Bab 15: Persimpangan Takdir

0 0 0
                                    

Azelia termenung di bangku taman kolej. Angin petang bertiup lembut, tetapi fikirannya jauh melayang. Dia menggenggam erat buku catatannya, seolah-olah cuba mencari kekuatan daripada helaian-helaian itu. Hari-hari kebelakangan ini terasa makin rumit. Perasaan bercampur baur-antara harapan, keraguan, dan rasa bersalah yang kadang-kadang menyesakkan dada.

"Kenapa termenung sorang-sorang?" Suara Ryzan memecah lamunan.

Azelia mendongak, sedikit terkejut, tetapi cepat-cepat mengawal ekspresi wajahnya. "Tak ada apa. Tengah fikir pasal assignment esok."

Ryzan mengangkat kening, tak percaya. "Azelia Zyreena yang sentiasa siap awal tiba-tiba risau pasal assignment? Pelik."

Azelia tersenyum hambar. "Kadang-kadang, otak pun boleh serabut, Ryzan."

Ryzan mengambil tempat di sebelahnya, jarak yang cukup selesa tetapi tetap menjaga batas. "Kalau kau perlukan pertolongan, aku ada. Jangan simpan sorang-sorang."

Azelia memandang Ryzan, ingin mengatakan sesuatu, tetapi lidahnya terasa kelu. Ada sesuatu dalam pandangan Ryzan yang buat dia rasa tenang.

"Terima kasih, Ryzan. Tapi aku okey. Serius."

Dia mengangguk, tetapi kelihatan seperti masih ingin mengatakan sesuatu. Sebelum sempat, suara Liora memanggil dari jauh.

"Azelia! Ryzan! Kita ada perjumpaan kelab kejap lagi. Cepatlah!"

Azelia menghela nafas lega, sementara Ryzan kelihatan sedikit kecewa kerana perbualan mereka terganggu.

"Jom," kata Azelia, bangun dengan cepat.

Namun, ketika mereka berjalan menuju ke arah Liora, Azelia tak dapat menghilangkan rasa yang berputar di dalam hatinya. Apakah takdir sedang cuba memberinya petunjuk, atau adakah semuanya hanya kebetulan semata-mata?

Sepanjang perjalanan ke bilik perjumpaan kelab, suasana agak senyap. Ryzan seperti mahu membuka mulut, tetapi Azelia menunduk, sibuk bermain dengan zip beg sandangnya. Di sebelah mereka, Liora pula kelihatan teruja, sibuk bercakap tentang idea-idea baru untuk aktiviti kelab, walaupun tiada siapa yang memberi respons sepenuhnya.

Sampai sahaja di bilik kelab, Havran sudah menunggu dengan senyuman di muka. Dia melambai santai ke arah mereka. “Lambat, eh? Biasalah. Azelia suka melengahkan masa,” usiknya, sambil menoleh ke arah Liora yang ketawa kecil.

“Amboi, Havran,” balas Azelia sambil menjeling manja. “Aku ni punctual, tau.”

“Punctual sangat sampai aku dah habis baca dua artikel sambil tunggu korang.”

Ryzan hanya tersenyum tipis, tidak seperti biasanya yang selalu turut serta dalam perbualan mereka. Havran menyedarinya.

“Weh, Ryzan. Kau okay ke? Lain macam je senyap hari ni,” tanya Havran, matanya sempat mengerling ke arah Azelia.

Ryzan hanya mengangkat bahu. “Penat sikit.”

Azelia mengerutkan dahi tetapi tidak bertanya lebih. Dia tahu Ryzan cukup pandai menyembunyikan apa yang dia rasa, dan tidak mudah untuk lelaki itu membuka dirinya, walaupun kepada kawan-kawan rapat.

Perbincangan kelab berjalan seperti biasa, tetapi tumpuan Azelia melayang-layang. Havran yang duduk di sebelahnya mengetuk lembut mejanya dengan pen, cuba menarik perhatian.

“Kau okay ke, Azelia? Dari tadi nampak macam tak ada mood,” bisik Havran, nadanya serius.

Azelia memandang Havran seketika sebelum tersenyum lemah. “Aku okay. Cuma banyak fikir pasal benda lain.”

“Kalau kau perlukan seseorang untuk dengar, aku ada,” balas Havran dengan pandangan yang seolah-olah cuba memahami sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

Dari Hati ke Hati [ OG ]Where stories live. Discover now