Hari itu, seperti biasa, Azelia bangun awal untuk memulakan hari dengan latihan di dapur. Sebagai pelajar tahun akhir di Kolej, dia sudah terbiasa dengan rutinitinya yang padat. Namun, pagi itu ada kelainan. Zafran, mentor dan chef yang selama ini memberi tunjuk ajar kepadanya, datang menghampiri dengan senyuman di wajah.
“Azelia, ada berita baik. Awak terpilih untuk wakili kolej dalam Pertandingan Pastri Antarabangsa di Paris,” ujar Zafran, matanya bersinar penuh harapan.
Azelia tergamam mendengar perkataan Paris. “Saya? Betul ke ni?”
Zafran mengangguk. “Ya, awak. Tapi saya nak awak bersedia. Ini bukan senang, persaingan akan sengit.”
Azelia terdiam seketika, hati berdebar. Paris! Impian yang pernah dirasakannya, kini menjadi kenyataan. Namun, rasa gementar turut menguasai dirinya. "Saya belum cukup bagus, chef," luah Azelia, sedikit ragu.
Zafran tersenyum penuh percaya. “Kau dah cukup hebat, Azelia. Jangan ragu. Percayalah pada diri sendiri.”
---
Hari-hari selepas itu, Azelia tak menoleh ke belakang. Dia meluangkan lebih banyak masa di dapur, mempersiapkan diri untuk pertandingan yang bakal berlangsung. Zafran sentiasa berada di sampingnya, memberi tunjuk ajar dan memperbaiki setiap aspek dari teknik asas hingga seni menghias pastri.
“Seni pastri bukan sekadar rasa. Ia adalah tentang cerita yang awak nak sampaikan. Setiap pastri yang awak buat, biar orang rasa macam awak bagi sebahagian daripada diri awak,” pesan Zafran ketika Azelia menyiapkan Macaron Pandan dengan hiasan bunga edelweiss yang segar.
Azelia mengangguk, cuba memahami maksud mendalam yang disampaikan Zafran. Setiap kali dia mencipta sesuatu yang baru, dia mula merasakan bahawa setiap pastri itu bukan hanya sekadar pencuci mulut, tetapi juga karya seni yang mengandungi emosi dan cerita.
---
Hari pertandingan yang dinantikan tiba. Azelia bersama pasukan dari kolej bertolak ke Paris dengan semangat yang berkobar-kobar. Perasaan teruja bercampur gementar meluap-luap dalam dirinya. Setibanya di sana, mereka disambut dengan suasana yang penuh dengan peserta dari pelbagai negara.
“Sabar, Azelia. Ini peluang untuk buktikan kemampuan kita,” kata Zafran sambil memberi sokongan moral.
Di depan Azelia, gelanggang pertandingan yang besar dan sibuk itu terasa begitu menakutkan. Namun, dia memejamkan matanya sejenak, menarik nafas panjang dan mengingatkan dirinya untuk berfokus.
Ketika gilirannya tiba, Azelia berasa jantungnya berdegup kencang. Dia mula menyusun bahan-bahan dengan cekap, setiap langkah diatur dengan teliti. Tart Coklat Lava dengan Sos Caramel Pandan yang diciptanya menjadi taruhan dalam pertandingan ini.
Setiap sentuhan tangan dan gerakan yang dilakukan penuh dengan ketelitian. Azelia dapat merasakan tekanan, tetapi dia berusaha mengatasi segala keraguan yang ada. Dengan kesabaran, tart itu akhirnya siap. Dihiasi dengan indah, setiap elemen tampak begitu sempurna.
---
Pengumuman keputusan pertandingan diadakan di sebuah dewan besar. Azelia berdiri di atas pentas bersama-sama peserta lain. Suasana yang penuh debaran itu mengingatkannya pada segala usaha keras yang telah dilaluinya.
“Second place is , Azelia Zyreena from Malaysia!”
Suasana riuh dengan sorakan, namun Azelia hanya mampu terdiam, matanya berkaca. Zafran berada di sisi, mengangguk bangga. "Saya tahu awak boleh," katanya dengan senyuman.
Azelia melangkah ke pentas, mengambil trofi kemenangan dengan tangan yang sedikit gemetar. “Terima kasih, Zafran. Tanpa tunjuk ajar dan sokongan chef, saya tak akan sampai ke sini,” luahnya.
YOU ARE READING
Dari Hati ke Hati [ OG ]
RomanceAzelia Zyreena, seorang pelajar pastry yang berbakat, selalu berjaga-jaga dengan hidupnya. Semua yang dia buat, dari kerja keras dalam kelas sampai hubungan dengan orang sekeliling, selalu disertai rasa takut tak cukup baik. Tapi bila dia bertemu de...