Hari itu, suasana di kolej agak sibuk walaupun jam sudah menunjukkan angka sembilan malam. Azelia baru sahaja selesai kelas praktikal pastri. Tangannya terasa lenguh mengheret troli kecil berisi bahan projek.
“Kenapa semua benda nak jadi malam ni?” rungutnya perlahan sambil melangkah menuju ke pintu pagar utama kolej. Dia risau pintu pagar dikunci sebelum sempat keluar.
Di kawasan parkir, Azelia terdengar bunyi motosikal yang dihidupkan. Langkahnya terhenti. Ryzan muncul di hadapannya, lengkap dengan jaket kulit hitam dan helmet di tangan.
“Lambat balik malam ni, Azelia?” tegurnya dengan nada bersahaja.
Azelia merenungnya seketika. “Kelas praktikal habis lewat.”
“Takkan nak balik jalan kaki sorang? Bahaya, tau,” katanya, memandang Azelia dengan serius.
“Aku biasa balik sendiri. Tak ada masalah pun,” jawab Azelia pendek.
Ryzan mendekatkan diri sedikit, berdiri di sebelah troli Azelia. “Macam ni, aku tak boleh biarkan kau jalan sorang malam-malam. Saya temankan sampai depan pintu pagar kolej, okey?”
Azelia menoleh padanya. Dia ingin menolak, tapi ada sesuatu dalam nada suara Ryzan yang membuatkan dia teragak-agak. “Temankan je, jangan lebih-lebih.”
“Deal,” balas Ryzan sambil menyarungkan helmetnya.
Mereka berjalan bersama. Ryzan menolak troli Azelia tanpa menunggu izin, membuatkan gadis itu terkebil-kebil. “Eh, tak payah... Aku boleh buat sendiri.”
“Tangan kau tu dah nak patah rasanya. Jangan degil,” balas Ryzan dengan nada mengusik.
Azelia hanya mendiamkan diri. Sepanjang perjalanan ke pintu pagar, suasana agak sepi, tetapi Azelia dapat merasakan kehadiran Ryzan sedikit menyenangkan.
Sampai di pintu pagar, Ryzan memberhentikan langkah. “Okey, selamat sampai sini. Kau sure ke boleh balik sendiri lepas ni?”
Azelia mengangguk. “Asrama aku dekat. Terima kasih sebab temankan.”
“Sama-sama. Kalau lain kali kelas lewat lagi, bagitahu aku. Biar aku pastikan kau balik dengan selamat,” ujar Ryzan sebelum melangkah ke arah motosikalnya.
Azelia memandangnya pergi dengan hati bercampur-baur. “Kenapa dia baik sangat malam ni?” gumamnya sendirian.
Sampai di rumah, Azelia melepaskan nafas panjang. Malam itu terasa lain daripada biasa. Bukan sebab Ryzan temankan dia, tapi cara lelaki itu melayaninya cukup berbeza daripada sebelum ini.
Di asrama lelaki, Ryzan tersenyum kecil memandang telefon bimbitnya. Dia membuka aplikasi nota dan menaip sesuatu.
“Perlu ke aku beritahu dia apa yang aku rasa?” bisiknya perlahan sebelum menutup telefon itu.
Keesokan paginya, suasana di kafeteria kolej riuh seperti biasa. Azelia mengambil tempat di meja biasa bersama Liora. Dia cuba fokus pada sarapannya, tetapi fikiran masih teringat kejadian malam tadi.
“Kenapa termenung macam nampak hantu?” usik Liora sambil menyedut jus oren.
“Tak ada apa-apa,” jawab Azelia pendek.
Liora memandangnya dengan mata mengecil, seakan-akan cuba mengorek rahsia. “Kau ni kalau cakap ‘tak ada apa-apa’, biasanya memang ada apa-apa.”
Azelia mengeluh perlahan. “Ryzan temankan aku balik malam tadi.”
Liora terbatuk kecil, hampir tersembur jus oren. “Apa?! Kau serius?”
“Shh! Perlahankan suara kau, boleh tak?” Azelia cepat-cepat memandang sekeliling, bimbang ada yang mendengar.
YOU ARE READING
Dari Hati ke Hati [ OG ]
RomanceAzelia Zyreena, seorang pelajar pastry yang berbakat, selalu berjaga-jaga dengan hidupnya. Semua yang dia buat, dari kerja keras dalam kelas sampai hubungan dengan orang sekeliling, selalu disertai rasa takut tak cukup baik. Tapi bila dia bertemu de...