Belum Sempurna

150 2 0
                                    


Puisi aku puisi kaku
Pegun tak berganjak
Tak pula diterima otak
Habis sepah mencurah lelah
Dikorek akal disiat kulit bebal
Masih juga sama
Tegap tak bernyawa

Kaku aku kaku malu
Menyelit ilmu celahan kayu
Tuli dan bisu
Angkuh nafas seribu
Tiada daya mencumbu
Ilmu alam ilmu beribu
Masih juga sama
Tersipu kosong bicara

Malu aku malu mahu
Mengintai tilik menjengah licik
Terselit saki baki sisa dikutip
Cerna satu persatu
Kaji dalam luar berliku
Sembang bayang kelabu
Masih juga sama
Belum cukup semua

Bodoh
Sombong
Cukup dua saudara ini gabung
Merasuk aku
Hiitam terus hati rompong
Puisi kosong masih kosong

Mahu lakar mewah dunia
Dalam bait kata meriah warna
Hanya angan belum lagi nyata
Kerna hamparan putih aku
Cuma ada contengan lakaran perjalanan
Yang masih belum sempurna

Monolog JalananWhere stories live. Discover now