Part 16🥀

628 33 3
                                    

Hari ini, Sofea sedang duduk di atas sofa sambil mengusap-usap perlahan perutnya. Kalau diikutkan, sudah genap lapan bulan usia kandungannya, setiap hari, ada sahaja ragam bayi itu. 

Sedang leka dia duduk, dalam hati Sofea, wujud seribu tanda tanya yang sedang menggantung tanpa jawapan. 

Sejak pertemuan secara mengejut Zayn dan Amelia minggu lepas, Sofea seperti dihantui perasaan resah. Hampir setiap hari wanita itu kerap muncul di hadapan rumahnya. 

Apakah tujuannya? Kenapa dia sering ingin bertemu Zayn? Dan mengapa Zayn selalu tampak gelisah setiap kali wanita itu berada dekat dengannya? 

Pada awalnya, Sofea hanya beriak biasa, maklumlah, saudara Zayn sendiri. Namun, setiap kali wanita itu datang, dia pasti akan dihalau oleh Zayn dengan kata-kata yang penuh marah.

Zayn sudah menjelaskan semuanya. Namun, jauh di dalam sudut hati Sofea, dia merasakan ada sesuatu yang sedang dirahsiakan oleh mereka. 

Lagi sedang dia jauh termenung, memikirkan masa depannya yang tidak pasti, tiba-tiba, suara notifikasi telefonnya berdering.

"TING" 

Sofea tersentak, lantas dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Telefon itu dibuka dan tertera di skrin satu mesej daripada seseorang yang tidak dikenali. 

"Sofea, kalau kau nak tahu semua rahsia, jumpa aku."  

Sofea terdiam seketika, jantungnya berdegup laju. Ada rasa bimbang yang menyelinap dalam diri, tetapi rasa ingin tahu sukar untuk diabaikan. 

"Ni siapa?"  Sofea membalas. 

" No need to know me. Kau ikut location yang aku bagi. Tapi, aku nak kau seorang," 

Sofea hanya menatap kosong telefon bimbitnya, hatinya mula berdegup lebih kencang. Siapakah pemilik nombor ini? 

Tanpa melengahkan masa, Sofea segera menyutujuinya. Dengan perasaan gelisah, dia terus bersiap dan melangkah keluar, meninggalkan Ziyad yang sedang lena. 

Dalam hatinya, adakah dia ingin memberitahu Zayn? Atau adakah dia hanya berdiam sahaja? Mahu tak mahu, dia harus berdiam, cuba mencari segala makna yang tersembunyi.

Masa terus berlalu, Sofea telah tiba di tempat yang ingin mereka jumpa. Tempat itu tidak jauh dari rumahnya, hanya 10 minit jika berjalan kaki. 

Tempat itu agak sunyi, sebuah rumah usang, hanya dipenuhi dengan semak samun yang menutupi sekitar jalan. Dalam hati Sofea, segala perasaan mula bercampur baur. 

Tiba-tiba, bahunya disapa. Segera Sofea menoleh. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat sesosok lelaki yang berdiri di hadapannya. 

"Sofea," sapa lelaki itu.

"Ra... rafael? Awak ke nak jumpa saya? Ni nombor awak ke?" 

Rafael mengangguk. 

"Kenapa? Tak serik ke Zayn tumbuk awak?" 

Sofea segera memusingkan badan dan mahu melangkah pergi dari tempat tersebut. Namun, lengannya tiba-tiba di paut kuat dan dia tidak dapat bergerak.

"Sofea dengar, saya ada nak cakap sesuatu dengan awak," 

"Lepaskan aku! Kalau tak aku call polis," 

Zayn melepaskan tangannya. 

"Dengar dulu, tolong... " rayu Rafael.

"Ada apa awak nak jumpa saya?! Tolong Rafael, jangan kacau hidup saya lagi." 

"Ada benda penting saya nak jumpa," 

ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)Where stories live. Discover now