Tiba di rumah kediaman Nadra, Eman memberhentikan kereta di depan pagar besar itu.
Eman membuka safety belt seraya menoleh kearah Nadra yang masih tidur itu. Dia berfikir macam mana nak bangunkan perempuan itu.
"Nadra.....Nad....Nadra, kita dah sampai ni" panggil Eman dengan suara lembut. Tak berani dia nak menjerit dekat anak dara orang.
Namun tiada tanda Nadra ingin bangun dari lenanya itu. Eman menggaru keningnya seketika.
Tiba-tiba dia ada idea.
Dia mengambil phone miliknya dan mula mengusik atau menolak perlahan lutut Nadra bagi membangunkannya.
"Nadra, Nadra kita dah sampai ni, bangun lah"
Serentak itu, Nadra terbangun terus dengan mukanya yang bengang sekali. Nampak matanya merah dan layu.
Nadra melihat ke luar kereta ada rumahnya berdiri gah di sana. Nadra segera menoleh kearah Eman kembali.
Dia nampak Eman sedang merenungnya lembut yang membuatkan dia menjadi malu dan tidak keruan.
Dia menutup mukanya pantas sebab malu dalam keadaan sebegini. "Arghh, ustaz jangan lah tengok saya macam tu!"
"Tengok macam mana Nadra?" soal Eman dengan nada mengusik sikit. Seronok jugak mengusik Nadra yang malu-malu ni.
"Jangan tengok muka saya benar-benar dah lah ustaz..." Nadra masih menutup mukanya seraya tangannya cuba mencari beg nya.
Eman nampak akan perbuatan Nadra itu pantas menggenggam tali beg Nadra supaya bertahan.
"Apa yang nak dimalukan Nadra? Tak ada apa pun" ujar Eman lembut. Dia faham kini Nadra merasa dirinya buruk penampilannya setelah bangun tidur.
"Muka saya nampak selekeh dan buruk laa ustaz" gumam Nadra di tangannya.
Malu betul lah! Nak keluar cepat-cepat huhu!
"Tak lah, cuba turunkan dulu tangan awak tu..." arah Eman lembut. Perlahan-lahan tangan Nadra turun menampakkan mukanya.
"Haa kan masih elok je muka awak...tak ada nak dimalukan pun. Masih cantik..." senyum Eman tanpa sedar dia telah memuji Nadra.
Nadra terkilan bahawa ustaz di depannya itu memuji kecantikkan wajahnya walaupun ketika ini dia merasa dia terpaling buruk lepas bangun tidur.
Sebab itu lah yang selalu diberitahu oleh abangnya Nuh yang dia nampak buruk lepas bangun tidur.
"Umm t-terima kasih...." Nadra menunduk malu. Seraya itu , dia pantas membuka pintu kereta dan menggalas begnya.
"Terima kasih ustaz, tolong hantar saya balik ke rumah" senyum Nadra kembali confident dengan dirinya setelah di puji oleh ustaz itu.
"Sama-sama Nadra, nanti kalau ada apa-apa lagi text saja saya ya? Assalamualaikum"
Dengan itu, kereta Eman pun mula bergerak laju dari perkarangan rumahnya. Nadra masih berdiri tegak di sana.
"Waalaikumussalam...." senyum Nadra secara tidak sedar. Dia pun masuk ke dalam rumah menuju ke bilik tidur nya.
Dia menghempaskan badannya di atas katilnya. Dia menekup pipinya yang masih memerah akibat malu perihal tadi.
"Betul ke masih cantik muka aku?" soal Nadra sendiri. Dia bangun dari baring nya dan melangkah ke meja makeup nya.
"Cantik ke-- AAAA ya Allah ni ke muka aku tadi? Allah malu nya aku!" jerit Nadra terkejut dengan penampilan sendiri.
Membulat matanya sambil tangannya mengusap lembut mukanya. "Celah mana cantiknya ustaz oii! Ni dah macam kerang busuk dah ni!"
Di mukanya, nampak ada kesan air liur basi sikit yang kering dan eyeliner nya sikit comot di bahagian matanya.
Nadra mengeluh perlahan. Tak boleh pakai langsung lah ustaz tu! Nak puji pun berpada-pada lah! Habis confident aku!
Nadra meraung malu sekejap sebelum dia melangkah perlahan menuju ke tandas ingin mandi kasi segar sikit badan dia.
•••
Kini, mereka sekeluarga sedang menikmati jamuan malam. Semua hanya diam tanpa mengeluarkan sebarang suara sehingga....
"Nadra, boleh mommy tahu siapa yang hantar Nadra tadi?" Puan Zurina akhirnya mengeluarkan soalan yang sejak tadi berlegar di kepalanya.
Nadra yang sedang makan itu terhenti seketika sebelum meletakkan kembali sudu nya di pinggan. Dia menarik nafasnya sebelum membuka mulut nya.
"Tadi yang hantar Nad tu ialah ustaz Eman--"
"Kau minta hantar dia ke Nad? Bukan kau cakap kau naik grab ke?" sampuk Nuh pula.
Mana tak terkejut nya adik nya naik dengan pensyarah sendiri.
"Sabar jap boleh tak? Nad nak terangkan lah ni haih!" jeling Nadra kearah abangnya itu. Nuh mengangkat bahunya sekilas.
"Nad awal-awal dah cakap dengan dia yang Nad ambil grab je tapi dia kata grab sekarang tak selamat since banyak kes tu yang dia berkeras nak hantar Nad je tapi Nad duduk kat belakang lah sebab dia tak selesa lain lah kalau Nad ni isteri sah dia cakap" terang Nadra dalam satu nafas.
Puan Zurina dan Tuan Arman memandang sesama sendiri sambil tersenyum bermakna.
Nampaknya ada yang mula masuk jarum.
Manakala Nuh pula hanya terangguk-angguk faham. Puan Zurina berdehem seketika.
"Baik nya dia, sanggup hantar student sendiri ke rumah....ke ada something yang kita orang tak tahu?"
"Eh apa maksud mommy? Tak ada lah something bagai, kami biasa je still macam pensyarah dan student...takde lebih" ujar Nadra.
Malas dia dengan soalan merepek mommy nya itu, baik dia sambung makan.
"Hmm yelah, mana saja kamu lah Nadra" Puan Zurina mengangkat keningnya kearah suaminya.
Dia pasti nanti akan ada berlaku seperti yang diinginkan. Cepat atau lambat je.
"Kamu pula, Nuh, kenapa tak hantar adik balik tadi?" soal Tuan Arman pula kearah anak teruna nya itu.
"Laah daddy, tadi kan Nuh balik akhir sebab ada meeting lepas kuliah petang tu yang Nuh suruh Nad balik awal dengan grab. Tak tau pula dia kena hantar dengan ustaz kesayangan " terang Nuh pula.
Tuan Arman mengangguk faham.
"Eh apa pula ustaz kesayangan Nad? Memandai eh abang!" berang Nadra apabila diusik begitu.
Suka hati je abang ni!
"Hmm betul lah tu ustaz kesayangan. Ni dah masuk dua kali dia hantar kau balik tau? Apa makna nya tu?" Nuh mengangkat keningnya.
"Takde makna okay! Ish dah lah! Asyik kena Nadra dengan ustaz tu je!" merajuk Nadra.
"Tapi betul apa cakap abang kamu tu Nad....dah dua kali dia hantar kamu. Mungkin Allah sedang menunjukkan sesuatu kepada kurang berdua" pujuk puan Zurina pula.
Nadra mengerutkan dahinya. Apa maksud nya Allah menunjukkan sesuatu tu? Merisaukan pula!
"Hmm mungkin....Dah lah, Nad naik atas dulu. Assalamualaikum" Nadra segera menyalam tangan mommy dan daddy nya.
"Aku tak kau salam?" celah Nuh. Nadra menjeling namun tangan tetap menyalam tangan Nuh.
Nuh senyum menggeleng kepalanya. Seronok pula mengusik adik camni.
Selepas Nadra basuh pinggan dan cawan, dia terus naik ke atas biliknya. Penat nak tidur!
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...