Bisa bantu aku
Aku mahu keluar dari sangkar bisu
Ingin teriak bertalu-talu
Dalam ruang yang tak lagi berpenjuruBisa bantu aku
Aku mahu keluar dari sangkar berkunci
Mahu bebas kaki berlari
Menjejak tanah yang tak lagi bertepiBisa bantu aku
Aku mahu keluar dari sangkar permainan
Mahu hirup udara nyaman
Nikmati bahagia tak berkesudahan
Tanpa terikat janji dan harapanJadi
Bisa kau bantu aku?
YOU ARE READING
Monolog Jalanan
RandomRentetan kata yang tidak pernah habis disebalik paluan ayat manis, tentang perjalanan menuju Tuhan tentang kehidupan sa-orang insan