Selesai saja solat maghrib dan isya’, Nadra dan mommynya bangkit dari duduk dan mula keluar pintu masjid itu. Belum ada wajah daddynya dan abangnya di situ, jadi berhasrat nak tunggu je lah.“Ishh mana selipar aku ni! Tadi ada aku letak sini…mana pergi nya eh?” ujar Nadra sambil menggaru kepalanya. Bingung dibuatnya. Padahal tadi dia letak dekat rak selipar ni tiba-tiba pula tak ada.
Tiba-tiba dia terfikir nak melihat di bahagian letakkan selipar lelaki. Nadra ragu-ragu nak pergi situ sebab ramai lelaki di sana. Jadi dia pun menunggu dulu lah sehingga tinggal sedikit lelaki di sana.
Nampaknya Allah permudahkan jalan nya untuk cari seliparnya. Nadra senyum sebelum dia menoleh kearah mommynya. “Mommy, Nad nak pergi cari selipar dekat situ eh….kejap tau”
Nadra terus melangkah pergi situ dan mula misinya mencari selipar pink nya. Aduh, banyak sangat selipar ni! Huaa macam mana nak cari ni! Belum betah matanya meliar selipar-selipar itu, barulah dia ternampak selipar persis seliparnya.
“Haa ni dia!” Nadra terus duduk mencangkung sambil menilik seliparnya yang berada betul-betul depan tangga orang naik turun. Baru saja dia nak berdiri, tiba-tiba ada bayangan sosok di hadapannya.
Dengan perlahan, Nadra mendongak kepalanya sambil berdiri. Berkelip-kelip mata Nadra melihat sosok itu sebelum matanya membuntang besar. Manakala lelaki di depannya itu turut sama terpegun.
“Ustaz Eman? U-ustaz buat a-apa dekat s-sini?” soal Nadra bingung. Dalam banyak-banyak tempat, kenapalah depan masjid juga kita orang terjumpa? Dah lah aku malu dia nampak aku bercangkung sebab selipar pink aku ni.
“A—huh? Nad? S-saya sini sebab—” terbantut pertanyaan Eman.
“Eh Nad, kenapa kamu di situ—eh Eman?” soal tuan Arman sambil mengerutkan dahinya. Nadra dengan Eman kenal ke? Sejak bila? Di sebelahnya ada pak imam iaitu ayah kepada Eman dan juga Nuh di situ.
“Erk…Nad nak ambil selipar Nad ni tadi haa. Tiba-tiba dia dekat sini tu lah Nad pergi sini ambil selipar Nad…” terang Nadra memandang kearah daddynya tanpa memedulikan kehadiran Eman.
Betapa malu Nadra ketika ini! Rasa nak menapak seribu dari situ. Malu yang amat!
“Ohh yeke? Macam mana boleh camtu?” soal daddynya lagi. Kini daddynya berada di sebelah Eman dan begitu juga Nuh dan pak imam itu.
“Hmm mungkin budak-budak tu yang salah ambil mungkin?” teka Nuh sambil menunjuk kearah budak-budak yang sedang bermain selipar itu. Nadra melihat dan ketika ini dia rasa nak je jerit dekat semua budak tu tapi kena sabar.
“Takpe lah Nad, budak mentah masih tu…hah ni Eman dah nak balik kan dengan ayah kamu Yusof?” soal daddy kearah Eman. Eman ketika itu baru tersedar dari renungannya terhadap Nadra segera saja dia menoleh kearah tuan Arman.
“Hah ya ya, uncle…” Tuan Arman mengangkat keningnya sebelum tersenyum. Hmm macam ada hati yang terpaut je. “Eman kenal ke dengan Nadra?” soalan maut dari daddynya telah menarik perhatian kedua sosok itu.
“Haah uncle, saya ni—”
“Ustaz Eman ni pengganti pensyarah Nad and also ustaz yang mengajar kita orang yang bacaan al-quran tu daddy” terang Nadra pantas.Tidak betah dia lama-lama dekat situ, nak saja dia tarik daddynya dan Nuh dari situ.
“Ohh faham, jadinya Eman pensyarah sana lah? Kenapa tak habaq?” soal daddynya lagi. Eman menggaru keningnya sebelum dia memandang wajah Nadra seketika. Cantik lah pula dia pakai telekung ni.
“Ehem!” dehem Nuh kuat. Adik aku tu woi! Jangan tenung bagai nak aum! Eman segera melarikan pandangannya dan beristighfar. Manakala Nadra sudah seperti cacing kepanasan.
Tuan Arman dan Pak Yusuf melirik sesama sendiri sambil tersenyum. Ada udang sebalik gajah eh. Tuan Arman turut berdehem sebelum dia mula kembali bercakap.
“Nad, ni lah daddy cakap haritu…lelaki yang selalu teman daddy pergi masjid selain abang kamu haa” ujar daddynya. Nadra mengangguk faham, “Ohh faham…erk”
Tuan Arman dan Pak Yusuf terketawa kecil melihat Nadra yang kaku itu. Eman pula sudah memerah telinganya. Malu lah pulak depan si Nadra ni aduh! Abah ni pun, cepatlah balik.
“Hahaha dah jom kita balik, kami balik dulu ya Yusuf, Eman?” ujar daddynya sambil bersalaman dengan mereka. Nuh jugak turut bersalaman. Nadra menunduk separuh badan sebelum dia pergi kearah mommynya.
Mata Eman mengekori langkah Nadra yang menuju kearah mommynya. Jantungnya berdegup berirama sejak dia melihat Nadra tadi. Aihlah hati kau jangan buat hal eh, risau aku!
Tuan Arman tersenyum seraya itu membuka langkah pergi dari situ. Dengan itu mereka sekeluarga pun mula balik ke rumah puan Malikha. Sampai saja di rumah, mereka terus memberi salam.
“Assalamualaikum nek, kami dah balik!”
Nadra dan Nuh cepat masuk ke ruang makan dan duduk di kerusi meja makan tersebut. Lapar benar mereka ni. Nuh lebih pantas menyenduk nasi dan lauk daripada Nadra. Nenek mereka menggelengkan kepala.
“Nuh! Nadra! Cuba perlahan-lahan sikit…tak lari pun nasi dan lauk tu haa” ujar tuan Arman. Perangai mengalahi budak-budak tadi! Nuh dan Nadra tersengih malu tapi sambung kembali bergaduh nasi.
•••
Kini, Nadra sedang berehat di luar rumah neneknya. Dia sedang duduk di bench kayu milik arwah nenek boy dia. Huu rindu lah dengan nek boy. Nadra memandang bulan yang menyinari malam itu.
Angin malam mula menyapa wajah mulus Nadra hingga membuatkan tudung masuknya juga beralun. Sejuk lah tiba malam ni. Nadra menggosok lengannya bagi menambah kehangatan.
“Nad” panggil neneknya dari arah belakang. Nadra menoleh seketika sebelum tersenyum kecil. Comel lah nek ni! Nenek siapa huh?
“Ya nek? Kenapa nek keluar?” soal Nadra lembut. Setelah neneknya duduk, barulah neneknya mula membuka mulut. “Nadra tu haa kenapa duduk luar ni? Bahaya tau pastu sejuk lagi naa”
“Ohh takde lah saja Nad nak berseorangan…nak nak sejuk ni sedap lah pulak. Rasa nak tidur luar ehe” Nampak sangat muka menipu tu. Tadi bukan main kata sejuk semacam haa.
“Laah janganlah…ni nenek nak tanya. Tadi daddy kamu ada cakap yang Nad dengan Eman anak Yusuf tu haa kenal…betul ke?” soal puan Malikha membuatkan Nadra tercengang.
Nadra meneguk kasar air liur nya. Daddyyy nii!
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
Dia, Pilihanku [OG]
Romance[Book 3] [Cover by: @yyouraphrodite] Eman Hadif × Nadra Ufairah Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam...