Dijemput Sinar

703 16 2
                                    

Aku masih di lorong gelap
Menghitung hidup yg kian malap
Sedang asyik melayang gigil
Ada silauan cahaya memanggil

Lantas aku membontoti
Tanpa usul periksa
Cahaya yang entah dari mana
Laju saja kakiku bergerak tiada makna
Seperti lembu dicucuk hidung
Aku berseorang tiada pelindung
Perlu aku percaya pada siapa
Langkah kaki atau rasa hati
Yang nyata keduanya tidak selari

Sedang melayan gejolak hati
Aku hilang jejak cahaya
Terpinga-pinga
Tertanya-tanya
Mana pergi sinar
Aku hilang arah hilang punca

Mahu diteruskan langkah goyang
Atau berpatah arah kembali songsang
Romaku tegak berdiri
Aku dihembus panggilan sepi

"Teruskan berjalan tanpa pamitan

Suluhan cahayaNya kekal

Percaya saja, kau takkan lagi tercela"


Monolog JalananWhere stories live. Discover now