Minda ini celaru
Ligat pusingnya masih buntu
Mahu dilepas tak teriikat
Hendak disimpan ruangnya sendat
Terusan saja melarat
Bernafas tiada sempat
Asanya merempat
Jasadnya tersiat
Roh melayang tak bertempat
Harus dilakukan apa
Buat mengaut sisa usaha yang tersia
Harus apa?"Cinta Tuhan itu mudah,
Jika usaha tinggal sisa,
Pulang pada Tuhan kita."
YOU ARE READING
Monolog Jalanan
RastgeleRentetan kata yang tidak pernah habis disebalik paluan ayat manis, tentang perjalanan menuju Tuhan tentang kehidupan sa-orang insan