Bab 2: Resipi Rahsia

1 1 0
                                    

Studio dapur kolej pagi itu dipenuhi dengan bunyi hiruk-pikuk dari mesin pengadun yang berdengung hinggalah ke suara pelajar yang sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Hari itu merupakan hari ujian praktikal, dan semua pelajar kelihatan serius dengan kerja mereka.

Azelia memandang resepi di hadapannya, keningnya berkerut. Tugasan kali ini mencabar dia perlu membuat tart buah yang bukan saja cantik, tetapi juga unik dari segi rasa. Sebagai pelajar pastry, ini peluangnya untuk menyerlahkan kreativiti.

“Azelia,” suara lantang mengejutkannya.

Dia menoleh dan mendapati Ryzan berdiri di belakangnya dengan tangan bersilang. “Tart buah je pun. Apa yang susah sangat sampai kau termenung macam nak tulis novel?”

Azelia menjeling. “Kau ni memang suka kacau aku, kan? Aku tengah fikir kombinasi buah apa yang sesuai.”

Ryzan tersengih sambil melangkah ke sebelahnya. “Kau tahu tak, kadang-kadang kombinasi paling pelik boleh jadi paling menarik?”

Azelia menghela nafas panjang. “Kau nak bagi idea pelik apa kali ni? Jangan cakap kau nak suruh aku letak durian.”

Ryzan ketawa kecil. “Taklah. Aku serius ni. Kau pernah cuba gabungkan buah markisa dengan strawberi? Markisa bagi rasa masam yang unik, dan strawberi seimbangkan rasa manis dia.”

Azelia terdiam. Idea itu tak terlintas di fikirannya sebelum ini, tetapi ia kedengaran menarik. “Okay, aku akan cuba. Tapi kalau tak jadi, aku salahkan kau.”

---

Sementara itu, di hujung dapur studio, Havran dan Liora sedang sibuk dengan tugasan mereka. Havran, yang mengambil jurusan kulinari, sedang menyiapkan resepi hidangan utama bertemakan ayam panggang dengan rempah rahsia.

“Aku rasa resepi aku kali ni akan buat lecturer kita kagum,” ujar Havran dengan penuh yakin.

Liora, yang sedang menghias kek untuk tugasan pastry, mencebik. “Kau ni memang tak pernah ada rasa rendah diri, kan? Macam mana kalau resepi kau tu tak cukup wow?”

“Kau tengok je nanti,” jawab Havran sambil mengenyit mata. “Aku ada bahan rahsia yang kau takkan dapat teka.”

“Bahan rahsia? Kau ni serius ke main-main?” soal Liora sambil mencuri pandang ke arah bahan-bahan Havran.

Havran menggeleng kepala, senyuman misteri terukir di wajahnya. “Sabar, Liora. Tunggu dan tengok.”

---

Beberapa jam kemudian, Azelia berdiri di depan meja penilaian dengan tart buah hasil eksperimennya. Tart itu dihiasi dengan lapisan strawberi dan markisa, diakhiri dengan taburan gula halus dan daun pudina segar. Tangannya sedikit menggeletar, tetapi dia cuba menyembunyikan kegelisahannya.

Seorang pensyarah menghampiri meja Azelia, mencicip sepotong tart dengan teliti. Azelia menahan nafas, menunggu reaksi. Selepas beberapa saat, pensyarah itu mengangguk.

“Unik. Rasa masam dari markisa dan manis strawberi mencipta keseimbangan yang menarik. Bagus, Azelia.”

Azelia tersenyum lega. Namun, dari sudut mata, dia dapat melihat Ryzan mengangguk kecil ke arahnya, seolah-olah berkata, ‘I told you so.’

---

Di meja lain, Havran berdiri dengan penuh keyakinan di hadapan pensyarah. Dia mempersembahkan ayam panggang yang dimarinasi dengan rempah rahsianya. Bau harum rempah memenuhi ruang, membuatkan semua orang di sekeliling menoleh.

Pensyarah itu mengambil sepotong kecil ayam dan mencicip dengan teliti. “Rasa dia... menarik. Apa bahan rahsia yang kau gunakan?”

Havran tersenyum misteri. “Saya guna serbuk bunga cengkih dan madu asli, sir. Gabungan yang tak biasa, tapi hasil dia memukau.”

Dari Hati ke Hati [ OG ]Where stories live. Discover now