Seminggu sudah berlalu. Hari ini, rumah mereka didatangi tetamu yang dirindui apabila sudah lama tidak berjumpa. Mereka hanya berhubung melalui Whatapps sahaja.
Sedang Sofea sibuk menumis di dapur, dia segera mematikan api apabila mendengar suara Ziyad yang menjerit di ruang tamu.
"Mama, Aunty Mawar datang dengan Uncle Ed!" suara anak kecilnya itu penuh dengan semangat, menunjukkan betapa gembiranya dia dengan kehadiran tetamu tersebut.
"Suruh diorang masuk, sayang," balas Sofea sambil mengelap tangannya yang masih sedikit berminyak.
Dengan langkah cepat, dia menyusun makanan yang sudah siap di atas meja makan sebelum menuju ke ruang tamu.
Mawar dan Edryan sudah pun duduk di sofa, bersebelahan dengan Ziyad yang tak henti-henti bercerita tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukannya.
Mawar, dengan senyuman manis di wajahnya, sesekali mengangguk dan ketawa kecil mendengar celoteh Ziyad, sementara Edryan lebih banyak diam, memandang sekeliling rumah yang tenang dan rapi.
"Aunty Mawar, papa Iyad ada belikan pistol baru untuk Iyad," ucap Ziyad.
"Yeke? Wow, Iyad nak main tembak-tembak dengan Aunty?" tanya Mawar dengan senyuman manis terukir di wajahnya.
"Tak pun. Sebab papa Iyad beli satu je untuk Iyad. Kalau Aunty nak main sekali, Aunty Mawar belilah pistol baru." jawab Ziyad.
Mawar tergelak kuat, gembira melihat gelagat anak buahnya ini.
"Assalamualaikum, Mawar, Ed. Lama tak jumpa," sapa Sofea dengan wajah penuh ceria, hatinya gembira melihat sahabat lamanya.
"Waalaikumussalam, Sofea," jawab Mawar sambil bangun untuk memeluk Sofea erat.
"Rindunya aku kat kau! Thanks tau jemput kami datang." sambungnya lagi.
Sofea ketawa kecil sambil memandang Edryan. "Ed, lama tak nampak. Apa khabar?"
Edryan tersenyum, "Alhamdulillah, baik. Sofea macam mana? Okay?"
"Alhamdulillah okay, cuma baby dalam ni asyik meragam je," jawab Sofea, mengusap perutnya lembut.
"Wow! Tak sabar Aunty nak dapat anak buah lagi. Kan Iyad kan?" ucap Mawar dengan pnuh mesra. "Iyad, Iyad nak adik lelaki ke perempuan?" tanya Mawar.
"Iyad nak adik lelaki, sebab, sebab nanti Iyad ada teman main tembak-tembak." jawab Ziyad yakin, menginginkan adik lelaki untuk menemaninya bermain.
Semua yang ada di situ tergelak riang dengan jawaban Ziyad, masing-masing menunjukkan ekspresi gembira.
Setelah berborak, Sofea menjemput mereka untuk ke meja makan. "Mawar, Ed, jom makan dulu. Sofea dah hidangkan makanan atas meja. Duduklah."
Mawar tersenyum lebar mendengar kata-kata itu. "Eh, susah-susah je masakkan untuk kami. Jaga kandungan kau tu Sofea, risau aku tengok."
Sofea menggeleng. "Tak susah pun. Lagipun, dah lama tak jumpa bestfriend aku."
Mereka melangkah ke meja makan, namun Edryan merasa ada sesuatu yang tidak kena, seperti ada yang kurang.
"Sofea, Zayn mana?" tanya Edryan dengan rasa ingin tahu.
"Zayn kerja, dia kata balik lambat hari ini," jawab Sofea dengan senyuman lembut di wajahnya.
Edryan mengangguk perlahan. "Owh, sibuk sangat ke?" dia bertanya lagi, tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.
Sofea menggelengkan kepalanya. "Entahlah, tapi tak selalu pun dia balik lambat, cuma ada hari-hari tertentu dia sampai rumah pukul 12 malam."
Mereka kemudian berpindah ke ruang tamu, duduk di atas sofa yang empuk dan mula berbual tentang kehidupan masing-masing. Mawar, yang kini bahagia bersama Edryan, meluahkan rasa syukurnya walaupun mereka belum dikurniakan zuriat.
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)
RomanceWarning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan...