EmaNadra || 20

36 9 4
                                    

"Hallu beb! Kembali saya di sini--" terpotong percakapan Sofea apabila dicelah oleh Nadra.

"Tak payah lah ucap slogan kau tu, aduhh kau ni! Duduk" ujar Nadra selamba. Memuncung bibir Sofea seraya duduk di depan Nadra.

Kini, mereka sedang lepak di cafe universiti itu dek kerana pagi ini kuliah mereka start pukul 11.

"Kau dah kenapa beb dengan mood kau macam monyok je?" soal Sofea perlahan. Takut dia di terjah lagi oleh Nadra.

"Mood aku tak tentu sangat sebab abang aku tu lah! Dia boleh percik air dekat muka aku untuk bangunkan aku? Hish" Nadra mengurut pelipis dahinya.

Pening dapat abang seperti Nuh tu!
"Laah rupanya....kau tu lah tidur mati sangat, kan dah kena percik air oleh abang kau" support Sofea kepada perbuatan abangnya.

Nadra sudah menjeling tajam kearah Sofea. Ada kawan tapi tak support kita!

Sofea tergelak sakan melihat reaksi Nadra. "Main-main lah beb! Kau ni pun, kau tak makan ke? Buat alas perut sikit sebelum kuliah nanti" soal Sofea.

Nadra menggeleng kepalanya malas. "Betul ni? Aku pergi kejap order makanan dan minuman....kau nak minuman tak? Aku belanja hari ni"

Bersinar terus mata Nadra apabila Sofea menyebut belanja. Yelah susah tau nak dengar perkataan belanja dari mulut si Sofea ni.

"Nak! Aku nak ice lemon tea satu"
Sofea mengangguk perlahan seraya melangkah dari situ menuju ke cashier depan.

Nadra kembali meletakkan kepalanya di meja sambil bermain phone. Dalam beberapa minit, Sofea datang kembali dengan membawa dulang berisi dua minuman dan makanan.

"Nah ice lemon tea kau" hulur Sofea. Nadra mengucapkan terima kasih sebelum meminum minumannya.

Dia mengangguk kesedapan lalu melihat Sofea sedang sedap memakan mee goreng nya. Dia meneguk liur.

Dia sebenarnya sedang lapar tapi dia membawa rasa moody tu yang terhenti segala apa yang nak dibuatnya termasuk makan pagi.

"Haa beb, kau ada tak something nak di ceritakan semasa kau cuti seminggu tu? Aku dah cerita kan masa tu, ni kau lah lagi hehe" ujar Sofea sambil tersengih.

Nadra pula sudah takut-takut hendak bercakap mengenai perihal nya di kampung nenek nya itu. Macam mana nak bagitahu dia eh?

"Ehem! Okay aku akan cerita tapi janji eh kau jangan marah aku atau kau jerit kat tempat awam ni. Risau aku"

Sofea mengangguk tanpa tahu apa yang Nadra ingin cakapkan sebentar lagi.

"Sebenarnya, masa aku di kampung nenek girl aku tu.....ustaz Eman pun turut ada jugak di sana. Dan kitaorang selalu terserempak di masjid"

"HAA?!" jerit Sofea sekejap sebelum dia tersedar dia dah buatkan orang-orang di situ melihat kearah mereka.

Dia segera menekup mulutnya. Malu yang amat! Tapi tak boleh di salahkan juga sebab dia sumpah terkejut!

"Weh kan aku dah kata jangan jerit? Kau ni ishh!" Nadra mengerutkan keningnya.

"Sorry sorry! Kau lah! Aku terkejut sangat tau dengan benda ni! Punyalah jodoh korang di universiti ni sampai dekat sana pula dah"

Jeda. Ni yang membangkitkan singa Nadra ni. Bawa bersabar fuhh!

"Tak payah lah sebut pasal jodoh Sof! Kau pun sama dengan keluarga aku tu, sebut pasal aku dengan ustaz tu macam ada something" pening kepala Nadra terus.

