EmaNadra || 10

68 20 0
                                    


“Tadi daddy kamu ada cakap yang Nad dengan Eman anak Yusuf tu haa kenal…betul ke?” soal puan Malikha membuatkan Nadra tercengang.

Nadra meneguk kasar air liur nya. Daddyyy nii!

“Erk…haah nek, kitaorang kenal di uni. Dia pensyarah Nad and also one of ustaz yang mengajar bacaan al-quran untuk majlis khatam nanti” terang Nadra. Nadra segera pandang ke depan bagi mengelak berlaga mata dengan nenek nya.

“Hmm, faham…tapi dia handsome kan bagi Nad? Takkan lah Nad tak ada rasa apa-apa ke? Cuba bagitahu nek, apa pandangan Nad terhadap dia?” soalan dari neknya itu telah memancing perhatiannya.

“Ehh apa ni nek? Tak nak lah beri pandangan bagai….yalah memang handsome tapi tu lah antara kami takde apa pun tu je” ujar Nadra. Sesungguhnya betapa nervousnya dia apabila nek nya cakap pasal ustaz tu sehingga buatkan tangannya berpeluh.

“Alaah tapi Nad single kan lagi kan? Betul dak?” soal nek nya sambil tersenyum menampakkan giginya yang masih rapi. Nenek kitonyo on top!

“Haah yalah masih single tapi apa—” terbantut pertanyaan Nadra.

“Hah baguslah tu…nanti kamu tahu lah” sengih neneknya. Haa ni dah makin seram ni! Dia mai dah nek ni! Nadra menggelengkan kepalanya. Jangan pula nek suruh dia pi mengorat si ustaz tu haa nanti ada yang pengsan.

“Ehh dahlah nek nak masuk dalam…kamu nak ikut dak? Malam dah ni Nad” ajak neknya. Nadra mengangguk kepalanya. Yalah dah larut malam ni. Nanti ada yang keluar dengan gaun putih dia haa mampus aku.

Lalu dengan pantasnya, Nadra mengikuti jejak langkah neknya dari belakang dan mereka bersama-sama masuk ke dalam rumah . Jom tidur!

•••

“Haa baru bangun Nad?” soal puan Zurina apabila melihat Nadra yang baru turun tangga dapur itu. Nadra mengangguk sambil menguap seraya itu duduk di kerusi meja makan itu. Mengantuknya!

“Haah mommy, mengantuklah Nad sebab Nad akhir tidur semalaman membuat assignment…” ujar Nadra seraya mengambil beberapa ketul cucur cengkodok dan letak di atas pinggannya. Hmm sedap!

“Assignment tu siapa bagi? Kena buat ke ?” soal daddynya pula. Nadra mengangguk dan menelan cengkodok dulu sebelum membuka mulutnya. “Ustaz Eman tu yang bagi dan ya daddy markah assignment ni masuk dalam markah paper nanti”

Puan Zurina dan Tuan Arman memandang sesama sendiri. Ada senyuman terselit sebelum mommynya berdehem. “Dia pensyarah Nad kan? Dia okay tak mengajar kamu semua?”

“Okay tu okay je, Nad tak memilih pun siapa nak mengajar Nad…asalkan ilmu tu baik dan dapat diambil. Dia pun banyak tolong juga kitaorang lebih-lebih lagi siapa yang in need sangat haa…”

Puan Zurina mengangguk tersenyum, malah neknya juga turut senyum yang ada makna. Nadra saja tak perasan akan senyuman orang tuanya dan neneknya.

“Ustaz tu single ke?” Nadra tersedak lalu terbatuk sekuat hatinya. Aihlah mommy, soalan pun! Bukannya aku nak tahu sangat perihal hidup ustaz tu.

“Tak tahu dan taknak tahu pun” jawab Nadra selepas batuknya redha. Neneknya berdehem, “Ya, Zurin…si Eman tu single masih haa…tunggu calon je lagi” sambil dia melirik kearah Nadra.

Nadra menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja neknya ni. “Hmm baguslah tu, ertinya masih ada chance lah kan abang?” mommynya mencuit lengan daddynya. Tuan Arman mengangguk setuju. Yalah kalau tak setuju nanti dia yang kena.

