"Abang!" jerit Nadra kuat. Serentak itu, dia terus baling telekung yang tadi di tangannya itu ke arah kelibat hitam tadi. Sungguh terkejut Nadra ketika ini.Nadra menutup mata dengan tangannya yang digenggam kemas itu. Dengan perlahan-lahan dia menurunkan tangannya itu dia terus menapak ke arah kelibat itu.
Dia mengambil semula telekungnya yang berada di atas kepala seseorang itu. Dia pasti itu adalah abangnya. Yalah tadi Nuh memakai gamis hitam panjang itu yang dia teka abangnya saja nak mengenakannya.
"Ishh! Abang ni kan-" terhenti bebelan Nadra seketika. Kalau tadi dia dah terkejut, kali ini dia lebih terkejut campur tergamam sekali. Yalah orang yang berada di hadapannya sekarang ini ialah ustaz Eman.
"A-abang? Saya?" soal Eman bingung sambil menuding jari ke arah dirinya sendiri.
Tadi sebenarnya Eman hanya meronda sekitar masjid sebelum nak start jemaah solat. Tahu tahu je ada kelibat Nadra yang baru keluar dari bilik wudhu. Itu yang dia pi tegur terus tapi alih-alih dia pula kena baling telekung minah tu.
"H-haa? Umm b-bukan....saya fikir ustaz ni abang saya tadi" terang Nadra malu. Aduh macam mana boleh aku terfikir dia abang Nuh tadi? Kan dah malu ishh!
Eman pula dari terkejut jadi malu tiba-tiba. Walaupun 'abang' yang dimaksudkan itu adalah Nuh tapi panggilan itu ditujuk ke arahnya tadi.
"Ohh faham..." Eman garu belakang kepalanya.
"Maaf ya ustaz ehe" ujar Nadra seraya menunduk.
Ketika ini ada beberapa orang sudah mula keluar dari masjid dan melihat adegan mereka berdua. Mungkin disebabkan jeritan Nadra tadi telah mengundang mereka.
Malah mereka juga ada yang sedang berbisik sesama mereka. Lebih-lebih lagi mak cik-makcik yang memang terkenal dengan mulut tempoyan mereka. Aih makcik ni kang!
Eman yang sedar akan perkara itu, cuba untuk membuka mulut bagi mengelakkan pelbagai fitnah nanti yang akan ditaburi oleh mereka. Namun baru saja dia membuka mulut, tiba-tiba kelihatan sosok tubuh abahnya serta deddy dan abang Nadra.
"Apa bising-bising tadi tu Eman? Eh Nadra? Macam mana kamu boleh dekat sini?" soal tuan Yusof kepada anaknya dan Nadra.
"Eman akan jelaskan tapi tolong abah, tolong redakan penduduk-penduduk ni dulu" rayu Eman lembut. Dia takut ramai orang salah faham akan adegannya dengan Nadra tadi.
"Baiklah kejap..." seraya itu tuan Yusof berpusing melihat ke arah ramai penduduk-penduduk di depan masjid itu. "Tuan-tuan puan-puan, maafkan atas adegan anak saya dengan anak kawan saya ni ya....kemungkinan kamu semua ada salah faham. Jadi diminta semua untuk masuk ke dalam masjid kembali, nanti saya akan jelaskan semuanya" terang tuan Yusof. Akhirnya orang ramai tadi pun pergi masuk kembali ke dalam masjid.
"Apa yang terjadi sebenarnya Eman, Nadra?" soal tuan Arman pula tegas. Nadra manjadi kecut perut apabila mendengar tegas daddy nya.
"Tak ada apa-apa pun yang terjadi abah... tadi Eman saja meronda masjid macam biasa tapi tadi Eman nampak Nadra jadi Eman tegurlah kan tapi dia terkejut terus dia baling telekungnya dekat Eman...dan...."
"Dan...?" sampuk Nuh pula. Nuh ni pun satu kacau daun betul lah!
"Dan erk...Nadra terpanggil Eman....a-abang lah. Sebab dia fikir Eman ni abang dia" akhirnya keluar juga perkara sebenar yang di tunggu-tunggu itu. Nadra menunduk malu begitu juga Eman.
Tuan Yusof bersama tuan Arman hanya menggelengkan kepala. Aduhai Nadra, Nadra! Tuan Yusof berdehem, "Ohh begitu ceritanya....tak apalah bukan salah siapa pun. Memang dah terkejut kan nak buat macam mana hmm... Nanti abah bagi tahu orang ramai tentang salah faham ini"
"Dah, jom kita masuk dalam masjid solat" ujar tuan Yusof kembali. Mereka semua mengangguk masing-masing masuk ke tempat bahagian solat lelaki dan Nadra pula masuk ke bahagian perempuan.
Selesai saja solat maghrib dan isyak, Nadra dan puan Zurina keluar dari pintu masjid bahagian perempuan. Kelihatan sosok daddy nya dan abangnya di depan tangga masjid.
"Aku minta maaf lagi sekali ya disebabkan hal tadi...." sayup-sayup kedengaran suara daddy nya. Kini Nadra dah berdiri di sebelah daddy nya sambil menunduk. Tuan Arman melihat Nadra sekilas sebelum menyuruhnya meminta maaf. "Cepat minta maaf dekat mereka"
Eman yang sejak tadi diam, terus hendak membantah namun Nadra sendiri terlebih dulu membuka mulutnya. "Maaf lagi sekali pak cik dan...ustaz" ujar Nadra perlahan.
"Tak apalah, bawa bertenang saja..." ujar tuan Yusof seraya tersenyum ke arah Nadra.
"Baiklah, kami balik dulu ya assalammualaikum...." tuan Arman bersalaman dengan tuan Yusof dan Eman begitu juga Nuh. Selesai saja bersalaman, tuan Arman berpusing menghadap Nadra lagi.
"After this, I want to hear your own explanation faham?" soal tuan Arman tegas. Nadra mengangguk faham seraya itu mereka sekeluarga pun balik ke rumah puan Malikha.
•••
"So bagi tahu daddy sekarang, apa yang terjadi?" soal tuan Arman dengan wajah straight nya.
Kini Nadra tengah duduk bersama mereka di ruang tamu. Nadra duduk di tengah-tengah manakala daddy nya dan Nuh berada di hadapannya mommy nya di sebelahnya.
"Tak ada benda lagi nak di explain kan lagi daddy. Apa yang ustaz Eman tu terangkan, itulah cerita nya..." rungut Nadra sambil menunduk. Tuan Arman menggelengkan kepalanya.
"Cerita lagi, kali ni dari pov Nad" arah tuan Arman lagi. Nadra sudah mengeluh penat tetapi dia pun akhirnya menceritakan segalanya.
"Nad pergi berwudhu dekat bahagian perempuan pastu siap berwudhu tu Nad keluar lah. Sebelum Nad nak sarung telekung itu, tiba-tiba ternampak kelibat hitam tinggi. Nad pun terkejutlah pastu bila dilihat balik rupanya orang. Nad fikir dia abang Nuh rupanya bukan... tu je daddy" terang Nadra jelas.
"Asal aku pula kau tuduh?" soal Nuh tidak puas hati. Yalah tiba-tiba nama dia diungkit sejak tadi.
"Yalah Nad fikir dia tu abang sebab pakaian gamis kau orang serupa pula malam ni haaaa gamis hitam panjang" terang Nadra lagi. Nuh mengangguk setuju selepas dia sedar akan perkara itu.
"Haih Nad, Nad. Buat malu daddy dengan mommy je. Lebih-lebih lagi pak cik Yusof kamu tu haa....kamu tahu dia siapa?" soal tuan Arman sambil merenung anak daranya itu. Manakala puan Zurina sudah menggelengkan kepalanya.
"Siapa dia sebenarnya daddy?" soal Nadra bingung. Mungkin pangkat pak cik Yusof tu tinggi kot....hmm ketua kampung ke?
"Dia tu penolong ketua kampung di sini malah masjid itu dia yang bangunkan dan punya sendiri. Kebun dusun tempat ramai orang mengambil segala buah-buahan dan sayur-sayuran tu dia punya juga. Jadi nama keluarga dia ialah kedua teratas di mana orang hormat akan keluarganya dan paling-paling pun kita harus jaga nama mereka. Tu yang daddy risau akan hal tadi tu" terang tuan Arman panjang lebar.
Nadra sudah melopong mulutnya mendengarkan fakta yang baru saja daddy nya bagi tahu. Nuh di sebelahnya membantu menutupkan mulutnya yang melopong itu. Nanti masuk nyamuk baru tahu.
"What?! Mereka tu orang-orang teratas?"
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...