Sudah seminggu berlalu, dan kehidupan Sofea kini jauh berubah berbanding dahulu. Hari-harinya hanya ditemani oleh anaknya di rumah, sementara Zayn semakin sibuk dengan urusan kerjanya.
Sejak dari itu, Zayn menjadi semakin pendiam dan jarang berbicara. Setiap perbualan antara mereka berlangsung singkat, sekadar memenuhi keperluan. Lebih menyedihkan, Zayn kini kerap pulang lewat malam, tidak lagi seperti dahulu ketika dia sering meluangkan masa bersama keluarga.
"Aku lahirkan anak Zayn Eskandar... " kata-kata itu sering bermain di fikiran Sofea. Hatinya kuat menyatakan tidak, namun, segala bukti yang ada, mula merisaukan dirinya.
"Sofea percaya... abang takkan buat macam tu," bisiknya dalam hati. Dia mencuba untuk bertahan, namun tidak mudah.
Sofea yang sedang lagi termenung, tiba-tiba tersentak. Zayn melangkah masuk ke dalam bilik. Wajah suaminya itu tiada riak, hanya pandangan kosong yang sukar di baca.
Zayn menuju ke almari pakaian dan mula mengeluarkan beberapa helai baju, memasukkannya ke dalam sebuah beg sederhana besar.
"Abang nak pergi mana?" tanya Sofea perlahan.
"Keluar," jawab Zayn sepatah, tanpa menoleh Sofea. Dia terus fokus mengemas begnya, seolah-olah tidak mahu menghiraukan suasana.
"Keluar mana abang? Kenapa sampai bawa baju sekali,"
"Ikut suka hati abang la nak pergi mana,"
"Habistu, sayang dengan Iyad macam mana?" tanya Sofea.
"Macam mana apa? Boleh tak jangan nak halang abang... rimas tau tak. Rimas!" bentak Zayn.
Sofea mula tersentak dengan perangai suaminya yang berubah drastik. Dia mengusap dadanya perlahan, berharap untuk menahan air matanya mengalir deras di hadapan suaminya.
Sofea memandang semula wajah Zayn.
"Aa... abang betul-betul nak pergi ke? Sayang rasa tak sedap hati la, abang." rayu Sofea, suaranya lebih lembut, penuh dengan kerisauan.
Zayn tidak membalas, dia hanya fokus meletakkan baju di dalam begnya. Malas dia mahu melayan segala isi hati isterinya ini, yang dia mahukan adalah mencari ketenangan.
"Abang jangan pergi, eh? Abang teman sayang kat rumah jelah. Iyad pun nak sangat main dengan papa dia." rayu Sofea lagi.
Zayn berhenti seketika. Dia menarik nafas panjang sebelum memandang Sofea dengan wajah yang masih tenang, tetapi matanya kelihatan sedikit tegang.
"Boleh tak jangan nak serabutkan kepala abang lagi?! Pandai-pandai la abang uruskan sendiri, abang pergi tak lama... seminggu je,"
"Seminggu? Abang nak pergi mana?"
"Jangan nak sibuk, boleh tak." Jawab Zayn.
"Tapi... sayang nak abang teman sayang," pujuk Sofea lagi.
"Heh... " Zayn tersenyum. "Pergi jumpa jantan lain, tak perlukan teman?" Zayn membalas, nadanya penuh sinis dan mendalam, keningnya dijongket.
Sofea terdiam, matanya memandang Zayn dengan perasaan yang bercampur-baur. Hatinya terasa pedih, seolah-olah kata-kata suaminya itu tadi menyentap setiap inci kepercayaannya.
Sofea cuba menahan air matanya daripada mengalir, tetapi kerongkongnya terasa berat, seolah-olah mahu meletup dengan emosi yang tertahan.
"Sa... sayang mintak maaf abang," suaranya perlahan, hampir berbisik.
Zayn tidak menjawab segera. Dia hanya berdiri di situ, wajahnya seperti menahan seribu satu perasaan yang dia sendiri tidak pasti bagaimana untuk meluahkannya. Tetapi sinis di bibirnya tadi masih tergambar jelas.
![](https://img.wattpad.com/cover/375323110-288-k117945.jpg)
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)
RomantizmWarning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan...