Selama hidup denganmu, tidak pernah kita ini sebulu. Haluan kita saling songsang. Yang benar hujahmu, terlihat silap di mataku. Yang elok di matamu, terlihat cacat di fikirku. Serba serbi tidak sehaluan. Habis ungkap aku pertahan kau lagi angungkan tiap butir bicaramu yang samar tidak meyakinkan.
Tinggi suaraku cuma dalam hati, kerna kau lebih dulu mengintai jendela bumi. Api amarah ini aku biarkan saja, membakar tiap-tiap helai jiwa aku menjadi abu. Biar, hormatku masih juga ditahap tinggi, walau terkadang ingin aku hidangkan segerombolan maki. Biar, aku pendam saja saki-baki bara, kerna aku masih sedar, kedudukanku jauh terkebalakang. Biar, aku tutup luka yang kau toreh kecil-kecilan ini dengan tangan sendiri, tidak mahu tangan kau dicemari.
Biar.
Kerna kita cuma berbeza watak dunia, darah pekat yang mengalir dalam tubuh, masih juga sama.
Biar saja. Aku tahu kau masih punya sayang untuk aku yang masih perlu kau seadanya. Kerna aku tidak punya siapa-siapa untuk diagungkan sebagai perwira.
YOU ARE READING
Monolog Jalanan
RastgeleRentetan kata yang tidak pernah habis disebalik paluan ayat manis, tentang perjalanan menuju Tuhan tentang kehidupan sa-orang insan