Nama Aku

230 3 0
                                    

Aku bisa jadi dua manusia berbeza meskipun terlihat terang aku tidak punya jasad kedua. Semua bermula dari nama.

Kehalusan dan kelembutan
Nama yang ini aku guna pakai saat bersama teman. Saat di keramaian. Kerana aku bebas menzahirkan kepelbagaian. Lantang dalam pertuturan. Tidak aku terlihat manja atau lembut, namun tidak pula aku berperangai seperti aneh sesetengah makhluk. Aku malah dilihat sombong dengam rupa penuh bengis. Tidak ubah seperti singa liar yang lapar. Namun, perkenalan dua saat mampu membawa aku dan kau, jauh kedunia kita, seperti perkenalan yang sudah bertahun lamanya.

Suci murni
Pembawaan nama yang berat. Jujurnya sukar untuk aku mengekalkan kemurnian nama ini. Penulisan kecilku yang baru saja bermula, aku titipkan bersama suci abjad berdua. Aku terlihat sunyi dalam bicara sendiri. Aku lebih memendam seluruh isi hati, melepas cuma pada yang sudi, berbicara pada yang bisu tuli, berbahasa pada yang kaku mati. Mudah aku didekati bila manisku tabur sana sini namun benci bisa menjadi api yang paling keji. Perkenalan bertahun mampu saja sepi dalam sesaat, langsung tamat segala riwayat.

Terlalu angkuh untuk seorang aku membicarakan perihal diri dari jendela mata sendiri. Tapi pegang kataku, tidak aku sengaja menjadi dua, cuma tidak mahu aku diperguna.

Kenali aku, tapi pilihan ada di tanganmu.

Monolog JalananWhere stories live. Discover now