Keesokan paginya, dapur kolej kembali sibuk dengan aktiviti harian. Pelbagai bau semerbak daripada hidangan yang sedang disediakan memenuhi ruang, mencipta suasana yang meriah. Azelia tiba lebih awal dari biasa, seperti ingin mencari ketenangan sebelum semua orang datang.
Dia sedang sibuk memeriksa peralatan dapur ketika suara Havran menyapanya dari arah belakang.
"Awal kau datang hari ni. Tak sempat sarapan ke?" usik Havran sambil menyandarkan diri ke tepi meja.Azelia tersenyum. "Awal lagi nak buat apa kat asrama. Lagipun, aku suka suasana dapur bila belum ramai orang."
“Baguslah. Aku datang nak tengok kau tengah stress, tapi kau nampak chill je,” balas Havran dengan ketawa kecil.
Sebelum Azelia sempat membalas, Ryzan muncul dari pintu dapur, membawa beberapa bahan segar.
“Havran, kau tak ada kerja ke? Asyik kacau Azelia je,” tegur Ryzan sambil meletakkan bahan-bahan di atas meja.Havran mengangkat bahu, tidak terkesan dengan teguran itu. “Aku cuma nak bagi semangat pagi. Kau ni selalu sangat serius.”
Azelia hanya menggelengkan kepala, terbiasa dengan perangai Havran yang suka mengusik. Tetapi di sebalik gelak ketawa itu, dia dapat merasakan sesuatu yang berbeza dalam cara Ryzan memandangnya hari ini seolah-olah ada sesuatu yang dia ingin katakan tetapi ditahan.
---
Sesi pembelajaran hari itu bermula dengan demonstrasi chef mereka, Encik Razif, tentang cara menghasilkan soufflé coklat yang sempurna. Semua pelajar berdiri dalam satu barisan, mata tertumpu kepada gerakan tangan Encik Razif yang penuh teliti.
“Soufflé ini bukan sekadar tentang resepi. Ia tentang kepekaan, kehalusan sentuhan, dan keseimbangan,” ujar Encik Razif, nadanya penuh keyakinan. “Satu kesilapan kecil boleh buat ia gagal naik.”
Azelia mencatat nota dengan tekun, matanya sesekali melirik ke arah bahan-bahan di atas meja demonstrasi. Di sebelahnya, Liora turut sama menulis sambil berbisik kecil.
“Kalau aku yang buat ni, confirm jatuh flat,” kata Liora perlahan, membuat Azelia tersenyum.Tamat sahaja demonstrasi, pelajar diberi peluang untuk mencuba sendiri di stesen masing-masing. Azelia dan Liora bekerjasama, tetapi setiap kali mereka hampir selesai, Liora akan ketawa kerana soufflé mereka “naik” dengan cara yang tak sepatutnya.
“Kita kena cuba lagi,” kata Azelia dengan nada tegas tetapi mesra.
“Aku tahu. Tapi aku rasa kau lagi berbakat dari aku,” jawab Liora, menyerahkan whisk kepada Azelia.
Sementara itu, di stesen lain, Ryzan yang bekerjasama dengan Havran memerhatikan mereka dari jauh.
“Havran, aku rasa Azelia ni betul-betul passionate dengan apa yang dia buat,” kata Ryzan sambil menuang adunan ke dalam ramekin.Havran tersenyum sinis. “Kenapa, kau dah jatuh hati ke? Kalau ya pun, kau kena bagi dia ruang. Jangan tekan dia.”
“Bukan macam tu. Aku cuma kagum dengan usaha dia. Tapi kadang-kadang aku rasa dia letakkan terlalu banyak tekanan kat diri dia sendiri,” balas Ryzan.
Havran mengangguk, menyedari kebenaran di sebalik kata-kata itu.
---
Menjelang petang, ketika semua pelajar sibuk mengemas stesen masing-masing, Azelia terpandang Ryzan berdiri di tepi jendela dapur, termenung memandang ke luar. Dia mendekati perlahan-lahan.
“Kau okay ke, Ryzan?” tanya Azelia, suaranya lembut.
Ryzan tersentak sedikit sebelum berpaling. “Oh, aku okay. Cuma tengah fikir pasal tugasan kita minggu depan.”
YOU ARE READING
Dari Hati ke Hati [ OG ]
RomantizmAzelia Zyreena, seorang pelajar pastry yang berbakat, selalu berjaga-jaga dengan hidupnya. Semua yang dia buat, dari kerja keras dalam kelas sampai hubungan dengan orang sekeliling, selalu disertai rasa takut tak cukup baik. Tapi bila dia bertemu de...