"Betul lah tu! Jodoh korang kuat--" terus senyap Sofea apabila terima jelingan tajam Nadra.

"Tapi macam mana dia ada dekat situ tho?" sambung Sofea. Dia sambung mengunyah makanannya.

"Haihh, dia tu anak kepada owner masjid tu yang tinggal berhampiran dengan rumah nenek girl aku tau! Tu sebabnya kita orang malar terserempak di masjid lagi-lagi both our parents saling mengenali" jelas Nadra lagi.

Sofea mengangguk faham. Dahsyat eh jodoh mereka!

"Kenapa kau tak bagitahu aku nyah?"
"Aku tak ready bagitahu sebab aku tahu kau akan buat macam tadi, jerit tu" balas Nadra selamba. Sofea menjeling lembut.

"Lagi , ada cerita lagi ke?"

"Err.....adalah sikit" Dengan itu, Nadra pun membuka segala cerita yang terjadi di kampung nenek girlnya termasuk apa yang terjadi kelmarin.

Selepas 10 minit menceritakan, akhirnya habis juga perbualan mereka termasuk makanan Sofea.

"Best jugak au cerita kau dekat sana! Jumpa jodoh ustaz kau di situ pastu dia hantar kau balik sebanyak 2 kali? Beb , 2 kali beb! Kalau aku, memang aku propose dah dia"

"Memang tak lah aku nak propose dekat dia! Stop eh pasal jodoh ni, kita tak tahu jodoh kita siapa. Mungkin semua nya hanya kebetulan" ujar Nadra menafikan segalanya.

"Beb, tiada ada namanya kebetulan kalau bukan Allah sendiri berkehendak. Mungkin nanti akan terjadi kejadian yang mengejutkan? Kita tak tahu dan betul jodoh tu semua di tangan Allah" celah Sofea lagi.

Nadra memandang kawannya itu. Sejak bila si Sofea ni pandai membagi ayat eh?

"Tapi takkan kau tak rasa apa-apa dekat ustaz tu? Dia baik kot, lembut pastu suka tolong especially dia tolong kau semasa di kampung and kelmarin tu haa....siap kata kau cantik lagi bila kau rasa diri kau down. Lebih penting lagi agama dia on top!"

"Tipu lah aku tak rasa apa-apa cuma dia tu pensyarah kita Sof. Baik macam mana pun dia , kalau dah ada title pensyarah dan student tu takut juga aku. Takut reputasinya turun disebabkan aku. Lagipun dia lebih layak terima perempuan setaraf dengan ilmu agamanya haa" jelas Nadra sambil bermain dengan jari jemarinya.

"Beb, lelaki seperti tu lah yang bawa kita ke syurga tau! Tak kisah lah dia pensyarah ke bukan, sekiranya kalau dah tertulis jodoh kau dengan dia, kau tak dapat nak nafikan. Lagipun shut up to those yang fikir pensyarah dan student tak boleh bercinta! Mereka pun manusia, sama-sama diberikan perasaan. Jodoh ni mana ada bagitahu yang kau tak boleh dengan pensyarah kalau kau student. Aku tak suka lah sesiapa yang fikir camtu! Seriously! Plus beb, lelaki yang setia dan amanah, akan terima kekurangan kau dan akan mengubah kau menjadi isteri dia yang membawanya ke syurga jugak faham? Allah ni adil, kita dijodohkan untuk saling melengkapi jadi kita pun tak berhak menghakimi seseorang base on their kekurangan"

Jeda.

Nadra melihat Sofea seperti guru dan anak murid. Sofea gurunya dan Nadra anak muridnya.

"Waah Sof! Sejak bila kau pandai bagi ayat ni? But thank you Sof ku sayangg for the nasihat! But yeaa still aku tak nak lah fikir langsung yang ustaz tu jodoh aku okay. Mungkin semua ni ada hikmah dia kot kan"

Sofea mengangguk perlahan saja sambil tersenyum. Apa-apa pun, firasat dia mengatakan yang something big will happen.

Slowly but surely!

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia, Pilihanku [OG]Where stories live. Discover now