Sampai saja mereka di kawasan rumah nenek girl tersebut, tuan Arman dan puan Zurina keluar dari kereta itu untuk menyalam tangan perempuan tua itu. Nenek girl yang disebutkan itu adalah puan Malikha dan merupakan ibu kepada tuan Arman.Noted: rumah nenek girl ni modern sebab dia renovate hihii dan korang boleh ja pakai your own imagination :)
Selepas itu, mereka kembali ke kereta untuk mengangkat segala luggage-luggage mereka dari bonet kereta. Manakala Nadra pula, sudah tentu excited nak jumpa neneknya jadi dia terus membuka pintu kereta dengan pantas.
"Nenek girl!" jerit Nadra dengan sekuat hati. Rindu sangatlah tu dengan neneknya itu. Manakala Nuh pula baru bangun tidur jadi memang sedikit bangang dengan apa yang terjadi sekarang ini.
"Nad rindu sangatlah dekat nenek girl! Lama tak jumpa huuu" ujar Nadra sambil memeluk nenek girlnya ketat-ketat. Puan Malikha tersenyum seraya cuba untuk bernafas teratur apabila dipeluk erat oleh cucunya itu.
"Yalahh, nenek pun rindu kamu tau tapi boleh lepas kejap , nenek susah nak bernafas ni" Nadra seakan baru sedar lalu dengan sengihan kambingnya akhirnya terlerailah pelukan tersebut.
"Hehe maaf nek.." sengih Nadra sebelum dia meliarkan matanya melihat pemandangan sekitar kawasan rumah neneknya. Puan Malikha mengusap lembut lengan Nadra sambil tersenyum. Cantik sungguh cucu aku ni aihh!
Nuh pulak baru nak melangkah kearah nenek girlnya untuk bersalam. Yalah, sejak dia bangun terus saja dia kena suruh mengangkat keluar luggage-luggage tu keluar dari bonet kereta. Huh paling berat tulah luggage pinky Nadra tu!
"Hah Nuh, baru lepas bangun ke?" ketawa puan Malikha. Nuh menggaru sisi kepalanya malu. "Haah nek, ni baru habis keluarkan beg-beg tu semua dengan daddy....nak disuruh orang pink tu memang tak lah"
Nadra yang perasan dia dipanggil pink oleh abangnya, segera menoleh. Amboi amboi! Cakap kita pink ehh! "Hah apa? Abang cakap Nad pink? Habis tu abang tu-" terbantut percakapan Nadra.
"Eh dah dah lah tu! Asyik nak bergaduh je kerja kamu berdua ni" ujar puan Malikha. Aduh pening lah dapat cucu-cucu emosi dan suka sakat ni! Nadra menjeling tajam kearah Nuh lalu memalingkan pandangannya.
"Ni nek, rumah nek ni macam makin cantik lah pulak....nek ada tambah apa-apa ke?" soal Nadra polos. Puan Malikha, tuan Arman dan puan Zurina terketawa kecil.
"Mana ada tambahnya Nad, macam biasa je daddy tengok...mata kamu tu yang pelik haa" ujar daddynya tersenyum. Nadra termalu sendiri. Yalah, aku fikir rumah nenek ni macam bertambah seri aku tengok hmm.
"Eh dah lah jom masuk ke dalam, cuaca panas hari ni. Bawa semua beg-beg kamu tu masuk bilik nanti ya" arah puan Malikha. Mereka semua mengangguk sebelum mengangkat luggage masing-masing.
Nadra pula seperti keberatan apabila membawa barangnya. Tadi tak pula berat, ni sibuk nak berat awal ni dah kenapa! Dah lah lepas ni naik tangga aduhh! Dia ingin meminta tolong daddynya tapi daddynya sudah berlalu masuk.
Nuh yang baru saja ingin menaiki tangga, terdengar namanya diseru. "Abang! Tolong Nad boleh? Berat lahh" soal Nadra dengan nada minta simpati. Nuh mengeluh kejap sebelum idea nakal masuk di mindanya.
