Kelas petang itu berlangsung seperti biasa. Namun, bagi Azelia, perasaannya masih bercampur baur. Apa sebenarnya niat Ryzan? Dia seolah-olah mencipta ruang untuk mendekatinya, tetapi setiap kali Azelia cuba memahami, lelaki itu kelihatan berahsia.
Havran, yang duduk tidak jauh dari Azelia, mengerutkan dahi melihat sahabatnya itu.
“Kau okey ke, Lia? Dari tadi aku tengok macam termenung je,” tegurnya sambil memintal pen dengan jarinya.Azelia tersentak sedikit. “Eh, takde apa-apalah, Hav. Aku cuma fikir pasal projek individu. Macam tak yakin je nak buat sorang-sorang.”
Havran mengangguk, walaupun dia tahu Azelia menyembunyikan sesuatu. Tetapi, dia tak nak memaksa.
Di sisi lain kelas, Ryzan sedang fokus dengan tugasan di laptopnya. Namun, sekali-sekala, pandangannya jatuh ke arah Azelia. Senyuman kecil terukir di wajahnya, seolah-olah menikmati gelagat gadis itu yang kelihatan tak tenteram.
---
Selepas kelas berakhir, Azelia mengemaskan barang-barangnya dengan pantas. Dia berniat untuk pulang awal hari ini. Namun, langkahnya terhenti di luar kelas apabila dia melihat Ryzan sedang bersandar pada dinding dengan tangan bersilang.
“Awak nak lari lagi ke, Azelia?” tegur Ryzan dengan nada separuh bergurau.
Azelia mengeluh perlahan. “Awak nak apa sebenarnya, Ryzan? Kalau nak buat saya pening, awak dah berjaya.”
Ryzan tertawa kecil. “Saya cuma nak kenal awak. Itu je.”
Azelia mengangkat kening. “Kenal? Bukan ke kita dah kenal? Kita sekelas.”
Ryzan memandang Azelia dengan pandangan yang sukar ditafsir. “Saya maksudkan lebih dari tu, Azelia. Tapi saya tak nak paksa awak. Cuma satu je, jangan elak saya lagi, boleh?”
Azelia terpaku. Kata-kata itu ringkas tetapi menusuk. Sebelum sempat dia menjawab, Ryzan sudah berlalu pergi, meninggalkan Azelia dengan seribu persoalan.
---
Di asrama, Azelia merebahkan dirinya di atas katil. Otaknya ligat memikirkan perbualan tadi. Kata-kata Ryzan bergema di fikirannya.
“Apa maksud dia? Kenapa aku rasa... pelik?” gumam Azelia.Liora, yang sedang menonton drama di laptopnya, berpaling. “Lia, kau cakap sorang-sorang ni kenapa? Kau okay ke?”
Azelia cepat-cepat duduk tegak. “Eh, takde apa. Aku cuma... fikir pasal kelas tadi.”
Liora tersenyum nakal. “Kelas ke... atau Ryzan?”
Azelia membulatkan matanya. “Kau ni merepek je!”
Liora tergelak kecil. “Aku gurau jelah. Tapi aku nampaklah tadi, dia macam nak cakap sesuatu kat kau lepas kelas.”
Azelia terdiam. Dia tidak pasti sama ada mahu menceritakan segalanya kepada Liora atau simpan sahaja dalam hati.
---
Di luar asrama lelaki, Havran sedang menunggu Ryzan. Apabila Ryzan muncul, Havran terus menegur.
“Bro, aku tak faham apa yang kau cuba buat dengan Azelia.”Ryzan tersenyum sinis. “Cuma ikut hati aku, Hav.”
“Tapi hati kau tu tak pernah tenang. Azelia tu bukannya macam perempuan lain. Aku tak nak kau buat dia susah,” ujar Havran serius.
Ryzan memandang Havran dengan tenang. “Aku tahu. Sebab tu aku serius kali ni.”
Havran terdiam. Kalau itu betul, dia tak boleh menentang. Tetapi, dia tetap risau.
Azelia tidak dapat melelapkan mata malam itu. Perbualan dengan Ryzan terus mengganggu fikirannya. Kenapa lelaki itu berkeras mahu dia berhenti mengelak? Apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya?
YOU ARE READING
Dari Hati ke Hati [ OG ]
RomanceAzelia Zyreena, seorang pelajar pastry yang berbakat, selalu berjaga-jaga dengan hidupnya. Semua yang dia buat, dari kerja keras dalam kelas sampai hubungan dengan orang sekeliling, selalu disertai rasa takut tak cukup baik. Tapi bila dia bertemu de...