Aku hanyalah gagak dunia
Yang bercita-cita mahu ke angkasa
Terbang bebas meneroka.Sekadar impian tersia
Dengan berbekalkan suapan sisa
Juga hinaan angkuh merak bergaya
Aku dikatakan layak cuma di neraka.Kata merak,
Tubuh hitamku lambang derita
Hadirnya aku langsung mematikan suasana.Lagi katanya,
Yang layak mengindahkan cerita
Haruslah sayap-sayap pelbagai rona.Sambil ekornya dikembang tayang
Bangga membebaskan warna
Walau terikat pada kakinya
Juga terkurung pada jasadnya.
YOU ARE READING
Monolog Jalanan
RandomRentetan kata yang tidak pernah habis disebalik paluan ayat manis, tentang perjalanan menuju Tuhan tentang kehidupan sa-orang insan