Bab 8: Pilihan Hati yang Samar

1 1 0
                                    

Malam itu, Azelia termenung sendirian di biliknya. Bekas kecil berisi truffle coklat pemberian Ryzan masih berada di atas mejanya, belum dibuka. Dia memandang bekas itu dengan pelbagai perasaan berkecamuk dalam hati. Kata-kata Ryzan petang tadi terngiang-ngiang di telinganya.

“Aku nak buat apa sekarang ni?” Azelia mengeluh perlahan, memeluk bantal kecil di ribanya.

Liora, yang baru selesai mencuci muka di bilik mandi, masuk ke bilik dan memandang Azelia yang kelihatan resah. “Zelia, kau kenapa? Dari tadi aku tengok kau macam orang hilang arah.”

Azelia mengangkat pandangan dan cuba tersenyum, tetapi jelas senyumannya hambar. “Tak ada apa-apa la, Liora.”

Liora mendekati Azelia, duduk di tepi katil, dan memandangnya dengan penuh minat. “Zelia, aku kawan kau. Kalau kau tak nak cerita, tak apa. Tapi kau tahu aku akan tetap ada untuk dengar bila kau dah bersedia.”

Azelia tersenyum kecil. Liora memang sentiasa tahu bila dia sedang menyimpan sesuatu. “Aku cuma... Ryzan cakap sesuatu tadi. Dan aku tak tahu macam mana nak hadapinya.”

Mata Liora membesar. “Dia... confess ke?”

Azelia mengangguk perlahan, wajahnya kemerahan. “Dia kata dia ada perasaan kat aku. Tapi dia tak minta jawapan sekarang. Dia cuma nak aku tahu.”

Liora menepuk tangan Azelia dengan lembut. “Wah, aku tak sangka dia akan confess secepat ni. Tapi kau? Kau rasa macam mana?”

“Aku tak tahu, Liora. Aku rasa macam... aku belum bersedia untuk semua ni. Hidup aku dah cukup susah dengan kelas, kerja part-time, dan masalah keluarga. Aku tak tau kalau aku ada ruang untuk fikir pasal benda macam ni sekarang,” Azelia berkata dengan nada perlahan.

Liora mengangguk perlahan. “Aku faham. Tapi, Zelia, kau tak boleh abaikan apa yang kau rasa. Kalau kau suka dia, jangan biarkan ketakutan kau menahan kau dari cuba. Tapi kalau kau rasa kau tak sedia, tu pun tak salah. Ryzan nampak macam jenis yang akan hormat keputusan kau.”

Azelia menghela nafas panjang. “Itulah yang aku risaukan, Liora. Kalau aku buat keputusan yang salah, aku takut akan lukakan hati dia. Aku tak nak hilang kawan macam dia.”

“Kadang-kadang kita kena buat keputusan yang susah untuk kebaikan semua pihak. Tapi jangan paksa diri. Kau ambil masa kau, okay?” Liora menenangkan, sambil mengusap bahu Azelia.

---

Keesokan harinya di kampus...

Azelia cuba bersikap seperti biasa. Dia berjalan ke kelas sambil memeluk buku resepinya. Namun, hatinya tak keruan setiap kali dia teringat wajah Ryzan.

Ryzan pula nampak tenang, tetapi dari cara dia mencuri pandang ke arah Azelia, jelas dia juga memikirkan perbualan mereka semalam. Havran, yang duduk di sebelahnya di kelas teori, menyiku bahunya.

“Kau confess, kan?” Havran bertanya dengan nada menggoda.

Ryzan memandang Havran dengan pandangan jengkel. “Kau ni macam tahu semua benda.”

Havran ketawa kecil. “Aku ni kawan baik kau. Dah tentu aku tahu. Jadi, macam mana dia respon?”

Ryzan menghela nafas. “Dia minta masa. Aku tak nak paksa dia. Aku cuma nak dia tahu apa yang aku rasa.”

“Fair enough. Tapi jangan biarkan benda ni tergantung lama sangat. Kalau tak, kau sendiri yang akan terseksa,” Havran memberi nasihat, sesuatu yang jarang dia lakukan.

Ryzan hanya mengangguk, cuba memfokuskan diri pada kelas.

---

Waktu rehat tengah hari...

Dari Hati ke Hati [ OG ]Where stories live. Discover now