Hari ini, Zayn terasa lebih tenang dari hari sebelumnya. Dia tidak beberapa sibuk. Jadi, dia mengambil kesempatan ini untuk berborak kosong dengan Edryan.
Mereka bercerita dan berbual bagai tiada hari esok, dari cerita lucu hingga hal remeh yang mengundang tawa. Suasana terasa ceria, tawa mereka bergema di dalam bilik.
"Oi Zayn, better kau jadi pelawak jelah lepas ni," ujar Edryan sambil ketawa terbahak-bahak.
"Kalau aku jadi pelawak, kau orang pertama aku bahan dulu," balas Zayn sambil ketawa.
"Kenapa kena aku?" tanya Edryan.
"Well, kau kan famous..." balas Edryan, mengacah-ngacah Edryan.
Zayn masih tergelak-gelak, cuba mengekalkan suasana ceria yang baru saja dicipta. Namun, tiba-tiba, Edryan mengubah nada percakapannya.
"By the way, macam mana kau dengan Sofea sekarang? Everything okay ke?" tanya Edryan, suaranya tiba-tiba serius, memecahkan gelak tawa mereka tadi.
"Sebab, aku jarang sikit jumpa korang berdua ni. Selalunya Mawar jelah yang asyik teman Sofea. Tu yang aku pelik sikit." sambungnya lagi.
Zayn terdiam seketika, rasa gelisah tiba-tiba menjalar ke seluruh tubuhnya. Dia cuba untuk tidak menunjukkan sebarang reaksi yang mencurigakan, walaupun hatinya mulai berdegup lebih cepat.
Fikirannya segera melayang kepada berita yang tidak pasti sahih atau tidak, yang dia sendiri belum tahu bagaimana hendak hadapi. Namun, dia cepat-cepat beriak biasa, tidak mahu Edryan menghidu apa-apa.
"Owh... okay je. Takde apa-apa pun," balas Zayn sambil tersenyum nipis.
Zayn cuba mengekalkan nada santai. Dia mengambil satu nafas dalam-dalam, berharap Edryan tidak akan bertanya lebih lanjut.
Namun, Edryan bukan jenis yang mudah lepaskan sesuatu. Dia perasan perubahan kecil pada Zayn yang tadi ketawa tanpa henti, kini diam sejenak.
"Kau sure? Aku kalau perasan kan, kau macam ada rahsia something dari aku dan semua orang."
"Takde lah, serius aku okay. Mungkin kau overthink sangat kot," balas Zayn sambil tersenyum, walaupun senyuman itu paksa.
"Aku bukan nak masuk campur urusan kau. Cuma, kau nampak lain sangat."
Zayn cuba mengalih perhatian. "Aku okay la. Penat kerja rasanya. Jangan risau lah."
Namun, dalam hati Zayn, dia tahu kata-katanya tidak sepenuhnya benar. Rahsia yang dia simpan semakin menghimpit, dan semakin lama dia cuba menafikan, semakin sukar untuk menahan tekanan tersebut. Dia cuma berharap Edryan tidak terus mendesak atau mencari jawapan yang lebih dalam.
Namun, dalam keheningan bilik itu, tiba-tiba seorang wanita berdiri di hadapan pintu. Mata Edryan membulat, mulutnya terngaga sedikit.
"Amelia..." bisik Edryan. "Kenapa... kenapa dia ada kat sini?" tanya Edryan.
Zayn terkejut, jantungnya berdegup kencang. Namun dia cuba mengekalkan wajah tenang. Amelia dengan senyuman sinis, melangkah perlahan ke arah Zayn.
"Hye, bakal ayah anak I," ucap Amelia dengan suara lembut, tetapi penuh makna.
"Bakal ayah...? A... apa yang kau maksudkan perempuan," kening Edryan berkerut, cuba mencari erti.
Zayn terdiam, seluruh tubuhnya terasa tegang. Dia dapat merasakan Edryan memandangnya dengan penuh tanda tanya.
"Ed, boleh tak kau keluar dulu? Aku ada hal nak bincang dengan perempuan ni."
"Wait, wait, wait... Aku tak faham sekarang ni." ucap Edryan lagi, nadanya bertukar serius.
"Tolong, Ed. Nanti aku jelaskan semuanya." jawab Zayn.
