EmaNadra || 8

52 21 7
                                    


Pada keesokan paginya, setelah mandi Nadra terus saja mendengani neneknya buat sarapan pagi. Entah apa yang merasuki diri nya tiba-tiba rajin pula. Mungkin disebabkan vibe pagi ini.

"Amboi! Rajin pula Nad tolong nenek... selalu nya tidur memanjang je kamu. Ada apa-apa ke yang nenek belum tau?" usik puan Malikha sambil tersengih lebar. Nadra tersenyum malu.

"Mana ada lah nek.... Nad biasa je. Takde apa-apa punn cuma Nad je tiba-tiba ada rasa rajin lebih nak tolong nek hihi" jawab Nadra. Kini dia sedang menumis bawang-bawang dan cili untuk buat nasi goreng kampung.

Lepas dah campurkan kesemua bahan termasuk nasi, baru lah dia hidang kan di meja makan sederhana besar tu. Kebetulan mommy daddy dan abangnya pun baru turun tangga dapur itu.

“Sedapnya bau makanan~” ujar puan Zurina sambil duduk di kerusi meja makan. Daddy dan abangnya juga turut duduk. Nadra tersengih kambinglah apabila dipuji begitu oleh mommynya.

Yalah kalau bab memasak ni dia memang pandai tapi belum mahir sangat. Kena ada yang jadi coach untuk melatih dia jadi pemasak terhandal weseh!

“Nad ke yang masak?” soal dari daddynya. Nadra mengangguk saja sebelum dia berdiri ingin menyenduk nasi goreng itu di setiap pinggan keluarga dia dan barulah dia isi pinggannya sendiri.

“Mm! Sedap weh Nad! Nanti masakkan lagi eh kalau aku mintak?” ujar Nuh sambil memejam matanya menikmati kesedapan masakkan air tangan adikknya itu. Nadra menjelir nakal.

“Taknak! Nanti buatlah sendiri, huh!” ujar Nadra sebelum dia terpandang wajah mommynya yang sedang mengerutkan dahi. “Apa ni Nad, cakap macam tu dekat abang Nuh?”

Nadra memuncungkan bibirnya sekejap sebelum dia kembali berkata. “Yalah yalah, nanti Nad masakkan inshaallah” Nuh sudah mengetawakan Nadra yang kena marah oleh mommy mereka.

“Nuh jangan suka sangat….” ujar mommynya pula kepada Nuh. Nadra turut terketawa kecil. Padan muka! Tadi ketawakan orang sangat haa kan mendapat juga. Nuh menjeling Nadra tajam.

“Ya mommy” Nadra menjelir lidah kearahnya. Sibuk betul budak minah ni ish! Puan Zurina menggeleng kepalanya melihat karenah anak-anaknya di pagi hari ini. Manakala tuan Arman pula memang dah tak kesah soal mereka.

Tu lagi geram! Tak nak tolong redakan situasi tadi ish! Suami, suami!

•••

Selesai saja makan, Nadra berlalu ke sinki dapur ingin membasuh segala bekas pinggan, mangkuk dan cawan. Baru saja dia membuka air paip, badannya ditolak ke tepi oleh abangnya.

“Ish, apa ni bang? Nad nak basuh lah, tepi aa” ujar Nadra seraya itu cuba sehabis baik menolak abangnya. Sinki pun nak direbuti ke? Nuh tetap mengeras tubuh badannya tidak berganjak dari situ.

“Aku saja yang basuh, kau pergi lah” arah Nuh. Nadra mengerutkan dahinya. “Pergi mana bang oi? Nad nak basuh lah ni, nanti kena marah oleh mommy kang..”

“Yalah, sebabtu aku je yang basuh….kau pergi tanya nek nak buat apa lagi haa..” sambung Nuh lagi. Pelik nya abang ni? Selama ni tak nak pula tolong basuh-basuh apa semua ni….tiba-tiba.

“Okay…” dengan itu Nadra pun pergi ke ruang tamu depan. Kelihatan nenek girlnya bersama parentsnya berborak di situ. Dia melangkah merapati neneknya. “Nek, abang kata nak buat apa lagi?”

“Eh Nad, dah habis basuh dah? Cepatnya, abang kamu mana?” soal nek pula. Nadra melarikan pandangannya ke dapur tadi. “Tu, abang tengah basuh semua tu…entah dia tiba-tiba nak tolong basuh pastu suruh tanya nek nak buat apa lagi lepas ni..”

‘Habis lah..’ gumam puan Zurina dalam hatinya. Dia melihat kearah suaminya dan tuan Arman tahu akan maksud di sebalik mata itu. Memang habis lah Nuh lepas ni. Tuan Arman menggelengkan kepalanya.

“Ohh…ehem…tadi nek nak suruh dia pergi kemas kan belakang dan tepi rumah nek ni tapi tak tahu pulak nek—”

“APA?! ABANGGGGG” jerit Nadra sambil mendengus kuat. Kalau lah dia ni character cartoon, mungkin nampak segala asap merah keluar dari hidung dan telinga dia.

Nadra segera pusing belakang dan menghentak kakinya tanda geram. Kedengaran ketawa Nuh di dapur itu. Eee rasa nak cubit je telinga besar dia tu! Saja je kan nak buat orang naik darah?

Nadra menghembus nafasnya kuat sebelum akhirnya dia pergi keluar dari rumah itu. Dia menuju ke belakang rumah neknya untuk mengambil lidi. Fuhh! Banyak juga dedaunan gugur ni.

“Ishh! Abang ni kan! Cuba tolong lah juga, kan ada dua lidi ni..” Nadra menghentak kakinya lagi. Geram tak habis-habis. Dengan itu, dia pun memulakan perkerjaan menyapu dedaunan gugur itu ditambah dengan cuaca panas terik.

•••

Maghrib kian menjelma, kini Nadra sedang bersiap dirinya dengan memakai telekung habis saja dia berwudhu. Dia menilik seketika dirinya di depan cermin.

“Ni kalau kejutkan abang dengan telekung putih ni, mahu demam dia sehari haa baru tahu” gumam Nadra sendiri. Lepas itu, barulah dia keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu.

“Haa dah siap Nad? Jom kita pergi..” ujar daddynya. Kelihatan semua mereka dah bersiap cuma menunggu Nadra sejak tadi. Nadra senyum sebelum mengangguk perlahan.

Nadra menoleh kearah nenek girlnya sebelum menyalam tangan orang tua itu. “Betul ke nek okay ni? Kalau tak, Nad boleh je tinggal dengan nek…” soal Nadra risau. Puan Malikha menggeleng perlahan

“Nek okay je Nad…alaah selama ni nek seorang je okay je” ujar neneknya pula. Nadra terketawa kecil sebelum dia melambai neknya dan berlalu pergi bersama keluarganya.

Sampai saja di masjid, kelihatan ramai orang keluar masuk masjid itu. ‘Masyaallah, ramai nya orang…’ gumam Nadra di dalam hatinya. Di depan masjid tu lah, mereka berempat berpisah.

Nadra bersama puan Zurina dan Nuh bersama tuan Arman. Dengan itu, mereka pun masuk ke tempat khas bagi wanita dan lelaki. Tidak jauh dari situ, ada seseorang sedang mengerutkan dahinya.

“Betul ke dia Nadra? Ke aku ni mengelamun? Aduh” geleng seseorang itu sebelum dia mula menapak ke dalam masjid.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Dia, Pilihanku [OG]Where stories live. Discover now