“What chance mommy? Mommy jangan macam-macam ehh…dia tu pensyarah Nad tau?”

“Apa? Mommy tak bersalah….lagipun kenapa sekalipun dia pensyarah kamu Nad? Ada ke yang forbid hubungan pensyarah dengan student dia? Tak ada salahnya pun lebih-lebih lagi kamu berdua sudah umur 20-an, bukan budak lagi”

“Plus pensyarah dan student itu hanya pangkat di dalam university je, kalau luar uni? Tetap manusia biasa yang boleh berjodoh jika Allah mengizinkan kan? Lagipun dia baik apa, agama on top pastu pandai sampai tahap menjadi pensyarah…nanti dapatlah dia mengajar kamu private” sambung puan Zurina.

Nadra mengurut dahinya. Aduh panjang semacam explaination mommy ni! Nadra sudah mulai pasrah dengan situasinya kini. Aku bukan lah nak tolak si ustaz tu, tipulah kalau aku tak nak lelaki persis dia tapi yalah dia pensyarah aku nyah!

“Hmm malaslah nak fikir pasal ni…serabut fikir kan assignment last semester ni” Nadra tak mahu betah di sana jadi dia bangkit dari duduknya dan pergi ke sinki. Puan Malikha dengan mommynya berlirik.

Tiba-tiba neneknya ada idea nakal untuk memulakan ‘rancangan’ nya untuk menyatukan Nadra dengan Eman. “Nad, nanti boleh pergi ke rumah mak cik Yani kamu ? Nek nak bagi mereka sekeluarga cengkodok ni”

“Ohh boleh je lah nek, dekat mana rumah dia?” soal Nadra polos. Tidak tahu bahawa mak cik Yani itu adalah mak kepada Eman. Tanpa sedar juga dia telah memasuki perangkap neknya dan mommynya.

“Rumah dia yang sama besar macam nek ni haa warna cream dan jarak dari rumah ni adalah 4 buah rumah…” terang neknya. Nadra menganggukkan kepalanya. “Okay nek, Nad mandi dulu baru Nad pergi hantar”

Mereka semua mengangguk seraya melihat Nadra pergi dari dapur. Neneknya tersenyum, “Kalau Nadra tahu ni nanti, mesti dia merajuk” Puan Zurina dan Tuan Arman turut mengangguk senyum.

Misi menemukan Nadra dan Eman bermula sekarang!

•••

Selesai mandi dan bersiap, Nadra menilik penampilannya di cermin biliknya. Dia hanya bersiap dengan pakaian casual dan tudung shawlnya warna putih. Lalu dia pun keluar dari bilik menuju ke dapur.

“Nek, mana cengkodok yang nak dibagi mak cik Yani?” soal Nadra kepada neneknya. Puan Malikha memberinya satu container sederhana besar yang berisi cucur cengkodok tadi.

Nadra mengangguk sebelum dia melambai neknya. “Okay nek, Nad pergi dulu ehh” Kemudian dia pun mula jalan kaki menuju ke rumah mak cik Yani.

Sedang Nadra melintasi beberapa rumah, dia juga ada nampak beberapa ekor ayam di tepi raban mereka. Nadra rasa ayam-ayam tu comel jadi dia pun membuang tabiat melambai ayam tersebut.

Sumpah comel!

Sampai saja di di rumah cream milik mak cik Yani tu, dia segera memberi salam. “Assalamualaikum!” Nadra setia menanti sosok mak cik tu untuk keluar dari rumah tapi belum ada lagi.

Ishh ke aku salah rumah ni? Nadra menggaru kepalanya. Malu lah nanti kalau salah aduhh! Tapi boleh tahan besar jugak eh rumah ni…hmm ketua kampong ke? Kalau takde, aku balik ni.

Baru saja Nadra memusing badannya kea rah belakang, tiba-tiba ada sosok tubuh yang dia sangat kenal. Melopong mulut Nadra apabila melihat kehadiran ustaz Eman di situ. Aduhh macam mana ni?

“Nadra?” “Ustaz?” serentak mereka menyapa masing-masing. Sumpah Eman macam dalam dilema sekarang. Tiba-tiba ada kehadiran gadis yang melintasi fikirannya sepanjang malam tadi.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Dia, Pilihanku [OG]Where stories live. Discover now