EmaNadra || 16

28 7 0
                                    

Selesai solat, mereka berempat mula keluar dari tempat bahagian perempuan. Nadra dan puan Zurina melangkah ke arah tuan Arman dan Nuh.

Mak Kiah dan Suriyani pula hanya mengekori mereka dari belakang.

"Haa tu mereka dah siap keluar dah" ujar tuan Arman sambil menunjuk ke arah Nadra dan mommynya.

Tuan Yusof hanya tersenyum kepada mereka berdua dan Eman pula berdiri di sebelah ayah nya. Eman sedar yang Nadra mula datang kembali ke masjid.

Dia tak tahu kenapa dia gembira semacam. Mungkin sebab dia gembira jemaah masjid ditambah dengan seorang?

"Dah tak ada barang tinggal tak? Supaya nanti tak payah pusing balik..." soal tuan Arman. Nadra menggeleng kepalanya.

"Eh mak Kiah! Sehat? Lama tak berjumpa ye tak?" soal tuan Arman pula kepada mak Kiah sambil tersenyum.

"Alhamdulillah sehat je Arman, tak bagi tahu nak datang sini..." Tuan Arman terketawa kecil saja diikuti dengan tuan Yusof.

"Maaf lah mak Kiah, sibuk sangat dekat rumah mak bersihkan kawasan belakang tu haa tak sempat nak merayau ke gerai mak Kiah" alasan tuan Arman.

"Hmm takpe lah , asal kan anak dara kamu ni yang maih datang dekat gerai mak Kiah.....Eman pun maih jugak tadi kan kan?" ujar mak Kiah sambil mengusik mereka berdua.

'Aduh jangan mak Kiah nak usik lagi depan dia! Aku dah lah malu lagi sejak dari dalam masjid dah oi!' gumam hati Nadra.

"Ohh ya lah , tadi Nadra pergi ke gerai mak Kiah kan? Mak tahu pun dari-" terhenti percakapan puan Yani apabila Eman menggamit lengannya.

Eman sudah termalu sendiri. Kantoi lah dia bagi tahu pasal keberadaan Nadra dengan dirinya di gerai tadi.

"Adoi budak berdua ni! Malu-malu pulak!" senyum-senyum mak Kiah dibuatnya. Alahai darah muda!

Nadra sudah menunduk malu lalu menggamit lengan daddy nya supaya balik cepat. Dah macam udang di rebus dah dia ni.

Mereka semua mentertawakan Nadra dan Eman. Tuan Arman akhirnya berdehem dan menghulurkan tangannya untuk berjabat.

"Okay lah Yusof, anak aku ni tahap malu dia nak masuk longkang dah ni. Kami balik dulu eh, assalammualaikum"

Wajah Nadra bertukar cemberut apabila diusik begitu. Dia menunduk kearah keluarga tuan Yusof dan bersalaman dengan wanita-wanita itu.

Terus saja dia tarik lengan abangnya sama-sama pergi dari situ. Tidak betah dia di situ. Tuan Arman dan puan Zurina terketawa kecil.

Aduhai Nadra, Nadra!

•••

Kini, mereka sekeluarga sudah balik ke rumah nek girl dan sedang makan malam. Nadra sejak tadi hanya mendiamkan diri.

"Arman, nanti bila kamu balik?" soal puan Malikha. Suasana tu terlalu senyap jadi dia je lah yang membuka mulut.

"Lusa mak, hari jumaat.."

Puan Malikha mengangguk faham. "Kenapa tak duduk lebih hari sikit?" soalnya lagi.

"Maaf mak, tak boleh sebab Nad dengan Nuh start uni balik dan Arman dan Zurina pun kerja juga" balas tuan Arman lagi.

Puan Malikha mengeluh seketika. Nanti dia bersendirian lagi lah ni jawapannya. Dia okay je berseorangan tapi kadang terasa sunyi jugak.

"Nek girl ikut lah kita orang balik" ujar Nadra pula. Dia bercakap sambil mengunyah nasi dalam mulutnya.

"Mana boleh Nadra, siapa nak jaga rumah peninggalan nek boy kamu ni? Lagipun nanti bersepah pula dekat belakang tu kalau lama-lama ditinggalkan" alasan nek girlnya.

