Part 8🥀

332 21 2
                                    

Di dalam kelab malam yang penuh dengan muzik bising dan lampu yang berkelip-kelip, wanita itu melangkah masuk dengan penuh yakin. 

Dia terus melangkah ke arah seseorang lelaki yang sedang menunggunya di sudut terpencil itu, wajahnya resah. Wanita itu tersenyum puas, seperti sesuatu yang mengembirakan hatinya. 

"Hello..." sapa wanita itu. 

Lelaki itu terus memandang wanita yang sedang berdiri di hadapannya. "Kau dah kenapa senyum? Aku tak buat lawak, lah..." 

"Rancangan pertama aku, lulus." ujar wanita itu sambil mengukir senyuman di wajahnya.

"Rancangan apa?" tanya lelaki itu, dahinya berkerut seperti merasa ingin tahu. 

"Well... Dia terlalu mudah terpedaya," kata wanita itu dengan nada sinis sambil menghirup minumannya. 

"Siapa yang mudah terpedaya ni?! Kau cakap sekarang!" marah lelaki itu. 

Wanita itu tertawa sinis. "Siapa lagi, kalau bukan perempuan yang kau sayang tu. Sofea." jawabnya. 

Lelaki itu, yang duduk berhadapan dengannya, memandang dengan ekspresi tidak senang. Dia tercengang mendengar wanita itu bercakap tentang Sofea dengan nada sebegitu. 

Meskipun niatnya adalah untuk mendapatkan Sofea, dia tidak bersetuju dengan cara wanita itu yang menyakitkan hati Sofea.

"Why? Kenapa kau jumpa dia?!"  katanya, suaranya bergetar dengan kemarahan yang ditahan.

Wanita itu mengangkat kening, tersenyum seolah-olah tidak terkesan dengan bantahan lelaki tersebut.

"Kau ingat senang nak dapatkan perempuan tu? Kalau aku tak buat macam tu, kau ingat dia akan tinggalkan Zayn? Fikir pakai otak la." jawabnya sambil memandang lelaki itu dengan tajam.

Lelaki itu menggenggam gelas di tangannya, wajahnya menunjukkan kekeliruan antara keinginan untuk mendapatkan Sofea dan rasa bersalah terhadap apa yang bakal terjadi. Dia memang mahu Sofea, tetapi dia tidak sanggup untuk menyakiti hati perempuan itu lebih daripada apa yang telah berlaku.

"Kalau apa-apa jadi kat Sofea. First, aku akan cari kau dulu? Faham tak?!" marah lelaki itu lagi. 

"Sabar dulu," kata wanita itu, sambil mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

Dia mengeluarkan sebuah botol kaca kecil dengan cecair yang tidak jelas isinya. Dia memutarnya di jari dengan santai, seolah-olah sudah merancang semuanya dengan rapi.

"Benda ni akan memudahkan kerja kau dan aku." ucapnya dengan nada yang meyakinkan. 

Lelaki itu tersentak, memandang botol itu dengan terkejut. "Apa... apa yang kau cuba buat ni? Aku tak setuju dengan cara ni. Ini dah melampau!"  protesnya dengan nada tegas, cuba menahan dirinya dari bertindak kasar.

Wanita itu menggeleng kepala perlahan, seolah-olah keletihan dengan bantahan lelaki tersebut. "Ni bukan soal setuju or not. Kau nak perempuan tu kan? Ini cara paling cepat and kau tak payah risau, biar aku settel kan semua." 

Dia mendekatkan botol itu ke muka lelaki tersebut. "Dengan benda ni, Zayn milik aku dan Sofea milik kau." sambung wanita itu. 

Lelaki itu menggeleng, hatinya mula bergelora antara kehendak dan moral. "Yes, aku nak Sofea... tapi bukan cari ni. Aku... tak boleh," katanya perlahan, tetapi suaranya penuh dengan ketegasan. 

Wanita itu mendengus, wajahnya berubah dingin. 

"Really? Well... kalau kau tak nak ikut rancangan aku, its okay. But, Sofea tak akan jadi milik kau." 

ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)Where stories live. Discover now