EmaNadra || 3

69 32 1
                                    


Setelah 30 minit, akhirnya Nuh dan Ikhram mula bangkit dari duduk kerana mereka sedar tak lama lagi jam akan menunjukkan pukul 12 tengahari iaitu masa untuk kelas business mereka.

"Abang dah nak gerak ke? Pergi kelas?" tanya Nadra. Hairan je tiba-tiba terputus cerita mereka berempat. Dahlah aku curious ni!

"Haah...nak gerak lah ni, nanti kena marah haa" jawab Nuh.

"Okay, nanti abang tunggu Nad eh. Jangan tinggalkan Nad lepas habis kelas nanti....Nad report dekat mommy baru tahu" sempat Nad mengugut Nuh.

Nuh menjeling malas, "Yalah yalah...eleh selama ni aku tak pun tinggalkan kau, drama betul" Nadra tersengih kambing. "Nanti abang tunggu dekat parking lot seperti biasa....pukul berapa habis?" sambung Nuh.

"Dalam pukul 4 camtulah.." jawab Nadra. Nuh menganggukkan kepalanya, "Okay, jangan lambat ehh...dah abang pergi dulu, assalamualaikum" Nadra dan Sofea menjawab salamnya sambil melihat pemergian kedua lelaki bujang tu.

Nuh dengan Ikhram mempunyai bidang yang sama iaitu bidang Business. Mereka berdua adalah anak pertama dalam keluarga dan juga waris kepada company keluarga mereka nanti. Sebab itulah mereka mengambil bidang Business.

Meanwhile, Nadra dengan Sofea pula memang seperti yang diketahui mengambil bidang Matematik. Nadra tak suka soal business ni jadi nanti dia akan mengambil bahagian finance dalam company daddy mereka nanti manakala Sofea pula memang minat soal perkiraan apa semua ni.

"Hmm pastu nak cerita apa lagi ni? Cerita tadi best laah tapi tu lah masa ni cepat betul" ujar Sofea merungut. Nadra menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu apa cerita nak dibualkan.

"Haa jom cerita pasal ustaz tu hehe" ujar Sofea sambil tersengih kambing. Nadra memandang Sofea seperti dia sudah melakukan kesalahan besar. Terkejut mak ayam aku tiba nak mengumpat pasal ustaz.

"Kau kena sampuk hantu mana nyah? Tak nak lah aku....nak mengumpat ni pun janganlah pasal ustaz tu adoii" Nadra menepuk dahinya. Siapalah punya kawan miang macam ni?

"Alaah, aku nak tanya ja kalau dia tu single ke berpunya ke duda ke? Mana tahu kan..." terang Sofea lagi.

"Kau tanya aku ni macam lah aku tahu...kenapa nak tahu sangat?"

"Alaah kalau bujang lakat, aku nak juga try nyah. Peluang depan mata...pastu ustaz pulak tu! Uish idaman para perempuan laah lelaki kuat agama ni!" terang Sofea lagi.

Nadra menggulingkan bebola matanya. Pasrah dengan jawapan kawannya ni.

"Yalah Sof...nanti kau tanya lah dia single ke berpunya ke apa-apa ke ehh" ujar Nadra malas. Sofea menjeling tajam kearah Nadra. Selamba betul minah ni!

"Tak nak lah! Malu aku! Nanti nampak yang aku ni gatal sangat nak tahu pasal privacy dia"

"Elehh tengok siapa yang cakap nak try ustaz kita tadi haa...tiber malu pulak" ejek Nadra. Sofea menejelir lidahnya nakal. Hampehlah dapat kawan suka sakat kita ni!

•••

Sejam lebih telah berlalu telah menamatkan perbualan antara kedua perempuan itu. Kini Nadra dan Sofea mengemas barang mereka dulu sebelum berlalu dari situ.

"Sof, kita solat dulu eh. Dah nak azan zuhur ni" ujar Nadra. Sofea menganggukkan kepalanya saja.

