning!” sapa Nadra ceria pada pagi itu. Nasib baik dia awal bangun dari abangnya disebabkan bunyi alarmnya yang berjaya buatkan dia terbangun.
“Eh awal Nad bangun? Mana abang?” soal puan Zurina. Niatnya ingin mengusik saja anak dara nya ini. Manakala Nadra sudah memuncung bibirnya apabila diusik begitu.
“Apalah mommy ni! Nad selalu je bangun awal…kalau akhir tu salahkanlah abang haa! Dia yang sengaja tak bangunkan Nad” jawab Nadra lalu duduk di sebelah mommynya.
“Hmm yalah…” Puan Zurina menggeleng perlahan kepalanya sambil ketawa perlahan. Aduhai anak dara ni! Memang dia je yang nak menang kan? Kaum perempuan memang camtu.
“Haa apatu? Abang dengar tu abang kena sebut tu…” terjah Nuh dari belakang mereka. Nadra yang sedang makan itu terbatuk-batuk terkejut apabila disergah begitu oleh abangnya lebih-lebih lagi diketahui dia mengumpat abangnya.
“Ishh abang ni! Cuba bagi salam dulu, terkejut lah Nad!”
“Alaah kau! Lebih-lebih pula dia, mommy daddy tak pula terkejut huh!” Nuh menjeling malas kearah Nadra sebelum melabuh punggungnya duduk di depan mommy mereka.
“Eh dah dah lah tu….meh makan isi perut tu. Nanti lambat pula!” ujar puan Zurina sambil menggelengkan kepalanya. Tak pandai habis-habis bergaduh!
Serentak Nuh dan Nadra diam lalu cepat-cepat menghabiskan makanan mereka. Tiba-tiba daddy mereka tuan Arman berdehem. Nuh dan Nadra mendongak untuk melihat wajah daddy mereka.
“Ni daddy nak bagitahu yang hujung minggu nanti, kita pergi melawat nenek girl”
“Wahh serious ke daddy? Seronok nya jumpa nenek girl nanti hehee” ujar Nadra teruja. Yalah sudah sekian lama tidak melawat nenek girl mereka. Alaah over lah Nadra ni, baru je 2 minggu lepas berjumpa adoi!
“Haah, nenek girl kamu cari kamu berdua…dia kata rindu dekat kamu” ujar tuan Arman lagi. Mereka berdua mengangguk saja lalu selepas beberapa minit, akhirnya makanan habis juga dimakan.
“Okay dah habis! Kitaorang jalan dulu mommy daddy!” Nadra dan Nuh menyalam kedua tangan mommy daddy mereka sebelum melangkah keluar pergi ke garage kereta Nuh. Mulalah perjalanan mereka ke university.
•••
“Boo!” sergah Nadra kepada Sofea. Sengaja dia mengejutkan Sofea di pagi hari HAHAHA. Sofea menjeling dia tajam. Suka hati nenek dia je sergah orang camtu!
“Dasar perempuan akhir datang!” rengus Sofea. Nadra terkilan apabila dia digelar begitu. “Heii, mana ada lambat! Kira awal lagi ni!” ujar Nadra sambil duduk di hadapan Sofea di meja kafe university.
“Awal apanya? Dah pukul 10.50 pagi tau? Kita janji pukul 10.30 pagi” jawab Sofea masih merenung tajam kearah Nadra. Nadra tersengih malu, “Alaah kau ni 20 min je pun, sorry lah! Abang aku tu haa..”
“Hmm alasan eh alasan! Dah lah message aku tak kau balas, majok ah!” ujar Sofea lalu memeluk tubuhnya tanda merajuk. Nadra terketawa perlahan, “Sorrylah beb, aku tengok je video tu tapi aku tak balas sebab mengantuk sangat malam tadi”
Sofea merengus geram. Begitu je dia palaukan kita! Kita tak suka eh kena seen je, dah lah effort tu send video TikTok tu haa. Sabar Sofea!
“Yalah, suit yourself Nad”
“Hehe! Ni kelas start pukul berapa?” soal Nadra. Sofea berdehem kuat sebelum menjawab pertanyaan kawannya yang bertuah ini. “Pukul 11.30 pagi”
Nadra meng’oh’kan seraya bertanya lagi. “Kelas kita yang ustaz tu je kan? Kelas lagi satu di cancel kan sebab pensyarah kita ada urusan lain?” Sofea mengangguk. Nadra mencebik bibirnya. Masih merajuk rupanya minah ni!
•••
Masa berlalu dengan pantas, kini Nadra dan Sofea sedang berjalan menuju ke kelas kuliah ustaz Eman. Masuk saja kelas tu, mereka terus menuju ke meja tempat selalu mereka duduk.
Sementara menanti kedatangan ustaz Eman, mereka mengeluarkan barang-barang mereka lalu meletakkan di atas meja. Tiba-tiba kedengaran suara ketawa halus yang datang dari minah-minah gedik di hadapan.
“Weh tadi kan aku nampak sir Eman tu pkai kemeja putih lah! Handsome sangat!” ujar Kameliya dengan teruja sekali. Manakala kawan-kawannya lain apa lagi memang support lah. Sama-sama gedik!
“Haah! Aku pun tadi nampak dia semasa aku baru sampai uni tadi! Hot lah beb, aku nak lah sir tu boleh gak?” ujar Raisya sambil bertepuk tangan tanda suka. Aira di sebelah tidak kurang jugak terujanya sama seperti kawan-kawannya.
“Hoi! Kepohlah hang! Duk panggil sir, padahal dah tahu dah kena panggil ustaz! Dengar tak? Ustaz! U S T A Z, ustaz!” jerit Sofea bagi menyedarkan minah-minah gedik tu.
“Ishh apa ni Sofea…jerit-jerit tak tahu malu. Biar lah nak panggil apa pun, sibuk je dia ni!” ujar Raisya sambil menjeling Sofea. Sofea menolak lidahnya di dinding mulutnya, geram! Manakala pelajar-pelajar lain hanya melihat adegan mereka.
“Lagi malu lah kau orang duk usya ustaz tu, cakap tentang betapa handsomenya dia apa semua! Kena sedar juga yang kau orang cakap tu adalah ustaz! Kena rokiah baru tahu” rengus Sofea sebelum kembali duduk.
Kameliya pula ingin membalas kata-kata Sofea tu namun tiba-tiba pintu kuliah tersebut terbuka dari luar. Kelihatan sosok tubuh badan ustaz Eman melangkah masuk dengan senyuman manis.
“Maaf ya semua! Saya tiba lambat kerana ada meeting dengan pensyarah-pensyarah lain tadi”
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...