Masih punya jalan ke kota kecil itu, walaupun berliku, semak dan berhantu
Jangan bimbang, ada penemanmu sepanjang perjalanan. Tidak seinci pun kau ditinggalkan.Berhati-hatilah dalam melangkah. Kau pasti akan terpijak duri tajam. Saat kau mulai rebah, jangan mengalah. Perjalanan jangan dilengah. Kota kecil tidak menunggumu seperti selalu. Kau perlu kesitu.
Usai kau menemukan kota kecil, tetapkan dalam hati, ini percaturan hidup kau yang paling abadi. Tidak perlu berpatah arah. Kekallah di situ membina empayar indah. Bangunkan kota kecil harapanmu menjadi sebuah negara cita yang gah.
Kerana sebuah kota akan musnah, apabila pemimpinnya lemah.
YOU ARE READING
Monolog Jalanan
RandomRentetan kata yang tidak pernah habis disebalik paluan ayat manis, tentang perjalanan menuju Tuhan tentang kehidupan sa-orang insan