"Sorry not sorry! Hang pergi lah angkat sendiri ehh.....siapa suruh bawa banyak sangat barang? Perempuan betul lah" dengan itu, Nuh pun berpusing kembali dan menaiki tangga rumah neneknya meninggalkan Nadra keseorangan.
"Wahh! Bagus eh ada abang yang tak tolong adik ni! Geramnya akuhh" Nadra menghentakkan kakinya di atas tanah tempat dia berdiri itu. Geram punya pasal, tanah pun jadi tempias.
Dengan pasrah, Nadra pun mengheret dan mengangkat luggage pink nya yang berat itu masuk ke rumah neneknya. Tanpa sedar ada sepasang mata hazel yang terpegun melihat keberadaan Nadra di situ.
"Nadra?"
•••
"Allahuakbar~ Allahuakbar~"
Azan Maghrib kedengaran di telinga Nadra dan itu membuatnya terbangun dari tidur petangnya. Lelah bertengkar dengan Nuh membuatkan dia cepat penat jadi dia terlajak tidur dari petang hingga maghrib ni.
Nadra bangun dari baringannya sambil menguap. Dia berdiri ingin mengambil tuala pink nya dan berlalu ke pintu biliknya. Tiba-tiba, puan Zurina membuka pintunya dari luar dengan pantas.
"Eh Nad, dah bangun? Hah bagus lah tu, jom pergi masjid. Kita solat dekat sana" ujar mommynya. Terkelip-kelip mata Nadra memandang wajah mommynya yang kini sedang memakai telekung putih.
"Aik? Daddy tak beritahu pun tadi nak solat dekat masjid? Lagipun bukan selalunya daddy dengan abang je ke? Kita solat di rumah je kan?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Nadra.
"Iyalah tahu, tapi mommy nak juga sekali sekala solat dekat masjid tu haa...kan dapat pahala lebih lagi-lagi rumah Allah tu.." terang mommynya lagi. Nadra menggaru kepalanya.
"Tapi mommy Nadra baru je bangun...sempat ke? Takpe lah , Nad solat sini je eh...esok Nad ikut lah ke masjid.." pujuk Nadra. Puan Zurina menggelengkan kepalanya. Aihlah anak bertuah!
"Yalah, mana saja kamu....mommy pergi dulu tau" Nadra mengangguk kepalanya sebelum dia bersalam dengan mommynya. Fuhh nasib! Kalau tak memang bergegas segalanya.
•••
Selesai saja solat, Nadra pergi ke dapur ingin menolong apa-apa. Yalah nenek girlnya saja yang memasak makanan sejak tadi lagi lepas solat isya'.
"Nek, ada nak Nad tolong apa-apa ke?" senyum Nadra kepada neneknya. Puan Malikha menggelengkan kepalanya dan menyuruh Nadra duduk saja di meja makan.
Mereka makan terlebih dahulu sementara menunggu tuan Arman, puan Zurina dan Nuh balik dari masjid. Bunyi kunyahan makanan jelas kedengaran di telinga masing-masing. Belum betah itu, kedengaran suara-suara mereka sekeluarga.
"Nek, Nuh dah balik!" dengan ceria Nuh masuk ke ruangan dapur lalu duduk bersebelahan Nadra. Lalu dia pun terus mengambil pelbagai makanan di atas pinggannya.
Nadra di sebelahnya menjelingnya semacam. Aihlah abang ni! Cuba bagi salam dulu ke apa! Nuh sedar akan jelingan adiknya itu segera mendongak dengan wajah tanda tanya. "Apa?"
Tuan Armand an puan Zurina menggelengkan kepala mereka seraya duduk berdepanan mereka berdua. "Lapar sangat ke kamu Nuh?" soal neneknya. Nuh mengangguk, "Haah nek, tadi tak sempat menjamah sikit roti sebelum pergi masjid hehe"
Nenek mereka mengangguk saja dengan kenyataan Nuh itu. Kemudian mereka pun menjamah semua makanan untuk malam itu dan sekali sekala membuka cerita untuk mengeratkan silaturahim.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...