Chapter 24

13.2K 110 1
                                    

Drama bersiri Korea yang dimainkan di kaca TV hanya ditonton sekadar menghilangkan bosan. Langsung tidak menarik perhatian Fauzan. Walaupun begitu, sesekali dia bertanyakan juga kepada isterinya, Azlina yang duduk di sebelah jika ada babak-babak yang dia kurang faham.

Sudah dua minggu sejak dia membantu Mastura berpindah rumah. Isterinya juga tidak tahu akan perihal itu termasuklah adik iparnya Atiqah, walaupun kini dia sudah berkongsi luar dan dalam bersama dengan Atiqah. Dia tidak mahu pening kepala dengan soalan-soalan yang bakal ditanya nanti.

Sambil melayan drama di kaca tv itu, entah kenapa tiba-tiba adegan Mastura menyalam tangannya tempoh hari bermain di kepala. Lembutnya tangan Mastura seakan kembali terasa di jarinya. Figura potongan badan Mastura yang berpakaian yang baginya agak menjentik nafsu lelakinya juga, bagaikan terbayang-bayang di minda.

Fauzan memandang jam di dinding. Sudah 10.30 malam.

"Anak-anak dah tidur ke yang?" soal Fauzan kepada isterinya.

"Dah tadi" ringkas isterinya menjawab. Mata masih terpaku ke kaca tv.

Fauzan mengangguk perlahan. Sudah menjadi kebiasaan anak-anaknya akan tidur waktu begitu walaupun pada hari minggu begini.

"Iqa balik pukul berapa? Dia keluar pergi mana?" soal Fauzan lagi bertanyakan perihal adik iparnya pula yang keluar lingkungan jam 8.30 malam tadi.

"Tak pasti la Na dia pergi mana, tapi katanya dia jumpa kawan-kawan universiti dia. Sebelum pukul 12 malam dia cakap dia balik" terang Azlina pula.

Idea nakal Fauzan mula bermain di kepala. Peha isterinya diusap lembut.

"Jom yang, buat 'projek' nak? Kita main dekat sofa. Amacam?" dia mula mendekati isterinya.

"Ish mengarut la abang ni" Azlina sedikit tegas. "Buatnya Iqa balik nanti, nak kena berkejar masuk bilik pula. Tak nak la Na macam tu. Nanti potong 'stim'" sambung Azlina lagi, menolak mentah-mentah idea nakal suaminya.

"Alaa baru la 'thrill' macam tu. Teringin juga rasa nak buat 'projek' dekat sofa ni" Fauzan cuba memujuk. Tangannya masih mengusap lembut peha isterinya. Berharap dapat mencairkan isterinya itu.

"Abang pun tau kan Na macam mana. Na tak selesa la buat macam ni. Kalau nak, buat dalam bilik elok-elok. Selesa la sikit. Sejuk. Sini panas la" tangan suaminya ditolak lembut. Mata kembali menyambung menonton drama Korea yang terpasang.

Fauzan melepaskan nafas panjang. Perlahan, sekadar dia yang dapat mendengarnya. Hatinya sedikit kecewa. Keinginannya tidak pernah dipenuhi oleh isterinya.

Sepanjang perkahwinan, isterinya menunaikan tanggungjawabnya itu, tetapi bagi Fauzan lama kelamaan dia seakan perasan isterinya seolah sekadar menunaikan tanggungjawab. Seolah tiada 'seni' di dalam perhubungan seks.

Semua perkara datang dari Fauzan. Dari 'foreplay' sehinggalah dia terpancut. Isterinya hanya akan melakukan posisi normal. 'Massionary' dan juga doggie sahaja. Hanya sesekali sahaja isterinya akan berada di atas. Bukan tidak pernah isterinya beraksi agak aggresif tetapi jarang-jarang sekali terjadi.

Fauzan kembali duduk seperti tadi. Sedikit hampa atas penolakan isterinya. Layar tv kembali ditatap, tetapi kali ini fikirannya kosong. Apa yang ditonton langsung tidak masuk ke dalam kepalanya.

"TING!!!" Notifikasi telefon pintar milik Fauzan kedengaran. Menandakan ada satu masej baru diterima.

Fauzan mencapai perlahan telefonnya itu yang berada tidak jauh darinya. Masej dari 'whatsapp group' ahli blok kediamannya. Jiran-jirannya itu ajak untuk lepak minum di kedai mamak berhampiran. Fauzan membalas seketika.

"Abang nak keluar lepak minum jap dekat kedai mamak bawah tu. Jiran-jiran ajak" beritahu Fauzan kepada Azlina, dan tanpa menanti sebarang jawapan, dia bingkas bangun, mengatur kaki ke bilik. Untuk bersiap ala kadar sebelum keluar.

                                * * * * * * *

Pintu lif di aras 5 itu terbuka. Fauzan melangkah keluar dari perut lif dan menuju ke arah parkir kereta miliknya.

Baru sahaja dia hendak sampi ke pintu yang menghubungkan kawasan parkir kereta, pintu telahpun dibuka seseorang dari arah sana.

"Eh Di, baru balik ke?" soal Fauzan apabila wajah Diana, jirannya itu terpancul dari balik pintu.

"Haah. Keluar kejap tadi dengan Danial cari barang" jawab Diana.

"Lepas tu mana Danial?" soal Fauzan kehairanan kerana tidak nampak kelibat Danial.

"Owh, Di drop dia dekat kedai mamak bawah tu. Dia cakap nak lepak-lepak minum dengan geng-geng blok. Dah lama tak melepak sekali katanya. Dia cakap nanti dia tumpang la sesiapa untuk balik" panjang Diana menerangkan.

"Owh yeke. Kalau macam tu nanti Jan ajak la dia balik sekali. Jan nak pergi sana juga ni" beritahu Fauzan pula.

"Haa bagus la macam tu. Thanks ye Jan. Di naik dulu" balas Diana lalu meminta diri kerana lif juga telah tiba di aras itu untuk naik keluar atas.

"Ok Di. Bye" balas Fauzan pula lalu terus mengatur kaki ke arah parkir.

Kakinya di langkah perlahan menghala ke kerata. Hujung minggu begini, hampir kosong kawasan parkir itu kerana kebanyakan penduduk di situ mengambil peluang hujung minggu untuk pulang ke kampung atau pun bercuti. Hanya beberapa buah sahaja kereta yang ada termasuklah kereta milik Diana, jirannya itu.

Tiba-tiba otak nakalnya yang masih bersisa gelora nafsu tadi terfikirkan sesuatu. Fauzan lantas melajukan sedikit kakinya ke arah kereta.

Pintu kereta dibuka. Tubuhnya mengambil tempat di kerusi pemandu. Enjin dihidupkan lalu penghawa dingin dipasang. Telefon pintar di dalam poket seluar dikeluarkan. Mencari nama seseorang lalu butang 'dial' ditekan.

"Hello" seru Fauzan selepas panggilan telefonnya dijawab setelah beberapa ketika. "Iqa dekat mana?" soal Fauzan.

"Owh yeke. Datang dekat parking kejap boleh? Abang tunggu dalam kereta. Ok baik Iqa. Bye" panggilan dimatikan. Fauzan tersenyum sendiri. Menanti kehadiran adik iparnya, Atiqah. Dapat juga dia melepaskan 'airnya' yang sudah naik ke kepala.

Fantasi Keluarga MentuaWhere stories live. Discover now