Edryan masih terpinga-pinga, namun dia tahu ada sesuatu yang serius sedang berlaku. Dia memandang Zayn dengan penuh persoalan, tetapi dia tidak membantah. Edryan memusingkan tubuhnya dan melangkah keluar dari pejabat Zayn dengan membawa perasaan ingin tahu.
Sebaik sahaja pintu pejabat tertutup, suasana menjadi lebih sunyi dan tegang. Zayn berdiri tegak, cuba mengawal emosinya. Amelia masih di situ, memerhatikannya dengan tatapan penuh teka-teki.
"Apa yang kau nak lagi? Kenapa kau datang sini?" Zayn bersuara.
"Well... well... well... nampaknya ada orang yang berminat nak tahu lah rahsia you," ucap Amelia, senyuman sinis masih terukir di wajahnya.
"Boleh tak jangan nak kacau aku?! Aku rimas nak hadap perempuan macam kau," Zayn mengusap rambutnya kuat.
"Kacau? Heh... you nak berapa lama lagi masa, Zayn. You nak I jelaskan semuanya dekat Sofea tentang kita?" desak Amelia.
"Please... please jangan bagitahu sesiapa pasal benda ni. Aku sayang isteri aku... bagi aku sedikit masa lagi," ucap Zayn denga nada sedikit getaran kegusaran.
Amelia ketawa kecil, tetapi nada tawanya dingin. "What! You fikirkan isteri you je? Pasal I?"
Zayn mengenggam tangan Amelia. "Tolonglah... aku tak nak hilang isteri aku lagi." rayu Zayn.
Amelia tersenyum sinis lagi, dia melepaskan genggaman tersebut. "I boleh bagi you sedikit masa lagi, Zayn. I akan bagi you dua options, sama ada you nak ceraikan isteri you, or kita kahwin senyap-senyap. You nak mana satu?"
"You ingat, I nak lepaskan you macam tu je? I masih nak you lagi, Zayn." sambung Amelia lagi.
"Aku... aku tak boleh." jawab Zayn.
Amelia tersenyum nipis, penuh kepastian.
"You takkan boleh lari, Zayn. Suatu hari nanti, Sofea akan tahu juga. Dan bila hari tu tiba, You takkan ada pilihan lagi."
Zayn berdiri kaku, tidak mampu berkata apa-apa. Dia tahu Amelia betul. Dia tidak akan dapat menyembunyikan kebenaran ini selamanya, namun untuk sekarang, dia hanya mahu menyelamatkan apa yang tersisa dari perkahwinannya.
"You pasti Sofea akan setia? You pasti Sofea akan selalu bersama dengan you?" tanya Amelia tiba-tiba.
Zayn menatap Amelia dengan mata yang penuh kekeliruan dan kemarahan. Kata-katanya menusuk jauh ke dalam hati Zayn, menggoyahkan keyakinannya.
"Aku pasti. Aku pasti, Sofea akan selalu ada untuk aku." Zayn cuba meyakinkan dirinya sendiri, walaupun hati kecilnya meragui kata-kata itu.
Amelia menghela nafas, menatap Zayn dengan pandangan yang penuh sindiran.
"Kalau itu yang you percaya, Zayn, teruskan. Tapi I akan ingatkan you satu perkara. Cinta itu buta."
Geram pulak aku si betina gedik ni,
Dengan itu, Amelia melangkah keluar, meninggalkan Zayn berdiri sendirian di bilik yang tiba-tiba terasa sesak dengan emosi yang berkecamuk. Zayn terduduk di sofa, kepalanya berat dengan fikiran.
Zayn menarik nafas panjang, cuba mengusir segala keraguan.
"Sayang... maafkan abang. Abang tak mampu nak tunaikan janji sayang, janji anak kita. Abang jahat."
"Abang akan rahsiakan semuanya pada sayang dan anak kita, abang tak akan sakitkan lagi hati sayang." bisik Zayn, seketika air matanya perlahan mengalir membasahai pipi.
Namun, di dalam hatinya, kata-kata Amelia masih terngiang-ngiang.
"Suatu hari nanti, Sofea akan tahu juga."
Zayn menutup matanya, memikirkan masa depan yang tak pasti. Hari itu akan tiba, dia tahu. Persoalannya, apakah dia mampu menhadapinya?
TO BE CONTINUED
![](https://img.wattpad.com/cover/375323110-288-k117945.jpg)
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)
RomanceWarning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan...