Bab 20: Pertaruhan Terakhir

0 0 0
                                    

Dewan pertandingan mula dipenuhi dengan peserta dari pelbagai kolej dan universiti. Sorakan dan tepukan menggamatkan suasana. Azelia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan debaran di dada. Di sebelahnya, Liora memberi senyuman yakin.

“Ini peluang kita, Azelia. Kita dah buat yang terbaik. Sekarang tinggal tunjukkan.”

Azelia mengangguk. Matanya terpaku pada ruang dapur kecil yang akan menjadi pentas mereka. Peralatan disusun rapi, bahan-bahan segar menanti untuk disentuh.

Di seberang ruang, Ryzan dan Havran sedang berbincang, kelihatan tenang tetapi fokus. Ryzan sempat melirik ke arah Azelia dan memberi anggukan kecil, seolah-olah menyampaikan mesej “kau boleh buat.”

Pengacara pertandingan mengumumkan:
“Selamat datang ke pertandingan pastri tahunan! Peserta, anda akan diberi masa tiga jam untuk menyediakan hidangan pencuci mulut dan hidangan utama yang menonjolkan kreativiti anda. Masa bermula... sekarang!”

Suasana berubah menjadi sibuk serta-merta. Azelia dan Liora bergerak pantas, masing-masing tahu tugas yang perlu dilaksanakan. Azelia mengambil alih bahagian pencuci mulut, manakala Liora fokus pada hiasan dan plating.

Azelia bekerja dengan penuh tumpuan. Tangannya lincah mencampur bahan, menguli doh dengan cermat. Kek mousse coklat yang dirancangnya bukan sekadar hidangan biasa ia adalah gabungan rasa yang kompleks, penuh tekstur dan kejutan.

Liora pula menghias pinggan dengan sentuhan seni, menambahkan elemen bunga edible yang menambah kecantikan hidangan.

Di satu sudut lain, Ryzan dan Havran juga tidak kurang hebatnya. Hidangan mereka beraroma harum, memikat perhatian juri yang lalu-lalang.

Satu jam terakhir.

Azelia mula merasakan tekanan. Tangannya sedikit menggigil ketika mencairkan coklat untuk lapisan terakhir. Liora perasan dan segera mendekati.

“Hey, relaks. Kita dah buat ni berkali-kali. Fokus je,” bisik Liora sambil menepuk lembut bahu Azelia.

Azelia menarik nafas dalam, cuba mengumpul semula keyakinan.

Akhirnya, masa tamat. Semua peserta berdiri di belakang hidangan masing-masing. Juri mula mengelilingi meja, mencuba satu persatu.

Ketika mereka tiba di meja Azelia dan Liora, debaran semakin kuat. Juri mencicip kek mousse mereka dengan penuh perhatian. Azelia memerhati dengan cemas, cuba membaca reaksi mereka.

Seorang juri tersenyum tipis dan mengangguk perlahan. Azelia menarik nafas lega.

Selepas beberapa lama, keputusan diumumkan.

“And the winner is... Team Azelia dan Liora!”

Tepukan gemuruh memenuhi dewan. Azelia terdiam seketika sebelum Liora memeluknya erat.

“Kita menang, Azelia! Kita menang!”

Ryzan dan Havran segera datang, memberi ucapan tahniah. Ryzan menatap Azelia dengan bangga.

“Kau memang hebat, Azelia. Aku tahu kau boleh buat.”

Azelia tersenyum, air matanya bergenang. Hari ini, dia bukan sahaja menang pertandingan, tetapi juga membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa impian boleh dicapai dengan usaha dan keyakinan.

Selepas menerima trofi kemenangan, Azelia dan Liora turun dari pentas dengan tangan masih menggigil, tetapi wajah mereka berseri-seri. Tepukan masih bergema di dewan, dan beberapa peserta lain datang memberikan ucapan tahniah.

Liora ketawa kecil sambil memandang trofi di tangannya. “Aku rasa macam mimpi. Kita menang, Azelia. Betul-betul menang!”

Azelia tersenyum, masih terkejut. “Aku pun tak percaya. Tapi semua ni sebab kerja keras kita.”

Dari Hati ke Hati [ OG ]Where stories live. Discover now