Nadra memuncungkan bibirnya. Sedih lah tak dapat lama dengan nek girl. Huhuu

"Takpe, nanti kita datang lagi ya mak? InshaAllah kalau ada masa , kami jenguk" ujar puan Zurina pula.

Puan Malikha tersenyum kearah menantu nya. "Baiklah, jangan risau lah kan nek...nek kan strong okay je ni"

"Strong apa ye nek? Nek tu kudrat nek dah tak kuat seperti dulu tau...." sampuk Nuh pula.

Puan Malikha menjeling Nuh tajam. Ish budak ni! "Maksud nek tu kuat dari segi berdikari lah! Nek pun masih kuat okay! Ikut barang je..." lembut je suara nya mengatakan belakang-belakang tu.

Nuh terketawa melihat muka nek nya itu. Comel je! Siapa lah punya nenek ni? Hmm

Selepas beberapa minit, mereka semua pun sudah selesai makan.

Seorang demi seorang mengangkat bekas piring dan mangkuk masing-masing dalam sinki.

Giliran Nadra menggunakan sinki, dia mula menyinsing lengan bajunya hendak membasuh semuanya.

Seketika dia memandang belakang kearah abangnya yang lagi santai di meja itu.

'Huh telan je lah phone tu!'

Dia jeling je sebelum menoleh kembali kearah segala bekas tadi. Tiba-tiba dia tersenyum nakal.

Senyap-senyap dia keluar dari pintu dapur. Melarikan diri dari membasuh semua bekas-bekas tadi.

Hehe! Biar dia lagi yang basuh! Selalu aku je yang basuh! Ambik hang!

Dia terketawa kecil sambil melajukan langkah nya menuju ke pintu depan rumah.

Apabila dia lalu nak menaiki tangga rumah tu, dia macam ada nampak suatu kelibat.

'Apa benda tu?'

Dia pergi perlahan-perlahan ke pasu bunga milik nek girl nya untuk melihat kelibat apa tadi tu.

Ohh kucing hitam! Fikir apa lah tadi.

Nadra pun mula memusingkan badannya tanpa memikirkan ada seseorang sedang menantikan saat ini.

"BAAA!"

"MOMMY!" jerit Nadra.

Seketika dia memegang dadanya. Kus semangat! Rasa nak terkeluar jantung ni tadi.

Nadra melihat abangnya Nuh mentertawakannya. Ohh seronok eh!

"Apa ni abang? Terkejut tau Nad! Kalau Nad mati katak tadi, tak ke haru? Ishh"

"Kalau mati katak , mesti warna pink kan? Kau kan suka warna pink blee!" Nuh jelir lidah kearahnya sambil ketawa lagi.

Nadra menghentakkan kakinya geram.

"Tulah kau, pandai tinggalkan bekas-bekas tu semua tak basuh. Pastu nak bagi aku basuh lah tu"

"Yelah! Asyik Nad je yang basuh, bila lagi nak tengok abang yang basuh semua tu?"

"Malas lah! Aku lelaki, kau perempuan! Memang sah-sah kau kena yang basuh tak ke begitu?"

Nadra mengeluh lemah. Ni lah lelaki zaman sekarang. Tahu senang dan cakap je. Haih!

"Haa pandai je eh cakap! Kerja rumah ni sebenarnya bukan kerja perempuan tau tak? Sebenarnya semua ni kerja lelaki sebab itulah tanggungjawab seorang lelaki tau? Kami sebagai perempuan hanya menolong lelaki je especially dalam rumah tangga haa faham tak cik abang?" jeling Nadra.

Terus saja dia tinggalkan abangnya di situ. Nuh nampak seperti tertampar dengan ayat yang diberikan oleh Nadra tadi.

Gulp! Lelaki memang selalu salah. Perempuan je betul.

"Oi! Habis aku lah ni yang basuh?" soal Nuh bengang. Nadra menoleh kembali kearah abangnya.

"Haah, abang lah....kenapa? Nak dengar lagi ceramah Nad? Meh meh"

"Tak nak, cukuplah untuk malam ni" Terus saja Nuh pergi semula ke dapur untuk membasuh dan mengemas.

Nadra tersengih sendirian. Tahu pun! Lalu dia pun pergi ke bilik tidur nya.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

Dia, Pilihanku [OG]Where stories live. Discover now