"Okay, jom surau...tapi aku abc lah nyah" ujar Sofea perlahan. Nadra melihat Sofea lalu memberi thumbs up."Takpa, kau dengankan aku je lah ehh" Mereka pun berjalan menuju ke surau dengan senyap.

Tiba saja disana, Nadra dan Sofea mula membuka kasut di luar surau kecil sedang besar itu lalu disusun rapi di atas rak kasut di situ. Nadra cepat berlalu masuk untuk mengambil wudhu selepas meletakkan beg nya.

Sofea pulak statik berdiri di situ sekejap kerana perutnya tiba-tiba saja sakit. Sofea mengcekam perutnya dan perlahan-lahan ingin berlalu masuk tapi terbantut pula apabila dia melihat kehadiran ustaz 'kesayangannya' itu.

"Eh tu bukan ustaz Eman ke?" soal Sofea sendirian. Memang teranglah matanya nampak kelibat Eman di situ kerana apalah sangat jarak surau lelaki dan perempuan tu dekat tapi terpisah lah dengan dinding.

Kelihatan di situ Eman sedang menyelak baju lengannya hingga ke siku. 'Mungkin dia nak mengambil air wudhu kot' bisik hati Sofea. Eman belum sedar akan kehadiran Sofea yang sedang merenungnya ketika itu.

"Handsomenya dia...masyaallah! Eh astaghfirullah!" Hilang terus rasa sakit di perutnya tadi.

"Hoi Sof! Kau kenapa tak masuk lagi? Masuklah!" terjah Nadra selepas dia selesai berwudhu. Hairan lah dia kenapa di dalam belum nampak kelibat kawannya, rupanya masih di luar.

"Ha? Haa ni nak masuk lah ni.." Sof menjawab tanpa memandang kearah Nadra. Nadra memandangnya hairan. Apa si minah ni tengok? Nadra mula melangkah kearah Sofea dan melihat apa yang di tengok oleh Sofea tu.

'Hmm rupanya ustaz handsome dia..' bisik hati Nadra. Sofea sedar bahawa Nadra menjeling tajam kearahnya. Sofea tersengih malu lalu cepat-cepat menolak badan Nadra supaya kembali masuk dalam.

"Apa? Tenunglah ustaz kau tu.."

"Eh dia dah masuklah nyah..dah pergi masuk!" Sofea kembali menolak Nadra untuk masuk ke dalam surau. Nadra pun mengalah lalu mereka pun bersama-sama masuk ke dalam surau.

•••

Lepas habis kelas, Nadra terus berlari laju ke parking lot. Sebelum itu, dia memang sudah beritahu terlebih dulu kepada Sofea yang dia kena balik cepat. Sofea mampu mengangguk je lah.

Nadra terasa sesak di dadanya sebab berlari laju. 4.05pm. Jam di tangan menunjukkan bahawa dia telah lambat 5 minit dari jam yang sepatutnya dia sudah berada di kereta Nuh.

Setelah dia nampak kereta abangnya, dia terus ketuk tingkap kereta abangnya itu. Tok! Tok! Nuh menurunkan tingkap kereta sambil merenung tajam kearah Nadra.

"Lambat" Nadra tidak merasa puas hati terhadap satu patah perkataan itu. Apa yang lambat nya?! Lambat sikit je!

"Alaah lambat 5 minit je pun! Mengada betul lah abang ni!" rungut Nadra tanda memprotes. Nuh menjeling malas sambil membuka lock pintu kereta tempat adiknya berdiri tu.

"Tetap lambat eh...kau kata aku mengada lagi sekali, aku tinggalkan kau nanti!" ugut Nuh main-main. Nadra merengus geram lalu menumbuk perlahan bahu Nuh. Nuh terketawa perlahan.

"Dah jom balik" Tanpa menunggu sebarang jawapan dari Nadra,, Nuh pun memulakan perjalanan mereka menuju balik ke rumah mereka.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Dia, Pilihanku [OG]Where stories live. Discover now