Setelah 20 minit, akhirnya mereka tiba juga di universiti. Masing-masing turun dari kereta sambil menggalas beg.
"Pukul berapa abang habis kuliah?" sempat Nadra menyoal abangnya sebelum mereka berpisah haluan.
"Eh haah lupa!" Nuh tepuk dahinya seketika. "Abang hari ni ada meeting akhir balik pukul 5.....kau habis pukul berapa?"
"Alamak, Nad habis pukul 3 setengah.....dengan siapa Nad minta bawa balik?" Nadra menggaru keningnya buntu.
"Minta bawa balik kat Sofea tu haa, pasti dia on punyaa....eh dahlah , nanti lambat masuk kuliah bye!"
Lantas itu, Nuh meninggalkan adiknya keseorangan di lot parking itu. Nadra mengeluh seketika.
'Sofea tu okay je tapi takut menyusahkan dia je'
Lambat-lambat dia membuka langkahnya menuju ke dewan kuliah nya pada pagi ini.
•••
Masuk saja dewan kuliah, dia terus menuju ke tempat duduk nya seperti biasa. Tiada kelihatan kelibat Sofea di situ.
Nadra duduk dulu seraya meletakkan beg nya di bawah kerusi. Dia mengeluarkan iPhone miliknya untuk check jika ada message dari Sofea.
Tekaannya betul.
"Beb, sorry aku tak dapat datang lah hari ni....kepala ku berat sangat rasa macam nak demam ni" text dari Sofea.
Nadra mengeluh lemah seraya jarinya laju menari di papan kunci. "It's okay Sof, rehat lah sepenuhnya janji esok kau kena datang tau! Get well soon!"
Setelah itu, dia menutup phone nya dan letak di sebelah meja nya. Ligat otak dia berfikir macam mana karang dia balik.
'Dengan siapa aku nak minta tolong ni? Kenapalah masalah ni datang masa aku takde siapa-siapa'
Buntu otak nya.
'Ah call grab je lah, kan senang!'
Serentak itu, pintu kuliah dibuka dari luar menunjukkan sosok tubuh Eman masuk ke dalam dewan kuliah itu.
Segar terus mata Nadra apabila melihat Eman di depannya. Act cool je Nadra! Fuh! Kenapa terasa ustaz ni lain macam bersinar muka dia eh?
"Assalamualaikum semua! Apa khabar? Sihat? Okay tak seminggu cuti?" soal Eman ramah tersenyum kearah pelajar-pelajar di depannya.
Rata-rata semua menjawab tak seronok cuti disebabkan banyak assignment kena buat dan ada juga yang kurang sehat.
Tidak sengaja mata Eman berlaga dengan mata Nadra. Jeda. Eman tersenyum kearahnya yang membuatkan hati Nadra berdegup sikit.
'Apa....rasa ni?'
"Baiklah, takpe semua. Janji awak semua sudah bertungkus-lumus menyiapkan assignment yang diberikan dan inshaAllah akan mendapat markah sehabis baik. Tak lama lagi ni, teruskan perjuangan ye?"
Setelah memberi semangat, Eman pun terus memulakan sesi kuliah mereka pada pagi itu.
•••
Akhirnya pagi bertukar menjadi petang, kuliah Nadra habis sepenuhnya untuk hari ini. Sekarang dia sedang menunggu abang grab sampai.
Dia berdiri tepat di bahagian belakang University tempat lot parking para pensyarah.
Ini semua arahan abang grab eh , bukan dia yang nak.
"Aduh lambat pula abang grab ni! Tadi kata 5 minit , ni dah tukar jadi 10 minit pulak dah" gumam Nadra sendiri.
Habis berpeluh sikit badan Nadra dek kerana cuaca pada petang itu agak panas sikit dari biasa.
Dia mengibas-ngibas file di tangannya ke mukanya untuk mengambil angin sikit.
"Eh Nadra? Awak buat apa dekat sini? Belum balik lagi? Mana abang awak?" bertubi-tubi soalan dari Eman yang timbul secara tiba-tiba.
Terhinjut bahu Nadra apabila disergah oleh Eman. Nadra segera menundukkan badannya tanda menyapa ustaz itu.
"Ahhh ustaz....umm saya tengah tunggu abang grab datang ambil saya. Abang saya tak dapat balik awal hari ni tu yang saya order grab.." jelas Nadra tersenyum kekok.
Eman mengerutkan dahinya. "Abang grab?" Nadra tersenyum malu, "Yelah abang grab, kan selalunya yang drive grab ni lelaki haaa"
"Laaah, jadi awak takde transport balik rumah lah ni? Kawan awak mana? Tadi pun saya tak nampak.."
Ohh dia sedar rupanya Sofea takde. "Err Sofea kurang sihat ustaz tu yang saya takde transport, kalau tak memang saya minta tolong dia kot"
"Ahh takpelah , cancel je 'abang' grab tu....bahaya grab masa ni, macam-macam kes lagi-lagi lelaki" ujar Eman.
"Aik, kalau saya cancel ,siapa nak hantar saya ustaz?" Nadra tidak faham maksud Eman.
"Saya lah hantar awak, boleh kan? Lagi selamat kalau dengan saya yang awak kenal" jelas Eman lagi.
Jeda. Dia pelawa nak hantar aku? Siap tanya aku okay ke tidak? Pergh ustaz ni lain macam!
"Err boleh ke ustaz? Ustaz tak kesah? Takut menyusahkan pula..." Nadra bermain dengan jari jemarinya.
"Iya, tak apa....tak kesah pun. Niat nak tolong awak ikhlas ni! Dah jom cancel grab tu , naik kereta saya" seraya itu Eman terus menuju ke keretanya.
Aduhh! Macam mana nak cancel eh? Kesian abang grab, lain kali lah rezeki abang grab! Maaf tau!
Selepas dia menekan cancel di phone nya, terus dia pergi ke arah kereta milik Eman. Nadra berdiri tepat di sebelah kereta Eman.
Eman yang sudah di dalam kereta itu mengerutkan dahinya. Dia segera menurunkan cermin kereta. "Apa lagi tercegat dekat situ? Masuk lah Nadra"
Nadra mengangguk perlahan seraya membuka pintu depan iaitu sebelah Eman.
"Eh umm maaf Nadra, boleh tak awak duduk belakang? Saya tak selesa kalau kita duduk berdua di depan" jujur Eman.
Nadra termalu sendiri seraya mengangguk perlahan. Dia membuka pintu belakang dan duduk dengan selesa selepas meletakkan beg nya di sebelahnya.
"Sorry ye Nadra, saya bukan apa saya cuma tak selesa sebab kita berdua ada batas yang perlu dijaga. Cukup saya bawa awak masuk kereta saya sebab nak tolong awak ikhlas tapi kena ada jarak begitu. Tak apa lagi kalau awak duduk depan kalau awak tu sudah jadi isteri sah saya..."
Terang Eman sambil melihat Nadra melalui cermin tengah tu. Berlaga seketika mata mereka.
Pipi Nadra membahang secara tiba-tiba apabila Eman menyebut perihal dia menjadi isteri lelaki itu.
"Takpe u-ustaz, saya faham maksud ustaz" ujar Nadra perlahan sambil senyum.
'Comel je dia blushing...astaghfirullah' gumam hati Eman.Eman mengangguk perlahan sebelum dia memulakan perjalanan.
"Bagi location awak, saya nak buka waze"
Serentak itu , Nadra membuka phone nya dan menghantar location di nombor Eman.
"Okay thank you"
Jeda. Mereka diam sepanjang perjalanan namun ianya juga selesa bagi mereka.
"Awak tak ada nak simpang mana-mana kedai?" soal Eman memastikan.
Jeda. Eman mengerutkan dahinya sebelum dia melihat wajah Nadra yang tidur melalui cermin tengah.
'Laah tidur rupanya, patut diam saja'
Dengan itu, Eman hanya meneruskan perjalanan mereka menuju kerumah Nadra.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...