Mata bertentang mata setelah 2 hari tak bertemu membuatkan degupan hati masing-masing laju.
"U-ustaz?"
Eman sudah mengangguk mengiyakan. Nadra menelan air liurnya sekejap. Tidak tahu hendak cakap apa.
"Awak apa...khabar? Okay saja kan?" soal Eman nervous. Asal hati aku berdegup lain macam ni!
"A-alhamdulillah sihat saja ustaz....umm ustaz pula?"
"Saya pun alhamdulillah okay je....lama tak jumpa awak" balas Eman kembali. Riak Nadra menampakkan dia tidak selesa dengan topik pasal tu.
Eman seperti sedar bahawa percakapannya itu juga boleh mengundang maksud lain. "Eh maksud saya lama tak jumpa awak dekat masjid.."
"Err haah, saya busy buat assignment....ustaz punya"
"Ohh faham....dah nak habis ke? Meh saya tengok" seraya itu dia memandang kearah laptop Nadra. Nadra menggelengkan kepalanya.
"Belum lagi siap ustaz.....err ada beberapa soalan yang saya belum jawab"
"Eh takpe , meh saya tengok dulu sementara menunggu order saya sampai. Boleh kan?" soal Eman sambil merenung Nadra untuk meminta kepastian.
Nadra mengangguk saja sebelum mengambil laptop nya dan bagi ke arah Eman. Eman mula melihat isi-isi hasil kerja Nadra itu.
Nadra sudah bermain dengan kuku nya nervous kerana takut ada apa-apa kesalahan. Takut lah mommy daddy!
"Hmm bagus jawapan awak....nanti lagi saya check masa di uni. Ni ada beberapa soalan yang awak belum jawab ni sebab apa?" soal Eman.
Eman menatap kembali mata Nadra. Nadra sudah menggaru kepalanya lalu tersengih malu.
"Err saya sebenarnya tak tahu jawapannya ustaz sebab tak faham...tu yang saya belum jawab tu haa" terang Nadra lembut.
Eman meng 'oh' kan sebelum dia bagi balik dekat Nadra laptop itu. Yelah takkan dia tapau pula laptop tu.
"Ada bawak buku nota ke buku teks?" Nadra mengangguk lalu dia membuka beg nya dan keluarkan buku teks Matematiks tu.
Eman membuka buku tersebut dan mencari tajuk mana yang ada jawapannya. Ni dah macam pakai kabel je si Nadra ni haa.
"Ni dia, tajuk dia. Awak cari jawapannya dekat sini. Nanti buka uni, saya akan check jawapan awak eh"
Nadra mengangguk seraya berterima kasih kepadanya. Eman tersenyum ikhlas kearah Nadra.
"Amboi rancak nya berbual....bual apa?" soal mak cik Kiah seraya duduk di depan Eman. Manakala Suriyani pula meletak makanan dan minuman Eman di atas meja.
"Tak ada lah rancak mana mak Kiah. Kita orang bual pasal assignment je. Ada beberapa soalan yang Nadra tak tahu" terang Eman sambil terketawa kecil.
Nadra sudah tersenyum kekok. Mak cik Kiah mengangguk faham sebelum dia senyum kearah Nadra.
'Manis budak ni....cantik'
"Kamu Nadra kan?" soal mak cik Kiah. Nadra mengangguk perlahan.
"Cantik orangnya, manis pula senyuman. Maaf mak Kiah bertanya, dah berpunya ke?"
Nadra terkilan dengan soalan itu seketika. Namun dia tidak hairan juga sebab soalan itu selalu saja ditujukan kepada setiap kali ada majlis.
"Tak ada mak Kiah" geleng Nadra sekilas. Mak cik Kiah sudah tersenyum kambing mendengarkan Nadra masih belum ada berpunya itu.
Mak cik Kiah terus memandang kearah Eman sambil tersenyum bermakna. Ah sudah! Dia mai dah mak Kiah ni!
"Tak nak try ke Man? Dia single lagi tu, cantik nohh budak nya... lagi-lagi dia tu student kamu nanti senang nak pantau kan? Betul tak Yani?"
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...